Iklan! Iklan! Sila Click!

11 September 2014

Antara Mak Sendiri Dan Ibu Mentua Hidang Makanan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ibu mentua aku ialah seorang surirumah yang memang agak particular dalam bab-bab umahtangga. Dari segi langsir, cadar, karpet, cuci habuk semuanya terjaga rapi dan sangat excellent. Beliau juga pandai menjahit. Berbeza dengan arwah mak aku. Arwah mak aku tahap sederhana je, asal kemas dan bersih dah cukup la, tapi arwah mak aku rajin. Sangat rajin berkebun, memasak, buat karipap, rajin menjahit; selalu jahit baju untuk cucu-cucu dia walaupun di akhir usia dan arwah mak aku suka kucing. Aku rasa sifat arwah mak aku tu turun kat aku. Hihi. Aku ni sederhana je orangnya. Tak la rajin melampau dan tidak la juga malas melampau. Aku duduk di tengah-tengah di antara malas dan rajin, tapi lebih berat ke malas la. Kalau nak beri peratus kerajinan tu, mungkin 49% je la kot.

Salah satu perkara yang aku perhatikan ibu mentua aku ni kalau bab-bab hidang makanan, mesti nak kena berhemah. Kalau hidang minuman tu, cawan pastilah kena sepasang dengan piring. Kalau tak sepasang sakit mata tengok. Aku, kalo hidang air guna mug je. Tak payah piring2 la. Kalau ibu mentua aku guna mug pun, pastikan seragam. Kalau aku, mug nak warna-warni pun takpe. Pastu ibu akan pastikan piring, cawan, pinggan hidang yang dia guna tu pun seragam. Aku, mana nak dpt seragam macam tu. Hahahah.. Aku mana pernah beli set pinggan. Pinggan yang ada kat umah aku sekarang ni pun aku mengecek pinggan arwah mak aku dulu. Arwah mak aku pulak, asalkan jangan pinggan atau cawan tu sumbing dah le. Kalau cawan dan piring sepasang pun masa dia muda2 dulu je la kot. Bila dah makin berusia, dia dah tak heran nak seragamkan pinggan mangkuk dia. Hehehe.. Oh, arwah mak aku, hobby dia beli pinggan. Tapi bukan pinggan yang correlle atau giacomo not even Vantage, hanya sekadar pinggan jernih arcoroc tu je. Memang banyak dia beli. Tu semuanya aku rasa dia kumpul untuk senang buat kenduri, takyah pinjam2. Sebab tu aku boleh cilok skit pinggan dia.

Aku ni sejak berumah tangga, masa mula-mula tu rajin jugaklah aku hidang letak dalam pinggan, pastu letak atas meja makan. Bila dah siap makan, tutup dengan tudung saji. Ohhh, korang sempat tak dengan zaman dulu yang orang simpan lauk dalam gerobok yang ada jaring halus tu. Siapa ingat? Aku sempat jugak la lalui zaman tu. Bila nak simpan lauk untuk orang yang tak makan sama-sama dengan kita, diasingkan lauk tu dan simpan dalam gerobok. How sweet. 

Ok, berbalik kepada cara aku hidang makanan. Memang terasa hidup 'berkeluarga' sangat kalau buat teknik hidang then simpan bawah tudung saji tuh. Tapi yang lecehnya bila makanan tu tak habis, nak simpan dalam peti sejuk. Aku memang pantang kalo nak simpan lauk atau makanan dalam peti sejuk, main masukkan je dengan pinggan-pinggan. Masa mula-mula dulu aku selalu bebel kat Mat Azghul kalau dia simpan makanan dalam bekas yang takde penutup. Aku tak berkenan kalo peti sejuk aku berbau kepam. So, aku akan pastikan lauk atau makanan yang tak habis walaupun buah-buahan sekalipun, akan disimpan di dalam container yang ada penutup. Biasanya guna tupperware. Tupperware tu pun bukan aku beli. Orang bagi hadiah kawen. Aku tak penah beli container jenama tupperware sebab aku bakhil. Tupperware mahal. Tapi pakai tupperware memang puashati, kan?

Satu lagi problem kalau nak hidang guna pinggan ni, bila ko nak panaskan lauk, guna microwave. [ni bukan cerita pasal tak elok panaskan lauk guna microwave sebab boleh sebabkan cancer ye. ;p]. Untuk sesiapa yang tak tau, kalau nak panaskan makanan guna microwave, lebih afdhol kalau bekas makanan tu ditutup. Terutamanya kalo panaskan daging atau sotong atau makanan berkuah. Boleh meletup-letup dalam microwave tu dan mengotorkan ruang dalam microwave. So, makanan dari pinggan tadi kalo nak panaskan kena tukar bekas lain plak. Leceh. Aku tak suka leceh. Nak kena basuh banyak kali bekas2 tu.

Jadi, solutionnya, aku hidang terus guna tupperware... Macam ni....

