Sejahteralah ke atas kamu...
Aku nak bagi photobook kat orang, tapi email aku problem plak tak terima gambar yang mereka send kat aku untuk aku create photobook tu. Sementara tunggu tu, aku siapkan dulu beberapa photobook yang adik ipar aku mintak tolong buat untuk anak-anak dia.
Yang hardcover tu je Luth punya. Gambar dia tidur je semua. Yang ni aku beli kat Groupon RM5 je satu. Muroh. Pos RM8. Kulit tebal, dalam pun kertas tebal. Tapi hanya ada 16 pages saje. Jadi la daripada takde.
Setakat ni aku dah pernah beli dengan PhotoBook Malaysia, PhotobookMart, Pixajoy dan ada satu lagi aku dah lupa dah nama sarekat dia.
Service Pixajoy terbaik. Al kisahnya, aku buat photobook Faizal Rafif Dhiaulhaq tu, tapi aku salah eja nama. Aku eja Faisal Rafif Dhiauddin. Padahal Dhiauddin tu nama adik dia. Aku ni selenga betul hari tu, aku tak suh dah adik ipar aku check, aku terus upload je yakin benor akan kebenarannya. Sekali bila aku snap screenshot application tu, adik ipor aku kata salah eja. Gelabah ungka kejap aku. Mujur la aku ada beli lebih satu photobook tu. So, aku upload lagi sekali guna no Voucher photobook yang extra tu. Kiranya nanti akan ada 2 copy yang aku dapat bagi photobook Faizal Rafif tu. Satu yang salah eja, satu yang betul. Takpe la. Anak-beranak kira sap sap soi la.
6 minit lepas tu, [ok, tipu je, dalam 20 minit kot] aku dapat panggilan telefon daripada Pixajoy. Dia kata aku hantar 2 photobook yang sama. Dia tanya adakah aku tersalah upload? So, aku cerita le kisah sebenar. Aku explain baik-baik punye. Ngam ho punye explanation. Lepas tu, wakil daripada Pixajoy tu kata, dia akan batalkan yang mana yang tersalah tu, lepas tu duit delivery RM8 tu dia akan masukkan dalam kredit pixajoy aku. Next time aku beli, boleh guna je kredit tu. Alhamdulillah. Mudah berurusan dengan Pixajoy.
Seronok ada koleksi photobook ni. Anak dah besar nanti, aku yakin dia akan berterima kasih kat kita sebab ada kenangan dia masa kecik. Macam aku ni, masa kecik aku tak banyak gambar. Aku tak kenal diri aku sendiri semasa kecil dulu. Banyak kenangan yang aku dah terlupa. Tapi aku bukanlah nak menyalahkan arwah mak aku mahupun abah aku, apatahlagi atuk aku bila aku tak ada gambar semasa kecil. Zaman dulu, bukannya senang nak bergambar. Aku tau mak abah aku tak mampu nak amik gambar aku dulu. Ehee.
blom ada lagi koleksi photobook ni.
ReplyDeletetgk la nnti2 kot teringin jugak kan.
tula..memang plan nak buat jgk..tp nak kumpul gambar la dulu..hehehehe
ReplyDeletecaner nak buat mcm menarik la..harga pun murah
ReplyDeleteAda tengok kat website dia, harga dalam RM100. Tu yang Groupon bagi tu, voucher diskaun RM5 ke? Atau dia offer satu photobook RM5? Kalau 1 photobook RM5, memang ini jam jugak aku nak try. Hehehe
ReplyDeletetak sempat sokmo nak purchase deal photobook kat living social or groupon...nanti kalau jumpa, kena terus grab ni. Cuma hari tu ada beli deal yang print 25keping gamba size 4r for free dekat groupon hehehhe. Tu beli dekat groupon.
ReplyDeletebagus betul ye servis pixajoy..photobook pun lawa..tang groupun tu selalu teringgal ketapi pasai jarang bukak email.hehe
ReplyDeleteNanti bagi tunjuk ajar ek macam mana nak buat photobook nie.. tak pernah pun buat lagi hahaha :D
ReplyDeletePayah jugak kalau dah tersalah especially kalau ejaan nama kan .. kene re-check banyak kali ni..
cite pasal photobook ni..saya tak buat2 lepas register voucher tu..
ReplyDeleteseronoknya kan dapat buat photobook nie..
ReplyDeletegini lyd sy rancang bila acicha cukup umur setahun awal bln 7 nanti baru sy nak buat photobook yr 1 tuk dia..tuh sy tanya dlm email blh tuunggu tak...nanti kalau lyd ok sy pikirkan camaner leh antar gamba nanti..
masih single ni , tgk jer la photobook org dulu ...
ReplyDeletetak pernah lagi buat photobook.tunggu masa sesuai nak pilih-pilih gambar nanti.
ReplyDeleteBestnya. Cantik tu. Tak pernah lagi berphotobook. Takut tak sempat nak buat.
ReplyDeleteAda dua tiga photobook. Skg tgh buat. Entah bila nak nak anto pn x tau. Haha...
ReplyDeleteTak pandai nak buat. Tlg buatkan utk akk sekli boleh tak.
ReplyDelete