Skip to main content

Solat Pakai Tak Senonoh

Sejahteralah ke atas kamu...

Ni mazhab mana ni, solat pakai cawat?








Luth di Hotel D'Art, Shah Alam. Hotel yang menarik, bersih dan cantik. Ini sebelum gi mandi kolam kat Pusat Akuatik. Pusat akuatik memang sangatlah crowded. Agaknya, kalau ada bahan yang menukarkan warna air kencing jadi hijau dalam kolam tu, rasanya seluruh air kat kolam tu dah jadi warna hijau, pekat. Eii.

Mama mendoakan agar Luth, akan istiqomah rajin bersolat sampai ke akhir hayat. 

Comments

  1. Replies
    1. terima kasih lin. insyaAllah nanti anak kamu juga comel.

      Delete
  2. assalamualaikum lyd...yer la budak2 ikut suka die jer kn...tapi elok la tu dr kecik dah mulakn...Awisy pun mcm tu juga pantang lepas kita solat dia pun nak juga...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama. Memang cepat mengikut kan budak2 ni. bagus awisy pun ikut solat. Sbb dia selalu tgk sbb tu dia ikut.

      Delete
  3. comel je luth..sebenarnya budak2 kalau buat pa je comel..klu mak or bapak bydak yang buat mcm tu..ngeri weeee..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih cikgu, belum tengok lagi, dengar pun dah ngeri. Hahahah.

      Delete
  4. Hahahaa..bila sujud tuko arah pulak. Comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut suka dia je ni Ujie. Ni pun berapa rakaat dah ni, macam 10 rakaat dah solat ni. Nak tunggu dia habis tu jenuh.

      Delete
  5. Salam jumaat yer ! x kisahlah yg penting kecik2 dah tau pentingnya solat

    ReplyDelete
  6. hahaha mazhab mana ni? eh benda kasi nampak air kencing tu ada tau... tapi takkan pihak hotel nak letak kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, i tau pasal benda tu sbb tgk movie Adam Sandler, kalau tak silap tajuk Grown Up kot. Ada air kolam bertukar jadi hijau bila kencing. Heheh.

      Delete
  7. Ni dah bawa ajaran sesat ni, Luth. Mana kiblat yang sebenarnya ni ek? Ish, Luth ni....

    Sama je dengan yang kat rumah. Ambil wuduk cecah air paip sapu atas ubun-ubun dah selesai terus solat satu rakaat lepas tu baca doa. Doa pun baca doa makan jek.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... nauzubillah. Harap-2 ilmu ni tidak menyesatkan umat la ye Luth.

      Baca doa makan tu comel. Hahaha.

      Delete
  8. eii...tapi kalau ajak ecah ngan acap swimming diorang on jer..hihihi...

    ala comelnya.dia solat.... takpe baby lagi..pakai cawat pun pakai cawatlah yer, janji Luth rajin solat..

    anty pun doakan agar Luth, akan istiqomah rajin bersolat sampai ke akhir hayat...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 nita. Mmg on aje memanjang kalo bab-bab mandi kolam. heheh...

      insyaAllah nita, aamiin doa nita dan terima kasih di atas doa2 ni.

      Delete
  9. ni cemana ngadap kiblat tapi time sujud terbalik ke belakng??hahhaha..kalau mikahail solat mesti nak pakai telekung kakak dia..haru betul..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la dia. Kiblat setiap rakaat berubah arah. hahaha, yg suka pakai telekung tu mcm anak sedar saya, Amaluddin.

      Delete
  10. sekali fikir memang rasa geli nak mandi kat kolamrenang public, tapi bila lihat air mengalir keluar masuk barulah rasa ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kak yon, air mengalir. Tapi sbb ramai sgt penuh satu kolam tu padat sgt, itu yg jadi terbayang mcm2 tuh. Hehehe.

      Delete
  11. Anak-anak saya masa umur 2-3 tahun pun rajin ikut saya solat. Kadang2 berdiri di depan kita lagi masa kita sedang solat. Bila dah masuk sekolah rendah, dah cerdik, malas pula solat, selalu kena peringatkan, tak seperti masa budak-budak kecik dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa mmg macam tu kan JR. Bila dah besar tu mereka dah banyak sgt terdedah dengan keasyikan duniawi.

      Delete
  12. bagus kalau kecik2 dah berjinak dgn solat. senang nnt lyd nak didik dia.

    ReplyDelete
  13. pandainya Luth...InsyaAllah didikan yg sempurna melahirkan anak yg sempurna akal fizikal nya..

    ReplyDelete
  14. luth yg sgt comel!!! bagusnya dia solat... hehehe moga2 doa mama luth menjadi kenyantaan dan luth menjadi anak yg baik.. aminnnn

    ReplyDelete
  15. haha..
    tomey sgt luth..
    xpe kecik lg..besar nnti pndai dia ttp aurat

    ReplyDelete
  16. Kau tau..
    Aku selalu kelam kabut nk ambil gmbr luth aku solat.. dasar bloggerksn..ha..
    Ha.. x pernh sempt ambil gmbr dia.
    Solt cepat sgt.

    ReplyDelete
  17. comellah natu acik yg gjahin semaye tuh..seronok tgk dorang yg semua nak tiru yg kita buat nie...acicha pun selalu ikut bapak dier semayang..tapi paling dier suka tarik kopiah....hehhe

    ReplyDelete
  18. Xpe2. Permulaan je tu. Jgn kacau luth solat. Dosa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya