Skip to main content

Kawan-kawan, ayuh! Beramal Jariah Sementara Berpeluang!

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini....

Bila tgk gmbr² En Stormpong melawat Rumah Titian Kasih baru-baru ni[di Facebook], saya teringat tentang impian saya satu ketika dulu. Impian untuk menjadi sukarelawan. Dan berkhidmat kepada badan-badan kebajikan. Waktu itu masih belajar. Lecturer saya tanya, apa kamu akan jadi 5 tahun dari skrg, dan saya dengan yakin menjawab, saya akan menjadi sukarelawan. Tetiba, 10 thn selepas itu, 'suka' ntah ke mana, 'rela' pun ntah ke mana, 'wan' juga dah ntah ke mana-mana ilang. Saya sendiri terlupa impian itu. [Mungkin kerana terlalu byk agenda dlm hidup menyebabkan niat yg suci itu luput begitu sahaja.]

Rumah Titian Kasih yang dilawati oleh En Stormpong tersebut, baru-baru ni ada kuar dlm berita, Buletin Utama. Kebetulan masa tu saya tgk TV. Berkenaan penghuni-penghuni rumah kebajikan tu kena pindah ke rumah lain yg lebih kecik. Yang tak muat nak sumbat semua. Maka, penghuni-penghuni lelaki terpaksa tidur di dalam khemah di luar rumah dan yang wanita sahaja tido di dalam rumah. Sedih sgt hati saya biler tgk sorang penghuni yang sedikit terencat, menangis sambil peluk penyelia Rumah Titian Kasih tu. Rumah banglo yg mereka huni, sudah diambil balik oleh pemilik rumah tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila la jangan malas nak click link ni : Rumah Titian Kasih
Dan sesaper yang nak menderma, boleh menderma kepada mereka. Kita belum tau nasib kita di masa akan datang. Dan tak tau juga nasib saudara-mara kita, juga anak2 kita di masa akan dtg. Jika hati kamu tidak terdetik rasa ihsan atau perasaan ingin menderma, mungkin kerana kamu merasakan hidup kamu sudah cukup dan akan sentiasa berada di atas kot? Maka, tak payah la derma. [Sebenarnya saya menyindir kamu. Saya paksa ni! Sila derma! Hehehe...]

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...