Skip to main content

Bisikan Naluri - Daripada Allah Atau Syaitan?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku ingin kongsikan isi kandungan kuliah Subuh yang aku dengar semasa kursus baru-baru ni. Berkaitan dengan naluri atau instinct

Kita biasa ada suara hati, yang akan berbisik kepada kita tentang... ermm.. boleh dikatakan tentang semua perkara. Suara hati itu la yang biasa kita panggil instinct atau naluri. Selalunya suara hati ni hanya kita yang rasa. Lebih-lebih lagi kalo melibatkan orang yang rapat dengan kita dan yang kita sayang. Biasanya wanita la yang ada naluri paling kuat sekali tentang suami dia. Contohnya, ada sorang ofismate aku ni. Dia lelaki yang dah kahwin. Masa tu, aku bujang lagi. 

Ofismate aku ni dia rajin le melayan aku dan kawan-kawan perempuan aku yg lain bersembang. Tapi bukan bersembang tak senonoh la, sembang yang biasa-biasa, gossip-gossip tempatan, masalah domestik dalam pejabat dan seumpamanya. Lelaki ni kan. Walaupun dia setia, tapi kadang-kadang mulut manis dia tu akan terlepas juga ke perempuan lain, tanpa niat, tanpa ada perasaan apa-apa pun. Tapi satu je aku perasan, kalau dia mula je nak bercakap gedik-gedik, mesti wife dia akan call, tanya dia tengah buat apa. Padahal, bukanlah kami bersembang pada waktu yang sama setiap kali. Dan wife dia memang la ada call dia cuma aku nak katakan, timing tu, tepat je setiap kali. Memang aku terasa agak magis. Mungkin itulah yang dinamakan naluri atau suara hati.

Bisikan hati ini juga la yang biasanya akan memberi kita rasa was-was di dalam banyak perkara, terutamanya bab beribadah. Jadi, bagaimana kita nak kenal rasa was-was itu yang mana kita nak gunapakai, sama ada ya atau tidak, ya atau tidak, ya atau tidak? Ustaz Sabri memberi contoh..... Katakan kita nak solat. Sebelum solat, kita masuk dulu ke dalam toilet untuk menyahtinja. Setelah selesai urusan nyahtinja, kita terus keluar. By the time kita melangkah kaki keluar toilet, terus kita teringat, 'eh, aku dah ambil wuduk ke belum ni?', lepas tu kita mula berfikir, rasa macam dah, eh tapi rasa macam belum, eh macam dah, eh, ke belum. Jadi, Ustaz Sabri tekankan bahawa, the first positive thought kita tentang sesuatu, itu adalah daripada Allah. Ingat ye, yang baik-baik sahaja. Bisikan hati, kata hati, naluri atau apa saja kamu nak panggilnya, asalkan yang baik adalah soft reminder daripada Allah yang sayangkan hamba-hamba-Nya. How sweet kan? 

Manakala, the 2nd thought, the 3rd dan so on thoughts tu dah bercampur aduk dah dengan bisikan syaitan sebab bila dah ber'thought-thought' tu dah automatik fikiran dan hati kita jadi was-was. Was-was tu kerjaan syaitonirrojim. Kenapa Ustaz kata yang pertama itu daripada Allah? Baik, kita ambil contoh wuduk tadi. Wuduk itu adalah syarat sah solat. Perkara yang Allah syariatkan. Dah kalau bisikan hati pertama kita kata, 'aku belum berwuduk', maksudnya kita perlu ambil wuduk untuk sahkan solat kita. Syaitan ni... mana ada dia nak bisikkan sesuatu yang Allah suka dan Allah suruh. Tak mungkin syaiton akan membantu kita taat kepada Allah. Kalau membantu untuk kita ingkar tu boleh le harap. 

Jadi key pointnya di sini ialah, setiap perkara baik yang terlintas di fikiran itu adalah sapaan daripada Allah. Tak bangga ke berada di dalam perhatian Allah?Betapa tingginya kasih Allah kepada kita, walaupun kita ni on-off, on-off je ingat pada Dia.

Semoga bermanfaat ye kawan-kawan.
 