Senang nak simpan dalam peti sejuk. Dan senang nak panaskan guna microwave. Nak susun pun jimat ruang boleh susun bertingkat. Pastu takpayah guna tudung saji. Masalahnya kalo simpan bawah tudung saji pun, anak cicak boleh menyelit tau ikut lubang tudung saji.


Ni nasi lemak yang aku masak masa bulan Ramadhon dulu.



Untuk sementara waktu, aku rasa cara hidang gunakan Tupperware tu macam terbaik dah. Tapi tetiba aku terfikir, kalau la ibu mentua aku tau aku hidang macam tu kat anak dia... tidak ke malu aku nanti. Rosak la reputasi aku sebagai menantu kesayangan [uhukk...uhukkk... tersedak plak aku... perasan je menantu kesayangan. ngee]. Lagipun masalah lain bila guna tupperware, bila panaskan guna microwave akan ada kesan kerepot atau warna lekat yang tak tanggal pada bekas tu. Jugak oleh sebab tupperware tu diperbuat daripada plastik, maka kesan minyak terutamanya bahagian bucu tu susah nak hilang. 

Aku mula berfikir nak beli bekas kaca [sebab aku suka kaca terutamanya yang putih jernih]. Aku ushar kat Parkson Nu Sentral, aku tengok ada brand Pyrex. Tapi, dia jual satu set yang ada 4 segi, ada bulat dalam satu set tu pastu saiz tak sama. Aku tak berapa suka bulat, aku suka 4 segi. Sebab senang nak sodok tepi dinding. Pastu aku menggelintar kat website IKEA, jumpa la bekas idaman aku ni. Ni la dia bekas kaca berpenutup seperti yang aku dambakan itewww... Elegant like elephant kan?


Lauk kesihatan katanya. Insap plak semalam lepas baca entry pasal jaga pemakanan kat blog Daddy Ziyyad.
 
Elephant tak? Elephant tak?

26 comments:

  1. yup, bekas kaca berpenutup ni mcm praktikal sikit. boleh hidang terus atas meja, pun boleh buat simpan lauk2. tgh2 fikir jugak nak mengumpul.

    ReplyDelete
  2. untung lyd masih ada mil, boleh sharing byk benda dr mil..azie dulu setahun lebih ja kawen mil meninggal..xsmpt nk pelajari apa2 sbb masa hidup pun mil byk sakit. tp azie suka cara mil lyd ajar tu..cara hidangan di meja mkn..hidangkan di meja mkn, letak dlm pinggan..azie suka mcm tue seme...kalo dgn mak seniri simple ja hehehe..

    ReplyDelete
  3. teliti jugak lyds kan..nak sama rupa..sama size..acik memang dari muda..tak teliti macam tu..nak lebih makanan main masuk je dalam tupperware dan simpan dalan peti ais..bila tengok lyds buat macam tu cantik pulak..

    ReplyDelete
  4. bertuah sebab masih dpt bermanja dengan ibu mertua..rin dah takde ibu mertua..al fatihah untuk arwah

    sukala bekas kaca tuh..suka sangat..nk kirimla sesapa yang pegi ikea nanti belikan

    ReplyDelete
  5. hahahahakk.. sis mcm kakak sy.. semua benda nak senang.. mgkin jugak sebb bekerja kot... btw bekas 2 memg elephant.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Nak sep sep dengan MIL hang boleh? Kami sekasta lah tu :) Bab simpan makanan dalam gobok jaring-jaring halus tu, I pun ada pengalaman. Dulu mak selalu simpan laukpauk dalam tu. Kalau lapar, suka betul buka gobok tengok lauk apa yang tinggal. Gobok tu dah lama takda dalam rumah kampung of course .....

    I ni ada pelik sikit. Kadang-kadang nak jadi perfectionist sangat, kadang-kadang tak nak. Bab laukpauk ni, of course mestilah semuanya satu set. Tak main color-color lain atas meja. Kalau orang datang, mestilah gelas dan jug pun satu set. Kalau tea time, mestilah nak sama je set cawanpiringteko dengan pinggan kuih lagi.

    ReplyDelete
  7. Momen simpan makanan dalam gobok kayu jaring-jaring tu saya pernah rasa. Siap memanjat lagi pakai bangku nak ambik tempe yang mak baru goreng. Itu jam, peti ais hutang dengan kedai Singer pun tak mampu nak beli lagi.

    ReplyDelete
  8. betull..simpan dalam bekas bertutup lebih mudah.lagi2 kalau kat rumah ada budak macam mikhail dan maisara yang kerja nya asyik,buka peti sejuk.memang wajib sanagt tutup semua tu..risau kalau tak tutup sedar2 ada lolipop dalam sambal ayam..

    ReplyDelete
  9. hehehe bagusnya...susun cntik2 nmpk la tersusun

    ReplyDelete
  10. hahahaha I feel u!!!! My mertua kan, bukan setakat pinggan nak kena sedondon semua, tapi pinggan sup pinggan makan tidbit pinggan dessert nak kena waras, aku yang nak giler kadang kena sound hahaha.

