Iklan! Iklan! Sila Click!

21 July 2010

I Feel Stupid When....

... i speak in Malay.. Hah hah hah... Poyos.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Gurau jek. Nanti saya perlu buat permohonan maaf secara terbuka plak kepada semua orang Melayu kat dunia ni. Kekeke...

Semalam petang, hujan. Lebat lak tu. Lantai kat parking banyak giler air. Bleh buat kolam, tanam bunga teratai kat dalam kolam tu sambil itik berenang-renang riang bersama teman-teman.

Masa nak kuar parking, saya follow sorang penunggang motor. Beliau bawak motor mcm biasa je. Dgn kelajuan yang boleh dikatakan agak perlahan. Tapi saya tabah je la follow beliau. Memandangkan saya tau bahaya. Licin.

Pastu bila sampai je kat tingkat bawah skali, kat laluan keluar yang terakhir.... Penunggang motor tu jatuh sebab motor beliau tergelincir. Huhuhu... Saya dah mcm panik. Tapi nasib baik saya tak drive laju. Kalo tidak, mesti saya dah terlanggar beliau. Saya berentikan keta. Mcm nak kuar keta untuk tolong. Tapi sempat lagi terfikir dlm hati, "kalo aku kuar kang, aku nak tolong buat apa... Nak tolong angkat beliau? Atau nak tolong angkat motor beliau? Atau nak tolong panggil ambulance? Huhu... ". Pastu nampak macam bleh je beliau bangun sendiri dan angkat motor beliau juga sendiri.. Erm.. maka, tak jadi la saya nak kuar keta utk tolong beliau. Pastu beliau terus start motor, berlalu, dan hilang di dalam hujan yang lebat. *Penunggang motor tersebut, saya tak kenal. Rasa mcm pekerja maintenance bangunan ni.

Pagi ni... Masa saya nak pegi kerja, saya nampak jiran saya tgh tolak kereta beliau. Rasanya beliau baru nak hantar wife beliau pegi keja jugak kot. Pastu keta tak idup plak. Beliau tolak keta utk ke tepi supaya saya boleh lalu. Jiran saya itu, adalah pakcik yang tolong saya masa bateri keta saya buat perangai tak lama dulu. [Dalam tahun ni jugak la]. Saya nak tolong. Tapi bulan ni dah 3 kali saya lewat. Kalo saya lewat lagi... Nanti kena hantar surat tunjuk sebab plak. Sebab bulan lepas saya dah lewat 6 kali. Bulan sebelum tu lagi banyak. Huuwaaa... "ooooo..... ku.... di dalam... di... lemm... ma... terpinga... tertanya... di dalam dilemma mu..."<-- Lagu KRU Saya cuma sempat tanya pakcik tu, "Kenapa ni pakcik? Rosak ke?" then beliau jawab "ha ah ... jadi macam bateri keta nko ari tu".... Yang paling tak guna skali... tindakan saya ialah hanya berlalu pergi. Dah separuh jalan... baru la saya rasa, betapa teruknya sikap tu. Apa la salahnya kalo saya tunggu. Mungkin beliau perlukan bateri untuk jump-start kan keta beliau itu... Padahal ari tu beliau dah tolong saya...... Maka... Saya merasa seperti, saya adalah "a social tool without a use". Ceh.. sempat lagi poyo. Ayat tu lirik lagu GreenDay. Hahaha. Ok..ok.. Serius. Saya rasa saya mmg sorang manusia yang tak berguna kepada sesiapa pon. huuuuu... Teruknya feeling ni.

Regret Sunshine



Tapi... perkara dah berlaku. Saya tak dpt putarkan semula masa ke belakang. Walaupun saya balik umah kang, kalo saya nak tolong pon, mungkin beliau dah selesaikan masalah tu. Dah tak dapat nak membetulkan semula. Saya sangat terkilan sebab selalu saya tak tolong org yang perlukan bantuan.

Moralnya kat sini... Bila saya ada 2 pilihan.... Selalunya tindakan yang saya pilih... adalah salah. Dan yang paling dasat skali, bila saya sedar tindakan saya salah tapi saya dah tak dpt berpatah balik. Cuma saya harap, apa yang dah tersalah tu, dpt jadi pedoman di masa akan datang. Ataupun, mungkin juga saya ni ada otak yg lembab. Huhu.. Kena fikir lama-lama baru bleh buat keputusan yg betul. *Patut le result peksa aku mcm ala-ala je.. hehehe.. sbb aku suka main jawab je, pastu hantar awal, kuar awal dr dewan peksa, then gi tido. Mcm chiilakersss...*

1 comment:

  1. suke aku bace blog ko lak lid..sejahtera selalu ..he he he..

    eh..word verification ni "liedi" ..mcm tau2 aje ko lid..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...