Intipati ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Sabri Ab. Rani. Ada yang aku tambah untuk sesuaikan dengan gaya penulisan blog ini. Ustaz Sabri ni agak terkenal dalam dunia da'i dan dakwah. Siapa tak kenal, ni aku selit sekeping gambar Ostad.

Henseng kan?





Comments

  1. Kat ofis ada cctv tak? Wife ofis mate tu remote dr jauh kut.....haha

    ReplyDelete
  2. orang kata kalau suami ni nak buat jahat memang senang je isteri dapat hidukan??
    semoga kita takdela terkena tempias camtuh..amin

    ReplyDelete
  3. Selaku manusia biasa, aku pun selagi ade perasaan yg bkn sekali je thought tu dtg tapi dok ulang. Aku skeri dgn bisikan setan. Sobs! Dah skg aku rs mcm nak tepon laki aku sgt2. Mcm ne ni?

    ReplyDelete
  4. tq for sharing lyd..
    betul tu lyd... biasa bila tlamapau was2 itu adalah bisikan syaiton..

    tp bab instinct seorg ibu, isteri biasanya mmg selalau tepat..

    ReplyDelete
  5. betul...betul.. 2.. hehehehe teringatlak kes member... huhuhuhu moga menjadi pengajaran...

    ReplyDelete
  6. thank u for sharing.. hehe.. tgh tunggu hari je ni lyd.. in sha Allah oktober ni.. :-)

    ReplyDelete
  7. ha ah..pernah jugak rasa macam tu..Tapi isteri2 ni memang macam tu la kot..kan?/dia boleh rasa sesuatu tu..dasyat...ehhehe

    ReplyDelete
  8. Naluri saya banyak kali tersalah teka. Sesekali saja betul. Naluri jiwa kacau kot...?

    ReplyDelete
  9. jadi para suami kat luar tu jangan cuba-cuba nak mengediks ye..

    ReplyDelete
  10. Memang ada sixth sense wife dia tu hehehe

    ReplyDelete
  11. kalau bab suami tu.. aku selalu boleh rasa..
    hatinya kat hatiku gak..haha..
    sweet tak kami?

    ReplyDelete
  12. Salam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer. tq berkongsi yer

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lyd...singgah ptg berbw..;)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..sempat berkongsi kuliah subuh tu ye...eloklah..kita ni saling ingat mengingati...manusia ni mudah lupa...terima kasih atas perkongsian ilmu ni ye...

    ReplyDelete
  15. betul juga..memang pernah dengar ustaz cakap yang was2 tu drp syaitan (^_^)

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah
    terima kasiih atas perkongsian ni
    untung berblog boleh sharing info :)

    ReplyDelete
  17. dulu akak susah nak was-wasni.. sebab akak percaya diri yang sangat kuat.. tapi sejak dah bersuami (lama gak dah yerk) akak mula selalu was2... suami akak suka beno tanya cam keluar rumah dah tutup ini dah tutup ini.. padahal akak rasa sangat yakin dah buat semua tu.. tapi bila dia tanya dengan muka cam tak puas hati jawapan akak yang kata dah semuapun ok.tu... akak masukler balik ke dalam... itu satu banyak lagiler.. so sekarangni naluri akak dah jadi komplikated lak.. tak macam dulu lurusjer..

    ReplyDelete
  18. Memang terrorlah wife kawan you ni, Lyd. Ada sixth sense kiranyalahkan. Pantang je suami dia nak menggediks, dia dah tahu terus capai telefon tanya khabar, ya. Kesian kat suami dia, tak berpeluang nak menggediks!

    I ni pun sekarang ni kerap was-was. Kalau kunci pintu rumah dapur, pergi ke ruang tamu je I dah syak wasangka - dah tutup ke belum tadinya... Susahlah kalau asyik rasa was-was cam ni.

    ReplyDelete
  19. bagus perkongsian nie lyd..sy yg kerap was2 pasal terkentut..heheh...tp nak save berwuduk lah sekali lagi...

    ReplyDelete
  20. nice sharing. lps nih senang nak buat pilihan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya