Skip to main content

Penyediaan Makanan Terbaik Untuk Anak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Ada sekali dulu, kawan aku datang dekat aku dan kata, 'aku rasa aku ni bukan mak yang baiklah'. Aku pelik plak, tetibe je cakap macam tu. So, aku tanya le ngape. Lalu dia kata, 'sebab aku tak buat bubur pun untuk anak aku, aku cuma bagi bijirin nestum je. Aku tak rajin macam nkorang'. Nkorang kat sini merujuk kepada aku dan sorang lagi kawan aku yg lain yang ada kat situ.

Persoalannya sekarang ni, betul ke siapa yang tak masak sendiri untuk anak dan hanya beri nestum kepada mereka itu adalah bukan seorang emak yang baik? Bagi aku, tiada ukuran yang boleh ukur cara mana yang terbaik dan tidak terbaik untuk mendidik anak, specifiknya dalam bab memberi makan. Contoh macam aku sendiri, aku memang masak bubur untuk anak aku, tapi aku ada juga beri anak aku makan process food yang keluar daripada kilang [yang mana aku sungguh tak gembira untuk beri anak aku makan benda-benda tu melainkan dalam keadaan terpaksa dan terdesak seperti tak sempat nak masak, atau keluar rumah]. 

Aku masak sendiri untuk anak aku pun bukan sebab dipengaruhi sesiapa juga. Cuma memang jenis aku ni suka buat sendiri apa-apa benda pun demi kepuasan sendiri. Yelah, aku kan kalau boleh baju-baju Luth pun aku nak jahit sendiri. Walaupun aku tahu hasilnya tak secantik beli di kedai, tapi aku akan rasa satu kepuasan kalau dapat jahit sendiri. Tapi masalahnya skrg, aku tak reti je nak jahit sendiri baju anak aku. Kuheh---kuhehh.---. So, macam tu juga la perasaannya bila aku masak sendiri bubur untuk anak aku. Aku terasa puashati sebab dapat sediakan sendiri makanan untuk anak aku dan perasaannya bila dia sungguh-sungguh buka mulut nak makan apa yang aku masak untuk dia tu.... ermm.. is like... priceless. Bahagia nak mamfuss.

Setakat ni aku boleh tengok perkembangan pemakanan anak aku. [Pergh ayat aku, sungguh Kevin Zahri gitew.] Dia bermula dengan Farley's Rusk yang aku sendiri tak berapa hepi tentangny.


Kemudian baru diikuti dengan pisang, labu yang dilenyek. Mula-mula je lenyek, pastu dia kekah je pisang tu.




Kemudian bubur nasi yang dikisar bersama sayuran dan ayam. 
Yang merah tu aku letak bayam merah, yang hijau ni aku letak broccoli.

Kepekatan bubur ni pun cair je. Tu yang habis bersepuas kat muka.


Then advance sikit, menu yang sama tapi tak payah blend dah. Fasa makan bubur jenis yang tak dikisar ni agak lama. 

Biskut pun boleh. sorry ye, kalo gambar kelabu tahik hanjing ni maknanya amik guna henfon.

Keropok pon boleh


Kadang-kadang bila tak sempat, aku bagi je roti gardenia yang ada inti coklat tu. Hehehe... Orang kata kalo bagi anak makan makanan yang berasaskan gandum boleh dapat anak yang berangka besar. Macam homputih la kot. Ececeh.. Ada hati nak anak macam homputih sedangkan diri sendiri honghitam. 


Sekarang Luth dah 18 bulan. Buat masa ni aku dah mula beri Luth makan nasi. Tapi aku masih akan lenyek-lenyek nasi tu bagi dia senang kunyah. Kiranya macam aku dah buat proses kunyah separuh jalan dah untuk dia. Lepas dah lenyek, aku gentel bulat-bulat mcm guli. Senang nak suap. Kadang-kadang aku bagi Luth kutip sendiri dalam pinggan dan suap sendiri.

Nampak kesan nasi melekat pada pinggan.


Yang aku perasan tentang Luth ni, dia sangat-sangat suka makan nasi yang berempah seperti nasi beriyani dan nasi arab. Nasi minyak dan nasi ayam pun dia suka juga. Lagi satu nasi goreng. Semua nasi berempah tu, dia makan nasi je dah cukup takyah lauk pun takpe. Kalau lagi nasi arab, memang banyak la dia makan. Sampai aku sendiri pun dah tak sanggup nak suap sebab takut terlebih makan. Pastu bila anak makan sikit aku gelabah juga. Huhu.

