Skip to main content

Plet Keta Termahal Di Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

KUALA TERENGGANU - Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan. ~Petikan dari Harian Metro. *Tapi kalo search kat HMetro, memang dah tak jumpa la sbb arkib hanya ada utk seminggu sahaja*

SalidaSunshine says : Makk aiii... Kaya nyer la dierang ni. Duit tu mesti dah tak tau nak habiskan kat mana lagi dah, sbb ader terlampau banyak. Saya yang tak kaya ni, akan rasa mcm "Kalo aku la, lebih baik aku beli rumah teres 2 tingkat". Tapi kalo saya kaya mcm tu, belum tentu jugak saya takkan beli plat tu. Dah kaya sgt, nak beli umah teres buat apa. Beli rumah agam je la terus. [Ceh, mcm bagus je guna perkataan 'rumah agam' itu. Hahah].

Persoalan-persoalan yang ada dlm fikiran saya terhadap orang-orang kaya ni;

1. Dierang ni kaya sgt, dierang jual apa yer? Bisnes apa sampai jadik kaya mcm tu?
2. Duit dierang yg banyak gilers tu, dierang ader derma tak kepada pihak yang memerlukan? Kalo ader, dierang derma byk mana yer?
3. Duit yang dierang dpt tu, halal ke haram? huhu.... Bersangka baik, maka saya anggap sajer halal.
4. Hati orang-orang yang kaya tu, betul-betul bahagia ke?
5. Mesti dierang takde masalah kan? Sbb semua benda dlm dunia ni, boleh dibeli dgn wang, kecuali iman dan taqwa. Huhu. Cinta pon bleh dibeli.
6. Apa perasaan org yg beli plat mahal tu, masa bawak keta dgn plat tu? Rasa bangga ke? Rasa lebih sihat ke? Atau rasa lebih kacak? Huhu...

Erm... mcm-mcm la manusia ni. Ader yg sampai terpaksa bersesak 70 org dlm sebuah rumah sebab kemiskinan. Tapi ader yg duduk kat sebuah rumah 4 tingkat sorang2 jer. Haiihhh.... Doniawi.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...