Skip to main content

Makan.. Melantak.. Mentekedarah..dan Bersugi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Khamis depan telah disepakati oleh orang-orang ofis untuk buat majlis makan-makan sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Sebelum menu muktamad diemailkan... Puan Organizer tanya dulu kepada semua orang-orang kat ofis saya, nak lauk ayam ke kambeng gurun untuk nasik arab. So, ramai2 sepakat pilih ayam, sebab kebanyakan orang tak makan kambeng. Salah sorang yang tak makan kambeng tu adalah saya. GamGam plak, diantara ayam dan kambeng, beliau pilih Izwan. ngeh..ngeh...

Kenapa saya tak makan kambeng? Apa salah kambeng? Atau, adakah saya menganggap bahawa kambeng itu terlalu comel, lalu tidak sampai hati untuk meratah dagingnya? Al-kisah nya.... Masa kat kampung dulu... selalu tiap2 malam atau petang atau pon pagi, biler tgh syok lepak kat dlm umah, tetiba je ader bau busuk yang kuat giler menandakan ader kambeng masuk dalam pagar dan lalu kat bawah umah saya. Busuk dia memang takleh tahan. Kalo tak tengok pon, dah tau ader kambeng masuk. So, maknanya... kambeng tak sesuai jadi pencuri, sebab mesti akan kantoi. Wakakaka. Maka sebab tu la saya tak makan kambeng. Sebab saya anggap kambeng tu busuk. Walaupun kalo sekarang ni, yg biasa dimasak bukannyer kambeng kampung yg busuk tu, tapi ntah la... mind setting saya dah rasa mcm takleh. Tapi saya penah la try makan masa buka pose kat Tropicana Golf Club tahun lepas. Tak berdosa pon daging kambeng tu. Ok je. Cuma tak jatuh hati je. So, takleh couple le dgn daging kambeng. Cuma suka as a friend je. Hahahah...

Dan saya juga tak makan arnab. Sebab saya suka arnab sebab beliau chumel... Jadi, tak sampai hati nak makan. [Nasib baik aku tak anggap ayam dengan lembu tu chumel... Kalo tak, hancho la... aku nak makan apa je??!]

Pastu saya tak makan itik. Sebab dulu juga masa dok kat kampunng, ader jiran saya bela itik. Dan saya selalu tengok itik-itik ni activity mereka sungguh tak senonoh.... pengotor nak mampus... Main berkubang2 dalam limbah... Makan dari limbah. So, agak geli nak makan.

Then, saya tak makan ikan keli.... Sebab mak saya tak makan ikan keli. Sebab mak saya tak makan ikan keli ialah kerana [beliau citer kat saya]... masa zaman beliau kecit2 dulu, orang-orang kampung beliau, 'melepas' kat dalam jamban yang dibuat di atas permukaan paya/parit. Dalam tu banyak ikan keli. Dan mak saya citer, biler org melepaskan 'harta pusaka' dari usus masing-masing, maka ikan keli dalam parit tu pon berebut-rebut makan harta pusaka tersebut. So, sebab tu la mak saya tak penah masak ikan keli kat umah saya. Jadi, sbb tu saya tak kenal pon ikan keli sebagai lauk. Kalo sebagai hasil memancing abg saya, saya tau la. Sbb masa kecit2 dulu, saya selalu jadi 'ekor' Abang Di saya untuk pegi memancing. Catch and release ajer. Selalunya dapat ikan keli kalo beliau memancing. [Abang saya tu lagi la sakainya. Ikan yg beliau makan hanya ikan-ikan bersaiz Sheila Majid je. Kalo yang bersaiz Adibah Noor atau Syanie, beliau tak makan.]

Padahalnyer... ikan keli dan itik yang dijual zaman skrg ni, mesti la bukan ikan keli dan itik yang sama pada zaman dahulu. Mestilah mereka diternak dan diberi makan yg elok-elok. Tapi dah saya sendiri yang sakai sangat. Mind setting dah rasa tak boleh. Maka takleh ler...