Bagi aku, sama ada kita beri anak kita makan makanan yang dimasak sendiri atau yang segera, belum boleh lagi menjadi ukuran sama ada kita ni emak yang baik ke tak. Aku yakin setiap emak dan juga ayah, berusaha yang terbaik untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. Memang lagi elok kalau kita masak sendiri sebab boleh kontrol apa yang kita nak masukkan dalam makanan anak. Tapi kalau dah tak mampu nak masak [mungkin masalah kekangan masa atau keadaan yang tak mengizinkan], maka, beri je la apa yang termampu. 

Aku nak selit resepi bubur anak-anak kot-kot ada yang perlukan bimbingan.

Resepi Bubur Beras Dengan Sayuran Dan Ayam.

Bahan-bahannya;-

1. Setengah cawan beras.
2. 4 bahagian air [kalau kat sini guna 1/2 cawan beras, maknanya darab 4 = 2 cawan air la. Kalau beras secawan, maksudnya air 4 cawan. Tapi kalau lebih air pun takpe, sebab mmg nak masak bubur kot.]
3.  Sayuran yang telah dipotong [boleh tukar-tukar gunakan broccoli, bayam merah, bayam hijau, sawi [tapi pahit plak kang], bunga kobis]
4.  Protein sama ada isi ayam atau ikan [ikan  merah, tenggiri]. Kalau nak nutrisi lebih, rebus sekali dengan tulang2 ayam masa masak bubur tu. Nanti bila nak blend, keluarkan la tulang tu. Jangan kau blend skali dengan tulang plak. Tercekik anak kau karang.
5.  Tambahan karbohidrat mungkin boleh tambah kentang atau labu dalam bubur.

Cara-caranya ;-

1.  Cuci beras, toskan air, masukkan air ikut sukatan. 
2.  Masukkan ayam dan kentang [kalau nak masukkan labu, masukkan last skali. Sebab labu kejap je dah lembut]
3. Masak menggunakan api paling kecil supaya proses memasak ala-ala slow cooker. 
4.  Bila air bubur dah separuh kering, boleh tambahkan sayuran yang telah dipotong ke dalam bubur. 
5.  Tunggu sehingga beras betul2 hancur atau lembik. [kalau nak masak bubur lebih lama, takyah masukkan sayur dulu. Masukkan sayur hanya lebih kurang 3 minit sebelum tutup api supaya nutrisi tak hilang.].
6.  Jika mahu, boleh tambahkan sedikit sahaja garam untuk rasa selepas bubur masak. Kalau doktor tak bagi tambah garam la kan sebab takut usus baby tak boleh digest. Tapi aku tambah je skit. 
7.  Kisar. Tuang dalam mangkuk. Ambil sudu, dan suapkan kepada anak. Haaa.. gitu la kaedahnya ye.

Comments

  1. pernah juga terasa macam apa yang kawan awak rasakan tu...hehehe.

    terima kasih kasi resepi,.. dulu2 masak bubur simple je macam pernah ke tak pernah buatkan untuk asyraf dan aishah..tapi kali ni nak buatlah untuk amsyar tunggu lagi 2 bulan lagi kot..

    Luth suka nasi arab, mesti ikut selera mak dia kan ^_^

    ReplyDelete
  2. btl lyd..
    setiap org ada dgn cara sdri..bkn semua mmpu buatkan..
    bgntung masa n keadaan..apa2 pon sbg ibu kt pastikan y terbaek buat anak kita

    ReplyDelete
  3. rajin nya Lyd..walaupun kerja ada masa jugak nak masak untuk anak..

    ReplyDelete
  4. Kalau gitulah gayanya nampaknya I pun bukanlah seorang emak yang baik.... Huhuhu, sebak pulak rasa hati. Tapikan, tapikan cubalah tanya kat Abang atau Adik, Mommy best tak? Mestilah mereka bagi 10 bintang kat Mommy mereka yang one and only ni :) So, okeylah... I feel happy sikit!

    Anak-anak I masa kecil dulu takdalah I bereksperimen macam sesetengah ibu yang memang tak dinafikan rajin. Adakalanya masak sendiri, lebih kalanya sumbat aje apa adanya. Nasib baik anak-anak membesar dengan jayanya. Tapi la ni kusut fikiran ni nak kena kawal juga pemakanan mereka jangan sampai terover excited nak makan je kerjanya! Eh, I off topic lagi ek?