    I kat sini main hidang terus dengan periuk, jimat tenaga nak basuh piggan banyak2..tapi, lebihan tu wajib simpan dalam tupperware, tu la tak suka berkecah dalam peti kalau tak bertutup, I jugak kadang2 masak banyak2 freeze kan ikut sukatan termos supaya senang tok laki panaskan pagi2 untuk bawak gi kerja (tapi kami takdak microwave, ada dalam wishlist jer).

    gobok tu of course la sempat merasa, my mom simpan makanan untuk dinner dalam tu sebab dia tak suka masak banyak kali.

    ReplyDelete
  11. tak rajin sangat, tak malas sgt..tp menyimpn dlm peti sejuk mmg sakit mata kalau main simpan sekali dgn pinggan mangkuk. berdarah mata tengok.huhu

    ReplyDelete
  12. ko kan ada tipuware IKEA ;).. mak mentua i best..mmg sempoi tp x sangka aku rupanye yg x sempoi haha... pinggan yg hidang mmg kalau blh nak sedondon... tp bt masa sekarang ni kalau lauk + sayur ada 3 jenis blh la sedondon...kalau lebih lauk dari 3 mmg out terus la sedondon aku... dah nk masuk 4 thn kawen tp masih belum sempat kumpul pinggan mangkuk sedondon lg heeee

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lyd...kita org pompuan ni mmg suka susun atur yg menarik mcm ni...kalau time rajin mmg semuanya nak dibuat..

    ReplyDelete
  14. Zaman akak kecik tu..simpan lauk dlm gobok. Gobok tulah juga buat simpan pinggan mangkok..

    ReplyDelete
  15. aku jenis malas. tak kuasa nak transfer2 masuk dlm tupperware. kalo nak simpan lauk, masuk kan terus dlm peti ais ngan mangkuk2 sekali. pastu amek pinggan plastik cover. hahaha...

    ReplyDelete
  16. yg ptg suami ok jer dgn cara sunshine layan dia ... lagi kemas bila hidang guna bekas kaca tu . jeles lah pulak ni ... saya juga merasa simpan lauk dalam gerobok ... masa tu aisbox x de lagi .

    ReplyDelete
  17. bagusnya mak mertua semua pinggang mangkuk kena seragam..sy ni lagilah tahap malas tinggi kot..pastu jenis semua benda asal boleh ja..mak mertua dtg rumah pun jamu pakai mug,klu guna cawan pun takdenya guna piring.pernah guna piring tp mak mertua sy sendiri kata tak payah la piring2 ni semua.huhu..

    tak bley pakai tupperware or bekas kaca cmni sbb kt rumah sy takde microwave..sy lg teruk kadang2 msk biar lauk atas dapur je dalam periuk..sapa nk mkn pandai2 cedok sendiri..kurang sikit kerja nak membasuh..malas katakan.muahahaha...

    ReplyDelete
  18. kena jaga reputasi depan menantu ni. hehe, tapi tupperware tu smart n nampak clean.

    ReplyDelete
  19. good idea..
    hehe.. sng kan..klo x habs blh simpan terus.. x perlu tukar2 bekas..
    bekas lutsinar tu cantik..nmpk apa y kt dlm tu

    lyd..nanti lya jwb soklan lyd ye.. psl bju frozen tu.. hehe

    ReplyDelete
  20. bekas kaca ni jenis yg boleh masuk microwave ke? mcm tak terbaca lak Lyd tulis. Kalo yg pyrex tu mmg boleh. Menarik la, mcm tersuka jugak.

    ReplyDelete
  21. Lyd, mak mertua ku macam tu jugak. Mesti nak sedondon. Yg gerobok jaring2 halus tu aku pernah rasa masa kat kampung dulu. Rasanya masih ada lagi gerobok tu,

    Cantik lah bekas IKEA tu. Berkenan plak ☺

    ReplyDelete
  22. Mak mertua Lyd mcm my Mum..
    Tp My mak mertua memang sempoi..
    Walau kami bg set yg baru, tetap jugak nak guna yg lama, sayang katanya..

    ReplyDelete
  23. Mak dah tua tua...
    dah tak heran pasal keseragaman ni...
    asal bersih dah..

    ReplyDelete
  24. elya selalu panas kan lauk yg berkuah..tak tutup . so memang betol laa meletop2 dlm oven tu..haha..kotor2 jd nyee

    ReplyDelete
  25. mmg sesangat elefen bekas tuh..sy pun dah terinspirasi dah nie nak beli bekas cenggitu..
    kalau my MIL mesti simpan makanan dlm fridge tutup..sy dl main hentam jer..tp yg tertutup bagus sebenarnya sebab makanan tak jd kering wpun budu sekalipun...leh tahan sehari 2 lagi jgak..kalo trbuka..makanan mmg cepat dry wpun dlm fridge..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...