Skip to main content

Bisikan Naluri - Daripada Allah Atau Syaitan?

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku ingin kongsikan isi kandungan kuliah Subuh yang aku dengar semasa kursus baru-baru ni. Berkaitan dengan naluri atau instinct

Kita biasa ada suara hati, yang akan berbisik kepada kita tentang... ermm.. boleh dikatakan tentang semua perkara. Suara hati itu la yang biasa kita panggil instinct atau naluri. Selalunya suara hati ni hanya kita yang rasa. Lebih-lebih lagi kalo melibatkan orang yang rapat dengan kita dan yang kita sayang. Biasanya wanita la yang ada naluri paling kuat sekali tentang suami dia. Contohnya, ada sorang ofismate aku ni. Dia lelaki yang dah kahwin. Masa tu, aku bujang lagi. 

Ofismate aku ni dia rajin le melayan aku dan kawan-kawan perempuan aku yg lain bersembang. Tapi bukan bersembang tak senonoh la, sembang yang biasa-biasa, gossip-gossip tempatan, masalah domestik dalam pejabat dan seumpamanya. Lelaki ni kan. Walaupun dia setia, tapi kadang-kadang mulut manis dia tu akan terlepas juga ke perempuan lain, tanpa niat, tanpa ada perasaan apa-apa pun. Tapi satu je aku perasan, kalau dia mula je nak bercakap gedik-gedik, mesti wife dia akan call, tanya dia tengah buat apa. Padahal, bukanlah kami bersembang pada waktu yang sama setiap kali. Dan wife dia memang la ada call dia cuma aku nak katakan, timing tu, tepat je setiap kali. Memang aku terasa agak magis. Mungkin itulah yang dinamakan naluri atau suara hati.

Bisikan hati ini juga la yang biasanya akan memberi kita rasa was-was di dalam banyak perkara, terutamanya bab beribadah. Jadi, bagaimana kita nak kenal rasa was-was itu yang mana kita nak gunapakai, sama ada ya atau tidak, ya atau tidak, ya atau tidak? Ustaz Sabri memberi contoh..... Katakan kita nak solat. Sebelum solat, kita masuk dulu ke dalam toilet untuk menyahtinja. Setelah selesai urusan nyahtinja, kita terus keluar. By the time kita melangkah kaki keluar toilet, terus kita teringat, 'eh, aku dah ambil wuduk ke belum ni?', lepas tu kita mula berfikir, rasa macam dah, eh tapi rasa macam belum, eh macam dah, eh, ke belum. Jadi, Ustaz Sabri tekankan bahawa, the first positive thought kita tentang sesuatu, itu adalah daripada Allah. Ingat ye, yang baik-baik sahaja. Bisikan hati, kata hati, naluri atau apa saja kamu nak panggilnya, asalkan yang baik adalah soft reminder daripada Allah yang sayangkan hamba-hamba-Nya. How sweet kan? 

Manakala, the 2nd thought, the 3rd dan so on thoughts tu dah bercampur aduk dah dengan bisikan syaitan sebab bila dah ber'thought-thought' tu dah automatik fikiran dan hati kita jadi was-was. Was-was tu kerjaan syaitonirrojim. Kenapa Ustaz kata yang pertama itu daripada Allah? Baik, kita ambil contoh wuduk tadi. Wuduk itu adalah syarat sah solat. Perkara yang Allah syariatkan. Dah kalau bisikan hati pertama kita kata, 'aku belum berwuduk', maksudnya kita perlu ambil wuduk untuk sahkan solat kita. Syaitan ni... mana ada dia nak bisikkan sesuatu yang Allah suka dan Allah suruh. Tak mungkin syaiton akan membantu kita taat kepada Allah. Kalau membantu untuk kita ingkar tu boleh le harap. 

Jadi key pointnya di sini ialah, setiap perkara baik yang terlintas di fikiran itu adalah sapaan daripada Allah. Tak bangga ke berada di dalam perhatian Allah?Betapa tingginya kasih Allah kepada kita, walaupun kita ni on-off, on-off je ingat pada Dia.