    ReplyDelete
  5. Alah aku dulu pun bagi gak makanan kilang kat mak aku yang menjaga sikenit-kenit itu. Tapi bile balik keroje dinner spesel la sbb aku buat bubur blender campur sayur cam ko buat tu haa... Kalau hari coti mmg la wajib buat sendirikan bubur itu. Sian sbb tanak susahkan mak masak bubur. Nak masak pepagi macam rajin sangat ko Farah! Hahaha.. tapi ok je pun.. JEMPUT SINGGAH: JJCM Restoran Malaya

    ReplyDelete
  6. aku rasa jarang sesnagt masak bubur kat anak aku Luth..
    aku nak masak, tetapi aku betul2 tak sempat.
    nasib baik Luth cepat boleh makan makanan kami sekeluarga. gg dia pun dah banyak sekarang.. aku rasa sorry x bagi yang terbaik, kalau aku boelh mcm kawan kau tu.. iya2..aku tak berapa rajin.

    ReplyDelete
  7. Betul tu lyd. Saya pon kekadang rasa saya ni ibu yang malas masak untuk anak. Bila dah jadi #makbanyakanak *mcm banyak sangat* ni kekangan masa adalah sgt terhad. Weekend jer lah masa yg ada.

    ReplyDelete
  8. saya smpai skrg masak seniri lyd utk qisya..pernah jgk pengasuh kata xperlu masak dia boleh sediakan..tp sy tolak dgn baik...sy tetap nak masak sediakan makan utk anak di rumah pengasuh..bukan sy xpecaya atau tak yakin pd pengasuh..tp pd sy air tangan sorg ibu itu penting utk sorg anak, dari air tangan itulah hasilnya keberkatan utk anak membesar kelak.
    Saya mungkin seorang ibu yg berkerjaya, xmampu nak jg anak seniri..tp sesibuk mana pun sy tetap akan pastikan makanan qisya setiap hari disediakan oleh sy seniri. Walaupun sy xmampu nak suapkan qisya dgn tgn sy setiap hari..sekurangnya setiap hari sy sediakan masakan dr air tangan sy seniri. huhuhuhuhu komen jd tacing tetiba

    ReplyDelete
  9. Yang penting, tak biarkan anak kelaparan kebuluran, kalau rajin masak sendiri untuk anak2 adalah bonus. That is my opinion la, so memang takder kayu ukuran mak baik or tak baik, semua pun terpulang. I ni kat sini sebab terpaksa masak since tak berapa yakin dengan makanan hak ada di pasaran hahaha pastu kami bantai jer bagi anak kecik makan apa yang kami makan, since kami makan pun simple2 jer.
    JJ suka roti, tapi kecik jer jugak dia ni. tak homputeh pung.

    ReplyDelete
  10. lbh baik masak sendiri sbb dapat pastikan kandungan zat seimbang berbanding dgn segera ...

    ReplyDelete
  11. InshaALLAH tahun depan boleh masak bubur utk baby...dah lama tinggal ni...ema ingatkan kena kisar beras dulu baru masak...rupanya kena masak dulu baru kisar....hehehehe.

    ReplyDelete
  12. mmg sepatutnya kita msak sendiri bubur utk anak,benda ni nak dengan tak nak je..boleh dimaafkanlah klu sekali sekala bg anak mkn makanan yg diproses,klu hari2 tu macam sengaja la pulak..

    opismate sy ada cerita kak dia mengasuh seorang mak ni..nurse tau tp setiap hari bagi anak dia bubur peket yg letak air panas dan terus makan..dah la anak dia susu badan pastu tak reti nak perah n tinggal stok susu ke pengasuh..hati sy macam kata apa punya mak la ni..tak baik menilai org camtu..tp takkan la nak msk bubur tuk anak pun malas..awk tu nurse..takkan la tak tau benda ni semua..adeh!

    sy dulu kurang ilmu juga..kawen muda n takde pendedahan..bg anak makan nestum juga..tp tetap la masak bubur..takdenya bg anak mkn bubur peket.huhu

    ReplyDelete
  13. Masing2 ada cara sendiri kan..
    Yg penting anak kita sihat :)

    ReplyDelete
  14. sy nie tak tahu lah masuk katogori mana lak yg mana makanan arissa skrang nie sy dah tak buburkan dah...dia makan jer apa yg kami makan..janji lembut dan ade rasa..dia tak suka makanan ala2 baby dah skrang nie...gigi pun yg geraham nampaknya sedang keluar 2 atas, 2 bwh...kiri kanan..yeayy lepas nie senang kerja mak yg pemalas nie...huhuhhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya