Skip to main content

Kekeke... Lyd Gemuk Kuat Melantak!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku itewww...

Semalam, memandangkan nafsu serakah saya dah semakin menjadi-jadi [untuk makan! makan! dan makan!], saya decided utk masak nasik lemak. Nasik lemak memang favorite saya. Tak caya tanya kat mak saya. Mesti beliau akan jawab "ntah la.. rasanya dia ni macam semua benda je dia suka makan, kecuali ikan keli, itik, ikan patin bla..bla..bla.."

Bangun agak awal. Pegi Metamorphosis, 'Pasaraya Halal Anda' kat Pantai Dalam. Beli bahan-bahan yang berkenaan seperti santan[santan kotak je sudah], ikan iblis, kacam tanah, daun pondan, halia, dan timun laut. [Melampau. Hahahahaha.]. Bahan-bahan lain mcm dah ader, sambil-sambil tu, sempat plak beli 2 buku hasil tulisan Abdul Jalil Ali yang bertajuk, Teh Tarik Kurang Manis dan Kopi O Tanpa Gula. Ceh... Nampak sangat saya ni dah masuk kategori veteran, sbb Pakcik Abdul Jalil ni adalah columnis utk majalah MIDI[Majalah utk wanita 40-an ke atas..koh.koh..batukkkkk..uhukk..uhukkk] dan buku-buku yang saya beli tu adalah kompilasi artikel yang beliau tulis dalam majalah tersebut. Keh..keh...

Ok... Berbalik kepada topik nasik lemak tadi... Selepas dah prong-prang-preng-tung-tang-sprong-preng [ni bahasa scientific yang hanya saya dan Zila sahaja faham], maka siap pon nasik lemak yang dinanti-nantikan oleh tali perut saya.

Taraaaa.....




Suap dalam molot, kunyah-kunyah 27 kali, dan telan. Tak cukup sambal, buleh sudukan lagi ke dalam pinggan. Wahh..... Bahagia hidup.... Dan untuk pengetahuan umum... Saya hanya masak nasiknya sebanyak 1 cawan sahaja. [Sbb banyak tu je beras yang ader kat umah. Kehkeh... *Beras tak bleh beli byk2 nnt berkutu [mak saya panggil bubuk]]. Walaupon nasiknya sudah habis, tapi sambal, ikan iblis dan kacam goreng [yang dah terlebih goreng tu] masih ada lagi. Dan untuk pengetahuan umum sekali lagi, 'horsemate' saya tak balik last weekend, sbb dia ader 'hal'. Mwahahaha. Maka, makan la saya sensorang.

Pasni, saya nak try buat Apple Crumble plak. Sebab saya suka makan apple crumble, walaupun manis tak hengat dan menggunakan banyak gula lalu secara tak langsung akan menderhaka pada saranan pemerintah supaya kurangkan gula dlm makanan. Kekekeke. Hidup mesti melawan. Kalo tak melawan, tak rawkssss.... yeah!

*Kacam gorem tu memang terlebih goreng, tu pasal le warna mereka mcm nak hitam dah. Sbb sambil goreng, sambil basuh pinggan. Kehkeh.. Oleh itu... oppss... terlebih sudaaaa!!!

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w