Skip to main content

Perbualan Serius...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sebelum balik semula ke KL ari tu, saya sempat berpesan kepada mak saya.... Dgn muka Papa Smurfs yang paling serius, saya cakap kat mak saya "Mak... orang ader hal skit nak bincang ni...."
Mak saya dah cuak sket. Mesti dalam hati dia ingat "Haaa...Dia ni mesti nak bincang pasal ader org nak dtg meminang dia ni... heh..heh... finally dpt jugak aku lepas tangan daripada kena jaga dia..." [sambil urut dagu dan tersenyum sket je.].
Saya sambung ayat saya "Nanti, bila org dah balik KL, kalo buah-buah manggis dengan rambutan ni dah masak, mak tolong bagitau sket kat pokok-pokok tu, suh dierang tunggu orang balik dulu. Jgn bagi masak semua. Kang org tak sempat nak makan."
Mak saya dgn muka malas nak layannya... jawab "Haaa... Ye la.. Nanti mak bgtau dierang suh tunggu awk balik baru bleh masak semua." Dalam hati mak saya mesti dia kata "cacat betul anak aku ni".


Salah satu kemajuan yang semakin bertambah di rumah saya di kampung [Kuala Kenau, Sg Lembing] ialah, kat laman umah kami dah ada pokok manggis. Heheh... Bukan pokok je semata-mata tau... Pokok yang dah berbuah untuk pertama kalinya pada tahun ini. Cuma masa saya balik kg baru-baru ni, buah tu belum masak lagi. Bangga betul saya rasa. Finally ader jugak pokok manggis sendiri walaupun bukan saya yang tanam. [Saya ni tangan panas. Tanam kacang hijau pun, bleh mati. Bela pokok 'Buluh Bertuah' atau 'Lucky Bamboo' yg senang nak jaga tu pon bleh mati. Bela cactus pon sama, rotten dgn mudahnya. Hehehe. ]Tp itu lah. Walaupun saya tak tanam pokok manggis tu, saya tumpang bangga sebab saya takyah beli kat kedai buah yg jual buah manggis dgn mahalnya.

Haaa....nampak ni? bleh amik gmbr dgn begitu senang. Sbb pokok ni tak tinggi pon. Anak buah saya yg umor 4 tahun pon bleh petik je buah manggis ni tanpa perlu didukung.




Dan lagi, kat laman umah saya, ader 4 ekor pokok rambutan. 3 ekor pokok rambutan kaler kuning, dan sekor je pokok rambutan kaler merah. Yang kaler merah tu saya paling suka. Sbb rambutan tu bertaraf antarabangsa. Elegent. Dan tasteful. Rambutan ni, yang paling best makan ialah lepas petik dari pokok, terus makan. Sbb bau dia sungguh harum. Berbau segar. Nak lagi best, kalo panjat pokok, pastu buang kulit ke bawah pokok. Kdg-kdg mendengkikan kuceng. Baling kulit rambutan kat badan kucing yg tgh lalu bawah pokok, pastu gelihati tgk rupa kucing yg terperanjat sebab badan dia mcm terkena rencatan letrik. Hehehe.. Cute. Kemudian, kena marah dgn mak sebab dah sepahkan kulit rambutan tak sapu balik.

Ni plak gambar buah rambutan yang juga masih belum masak...



Dan juga ada sebuah pokok durian. Dulu ader 3 buah. Tapi 2 buah lagi tu dan meninggal dunia sbb kena makan dek anai-anai. Buah durian ni je yg dah mula gugur. Durian ni isinya kuning dan sangat tebal. Maka, rasanya sangat pekat. Saya kurang suka skit. Sbb muak. Makan satu je dah kenyang. Huhu... *Mutu gambar sangatlah takleh blah, sbb saya hanya guna camera handphone Sony Ericsson dgn 2.0 MegaPixel sajer. huhu... [Tungguuu ahhh... Nanti aku beli SE Satio... Aku hambik gambar semua kambeng-kambeng kat kampung aku.*Ceh, takder kena-mengena.]

Comments

  1. ha'hah manggis nnt leh bw ke kl skit bg aku..tak yah kirim ko belikan lg...

    ReplyDelete
  2. oi oi BM dpt gred apa ha? sejak bila penjodoh bilangan utk pokok ialah 'ekor'? sabor jelah. hehe. pokok rambutan kat umah mak aku pun dah berbuah. manis jer, macam aku.

    ReplyDelete
  3. Haaa? Ye ke? Hehehe... BM aku dpt 'speck mata' je dulu. Erm..sama la... rambutan aku manis mcm aku. *walaupon bukan aku yg tanam.

    ReplyDelete
  4. huhu...x bwk balik pun durian kuning utk aku

    ReplyDelete
  5. sedap ni buah ni bila masak..
    best dapat makan buah fresh2 dari pokok..hehehe..
    Pokok Manggis Depan Rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...