Skip to main content

Membaca Hanya Untuk Budak Skema!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tajuk post yg saya letak kat atas tu.... adalah pendapat yg sungguh bangang lagi bangsat. Huhu.... Statement tu bukan statement orang lain. Tapi saya sendiri yg kuarkan statement tu. Tapi tu dulu la... Sewaktu saya perasan yg kononnya saya ni seorang yg cool, tapi cool dalam cara yang sebenarnya tak cool langsung. Syok sendiri je lebih.

Bila saya kenangkan zaman sewaktu saya kecil dahulu, seingat saya, saya sangat suka membaca. Abang-abang dan kakak-kakak saya selalu membeli buku cerita untuk saya apabila mereka balik kampung.[ada yang dah kerja, ada juga yang masih belajar di universiti dan ada juga yang masih bersekolah, tinggal di asrama]. Owh.. Lupa nak bitau [tapi ramai je yg dah tau..heheh].. Saya ni adalah anak bongsu Abdul Rahman.

Kak Teh saya banyak membeli buku-buku tentang kisah nabi-nabi dan kisah-kisah teladan di zaman kegemilangan Islam. Saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana di atas jasa beliaulah saya kenal nabi-nabi junjungan kita, dan para sahabat.[walaupun tidak kenal secara mendalam, tapi sekurang-kurangnya saya tau la juga kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan Yu, Nabi Sulaiman yang pandai berbicara dgn haiwan dan kisah beliau dgn Puteri Balqis si penyembah matahari dan lantai istana Nabi Sulaiman yang kelihatan seperti air, sedangkan sebenarnya kaca. Dan kisah Nabi Musa yang dihanyutkan di sungai kerana ibu beliau takut anaknya dibunuh oleh Firaun yang ingin membunuh semua bayi lelaki. Nabi Daud yang bersuara merdu. Nabi Ishak yang menangis sehingga buta kerana sedih di atas kehilangan Nabi Yusuf. Nabi Yusuf yang sangat kacak dan digoda oleh Zulaikha. Banyak lagi la... Rugi giler sapa tak tau kisah-kisah nabi ni.]

Abang Chik saya pula selalu beli buku cerita dongeng Eropah seperti; 'Pelayaran Gulliver' - Tentang Gulliver yang belayar dan sampai ke pulau yang didiami oleh org-org kenit; 'Sekawan Angsa Liar' - Kisah tentang 11 putera raja yang disumpah menjadi angsa oleh ibu tiri mereka dan diselamatkan adik bongsu perempuan mereka dgn menjahit baju daripada jerami. Dan banyak lagi la.

Dan saya pun selalu pinjam buku penyiasatan Enid Blyton Siri Penyiasatan Hadi. [Masa skolah rendah la ni]. Memang la buku-buku yang saya baca masa tu, lebih kepada buku cerita, tapi nak memupuk minat membaca memang la perlu bermula dengan bacaan yang ringan dan seronok.

Dan minat membaca saya terhenti apabila semua buku-buku milik saya yang saya kumpul dan jaga dgn baik, tetiba dirampas oleh seseorang yang kononnya nak ajar anak beliau membaca. Yang akhirnya buku-buku saya koyak, bercerai-berai, hilang, dan akhirnya semua sekali buku-buku saya tu tak dapat diselamatkan. Masa tu saya sangat sedih. Dan merajuk tapi takder sesape pon nak layan sbb saya hanya sorang kanak-kanak yang pendapatnya tidak penting di dalam rumah itu. Lepas tu la saya memberontak dan dah berpatah arang dgn buku, dan berazam untuk membenci buku. Sebab saya sayangkan buku-buku saya, tapi tiba2 semuanya hilang. [Huuu... Bongoknyer aku masa tu.] Tak menguntungkan diri saya pun keazaman tu. Wakaka...

Bila masuk skolah menengah, saya memang malas giler si khin nak membaca. Yang saya baca masa tu hanyalah komik-komik dan majalah hiburan [masa tu, kalo tak tau perkembangan artis, akan terasa kerugian yang besar dlm hidup. Betapa sakainya sikap masa tu]. Abg Dee saya plak selalu beli komik. Tapi beliau beli untuk diri sendiri, saya tumpang baca je. Bermula dengan Dendam Kesumat karya Tony Wong, dan Jejak Wira. Kemudian Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing, Dewata Raya, Senjata Misteri dan ntah hapa-hapa lagi komik yang dia beli. Termasuk majalah Galaxie. Hehehe.

Sekarang ni.... Sejak keja SSM la saya mula nak membaca semula. Semuanya bermula dengan pameran buku yang saya pegi di Kuantan Parade. Buku-buku terpakai dijual murah. Murah yang betul2 murah. Betul-betul, bukan cobaan. Nasib baik jugak saya tak kisah buku tu terpakai ke tak, sbb yang penting, masih elok walaupun dah kekuningan tapi masih berkualiti. Saya beli je buku-buku kat situ. Dan baca. Bila dah pindah ke SSM KL, kat ruang legar The Mall selalu ada book sale yang juga menjual buku-buku dengan harga yang sangat murah. Satu buku berharga RM3. Sepasang Dictionary dijual dgn harga RM5. Saya rasa sangat rugi kalo tak miliki buku-buku tersebut. Buku-buku tebal yang berkulit keras cuma berharga RM10. Best giler. Kat PWTC pun selalu ada book fair. Tapi saya jarang beli kat situ. Sbb harga-harganya tak la murah sangat. Dan kat Carrefour MidValley pun selalu ader buku-buku import yang dilonggok dan dijual dgn harga RM3 sebuah. Wahhh... What a life.... Seronok giler. Tapi ader juga la buku-buku yang saya beli dgn harga asal, biasanya buku-buku tentang keIslaman. Dan banyak juga saya pinjam daripada Siti Hajar [anak buah saya]. Yang terbaru, saya pinjam 2 buku daripada Pijui bertajuk Dajjal.

Kesimpulannya... Jom la membaca wei... Membaca tu best. Even baca novel pon, akan ada juga ilmu yang kita dapat walaupun tak banyak. Sebab biasanya penulis-penulis novel, ada pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri yang mereka selitkan dlm novel-novel mereka. Dan saya menyeru anda semua, supaya membaca tentang sejarah Islam. Sangat menarik dan sungguh rugi kalo tak tau. Serius ni. Org Islam yang tak tau sejarah mereka.... memang rugi dan kesian. Ish..ish..

Saya rasa betapa ruginya masa yang saya sia-siakan sebelum ni kerana tidak membaca. Kalo tidak, mesti di dada ku hampir penuh dgn ilmu. Tapi kan... saya kurang suka membaca dari internet. Sbb penat. Dan bosan nak click link-link yang berkaitan. Dan sakit mata. Dan tulisan kecit benor. Dan takleh membaca sambil baring2, pusing kiri, pusing kanan. Hahhaha... Tapi malas-malas pun, saya baca juga dari internet. Sebab.... membaca ni sangat best. Dan membuatkan kamu rasa diri kamu 'va-va-vroom'. Hahaha... Peace..

Comments

  1. salam sejahtera atas kamu,

    saya cadangkan kamu baca buku karangan sdr azizi ali,

    ReplyDelete
  2. Anon : Tima kasih di atas cadangan. Nanti saya akan cari. Ada tajuk bagi buku karangan terbaik beliau?

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera atas kamu...

    saya cadangkan..

    1.Jutawan dr planet jupiter.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w