Semoga bermanfaat ye kawan-kawan.
 
Intipati ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Sabri Ab. Rani. Ada yang aku tambah untuk sesuaikan dengan gaya penulisan blog ini. Ustaz Sabri ni agak terkenal dalam dunia da'i dan dakwah. Siapa tak kenal, ni aku selit sekeping gambar Ostad.

Henseng kan?





Comments

  1. Kat ofis ada cctv tak? Wife ofis mate tu remote dr jauh kut.....haha

    ReplyDelete
  2. orang kata kalau suami ni nak buat jahat memang senang je isteri dapat hidukan??
    semoga kita takdela terkena tempias camtuh..amin

    ReplyDelete
  3. Selaku manusia biasa, aku pun selagi ade perasaan yg bkn sekali je thought tu dtg tapi dok ulang. Aku skeri dgn bisikan setan. Sobs! Dah skg aku rs mcm nak tepon laki aku sgt2. Mcm ne ni?

    ReplyDelete
  4. tq for sharing lyd..
    betul tu lyd... biasa bila tlamapau was2 itu adalah bisikan syaiton..

    tp bab instinct seorg ibu, isteri biasanya mmg selalau tepat..

    ReplyDelete
  5. betul...betul.. 2.. hehehehe teringatlak kes member... huhuhuhu moga menjadi pengajaran...

    ReplyDelete
  6. thank u for sharing.. hehe.. tgh tunggu hari je ni lyd.. in sha Allah oktober ni.. :-)

    ReplyDelete
  7. Naluri saya banyak kali tersalah teka. Sesekali saja betul. Naluri jiwa kacau kot...?

    ReplyDelete
  8. jadi para suami kat luar tu jangan cuba-cuba nak mengediks ye..

    ReplyDelete
  9. Memang ada sixth sense wife dia tu hehehe

    ReplyDelete
  10. kalau bab suami tu.. aku selalu boleh rasa..
    hatinya kat hatiku gak..haha..
    sweet tak kami?

    ReplyDelete
  11. Salam Singgah jgk bila ada kelapangan sikit hari ni & tq terus menyokong KA yer. tq berkongsi yer

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum lyd...singgah ptg berbw..;)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..sempat berkongsi kuliah subuh tu ye...eloklah..kita ni saling ingat mengingati...manusia ni mudah lupa...terima kasih atas perkongsian ilmu ni ye...

    ReplyDelete
  14. betul juga..memang pernah dengar ustaz cakap yang was2 tu drp syaitan (^_^)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah
    terima kasiih atas perkongsian ni
    untung berblog boleh sharing info :)

    ReplyDelete
  16. dulu akak susah nak was-wasni.. sebab akak percaya diri yang sangat kuat.. tapi sejak dah bersuami (lama gak dah yerk) akak mula selalu was2... suami akak suka beno tanya cam keluar rumah dah tutup ini dah tutup ini.. padahal akak rasa sangat yakin dah buat semua tu.. tapi bila dia tanya dengan muka cam tak puas hati jawapan akak yang kata dah semuapun ok.tu... akak masukler balik ke dalam... itu satu banyak lagiler.. so sekarangni naluri akak dah jadi komplikated lak.. tak macam dulu lurusjer..

    ReplyDelete
  17. Memang terrorlah wife kawan you ni, Lyd. Ada sixth sense kiranyalahkan. Pantang je suami dia nak menggediks, dia dah tahu terus capai telefon tanya khabar, ya. Kesian kat suami dia, tak berpeluang nak menggediks!

    I ni pun sekarang ni kerap was-was. Kalau kunci pintu rumah dapur, pergi ke ruang tamu je I dah syak wasangka - dah tutup ke belum tadinya... Susahlah kalau asyik rasa was-was cam ni.

    ReplyDelete
  18. bagus perkongsian nie lyd..sy yg kerap was2 pasal terkentut..heheh...tp nak save berwuduk lah sekali lagi...

    ReplyDelete
  19. nice sharing. lps nih senang nak buat pilihan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...