Kalo nak cerita pasal makanan, apa yang boleh dimakan, dan tak boleh dimakan ni... erm.... panjang ceritanya... Kalo artis-artis yg gorjes dan menjaga kecantikan selalu akan kata 'you are what you eat'. Memang betul pon. Tapi prinsip mereka itu hanya demi kesihatan dan kecantikan semata-mata. Tapi jika saya.... i am what i eat... saya lebih melihat dari sudut agama. Makanan yang saya makan, dulu main belasah je. Asal nampak sedap, kalo orang lain makan, saya pon makan gak le. Kalo masuk restoren yang agak 'syubhah' tu walaupun dalam hati cuak jugak, tapi biler tengok ader orang bertudung tengah makan kat restoren tu, so hati yang cuak dah jadi yakin. Syubhah tu saya tak pasti maksud sebenarnya. Tapi sekefahaman saya[eh, ader ke pekataan 'sekefahaman' ni? Main reka je..heheh..], syubhah tu adalah, apabila diragui sama ada halal ke haram, maka otometik akan jatuh syubhah. Kira senang cakap mcm bersubahat la. Ko tak buat pon pembunuhan tu, tapi ko tengok dan ko rahsiakan dari polis. Maka ko bersubahat. Bersubahat hukumnya? Yerrr... Pandai... Berdosa. [Contoh restoren yang syubhah : restoren yang jual makanan-makanan biasa... mcm ayam goreng, jagung panggang, tapi dlm masa yang sama... restoren tu menyediakan arak sebagai salah 8 menu di situ. Kalo arak yg jelas haram tu dah dijual di situ, maka kamu yakin ke ayam yg mereka hidangkan itu disembelih? Sedangkan umat Islam sendiri pun dah tak kisah dgn daging ayam yg mereka makan tu disembelih atau tidak, jadi apatah lagi pemilik restoren yang bukan Islam tu? Ermmm... Maaf la... Pandangan saya mungkin agak 'kampung' di sisi orang-orang moden. Tapi takper la.. tu prinsip saya. Prinsip lu, lu ikut la.. wa tak campor!]

Kang kalo saya sambung lagi entry ni dengan topik, syarat-syarat sembelihan, hukum sembelihan, jadi buku plak ni kang. So, kamu cari la sendiri. Kamu juga Islam. [saya yakin blog saya ini hanya dibaca oleh orang Islam. Sbb saya tulis dlm bahasa Melayu, bahasa yang kian 'melayu' ini]. Makanan yang kita makan ni la yang membentuk diri kita, perangai kita, hati kita. Kadang-kadang secara tak disedari.... kamu rasa tetiba je malas nak solat. Atau rasa macam tak bersalah je buat maksiat.... Maka kamu menyalahkan syaitan. Betul juga. Syaitan kan menghasut. Tapi kamu perlu semak juga apa yang kamu makan. Kalo liat je nak buat kebaikan tu... check la apa yang kamu makan. Mungkin dah termakan makanan haram. Jadi darah daging. Makanan haram ni, bukan semata-mata makanan tu sendiri... Mungkin juga sumber kewangan yang kamu gunakan utk membeli makanan tersebut pon... boleh jadi juga. Maka... Cuba la yer? Berhijrah la. Hijrahkan diri sedikit demi sedikit. Tak rugi berkorban utk lepaskan semua yang haram tu semasa di dunia yang singkat ni, kalo ganjaran di akhirat yang kekal itu lebih baik.

*Saya kena belajar buat sushi sendiri la.. Memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kata, "tiada satu pon restoren Jepun di Malaysia ini yang dapat status halal, kerana mereka[pengusaha2 restoren makanan Jepun itu] sebagai berkata, makanan Jepun tidak boleh jika tidak diletakkan bahan 'itu'.". Tak dijelaskan pulak apa yang dimaksudkan dgn 'itu'. Mungkin binatang haram tu atau mungkin juga air kencing setan. Jadi, biler dah tak tau tu, saya tinggalkan je la... Tak berbaloi aku nak buat degil, utk memuaskan nafsu sendiri dgn makan benda-benda yang tak diketahui tu dan hasilnya, diri sendiri hancho. Darah daging kotor. Slow-slow ye Lyd... Berubah... InsyaAllah ganjaran yang lebih besar di akhirat.[Takper la kalo ko nak cakap aku poyo. Aku tak kisahnya... Diri aku... Aku berusaha yg terbaik utk diri aku. Asalkan aku tak kacau orang. Weehuuu...]
Feveret Saya. Tuna Mayo dan Egg Mayo. ELeh... Senang je. Bleh je aku buat sendiri ni... To En Strompong : Nanti saya buat sushi, saya kirim kat awk skit yer? Dtg amik yer? Naik beskal Giant. Heheh..

Comments

  1. lid..aku pun nak buat sushi sendiri..senang je..aku baru beli beras sumo kat jusco..tapi tak buat2 lagi..x cukup bahan + malas

    resepi byk kat tenet..buatla lid..pastu pos skit kat aku..ngengenge

    ReplyDelete
  2. Tu la... Aku pon rasa cam senang je. Beli je beras jepun tu. Then aku beli je tuna mayo atau pon aku buat je scramble egg letak bawang, pastu balut dgn seaweed. Nanti aku pos kat ko yer. hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w