Iklan! Iklan! Sila Click!

30 September 2014

Mercedes Benz Versus SultanThe Pony

Sejahteralah ke atas kamu...

Semalam layan Luth main kereta remote control di Dataran Putrajaya. Mula-mula singgah untuk solat di Masjid Putrajaya je, tak plan pun nak bagi dia main. Masa nak balik tu, Luth dok tenung je budak-budak yang main kereta kat Dataran Putrajaya ni, sambil tangan tunjuk-tunjuk ke arah budak-budak tu. Aku ni macam tak yakin je Luth ni boleh duduk dalam tu sebab dia ni kan biasanya kurang keberanian sikit.

Tapi untuk tidak memanjangkan drama TeleMundo yang bakal berlaku kalau aku tak beri dia main, aku kasi can jugaklah[maknanya, drama menangis]. Yelah, walaupun kereta remote control ni aku tengok ramai je orang beli untuk anak masing-masing, tapi terus terang aku katakan yang aku tak mampu nak beli. Ehee.. So, kalau ada yang sewa macam ni, eloklah aku sewa je. Lagipun, dulu aku selalu je sewa mainan kat RentAToys.com untuk Luth. 

Menggelatat sekali budak kenit ni dapat main keta remote control. 



Sewa kereta ni 20 minit = RM10. Mahal la kot, tapi untuk sekali sekala main boleh la. Cukup 20 minit, nak angkat Luth daripada kereta tu, mencelabak menangis taknak berenti. Haiyooo... minggu lepas pun sama bila pergi Kolam Flamingo kat Taman Wetland, taknak balik, pun menangis jugak. Time-time gini la mama dengan papa terpaksa bertukar jadi badut sarkis untuk mendiamkan tangis dia tuh. 


Sebelum balik, sempat pergi skodeng kuda kat Taman Ekuestrian Putrajaya. Hanya nak tau tempatnya di mana. Next time boleh pergi terus, senang. Ini pun tak turun daripada kereta pun. Skodeng je dari jauh. 
Nampak Sultan the pony ni, sugul je gayanya. Depress kot dengan perhatian yang melampau. Macam wajah keinsafan pun ada juga. Lepas raya haji la gi melawat Sultan ni lagi ye.

17 comments:

  1. alahai..tu yg syok dia putrajaya tau..
    banyak tempat boleh bawak anak santai2
    tak payah pegi holiday dah..hehehe

    ReplyDelete
  2. haha..sian sultan pony..terkurung..tu sedih..

    sukalah luth dpt naik.. asya pon dulu2..biasa naik y berbayar..nk beli rsa mbazir.. bknnya smpai ke bsr dia akn main.. mahal jgk kan satu2 ni

    ReplyDelete
  3. Uish...bru tau yg Putrajaya mg meriah time ptg2 eh?

    ReplyDelete
  4. sultan nama kuda tu? cute pula..hehe
    dulu ada belikan juga untuk afif, tapi motor
    bukan kereta, kalau kereta tak muat rumah sewa kami dulu...hehe
    tak apa sewa pun, janji merasa juga
    benda ni pun bukan boleh pakai lama

    ReplyDelete
  5. macam maisara dulu la..nak balik mesti menangis..katanya ayah Solihin Zubir (ala..blogger yang dulu tu..ingat tak..)dia nangis sebab sunyi kat rumah..lepas dengar gitu terus bagi adik kat maisara..hahahha..

    mahalnya 10 ringgit..kat sini 5 ringgit dalam 15-20 minit.

    ReplyDelete
  6. kat sini ada sewa kuda mainan, kuda kecik toys tapi u tunggang nak kena henjut sikit then dia gerak la. baca dengan nada keinsafan please, jangna nak fikir lucah jer yer. Tapi kan, jijah ni biasa la, dia nak naik, pastu tak sampai 2 meter lompat turun pastu tarik jer kuda tu, sakit betis katanya. membazir jer bayar.
    psttt... soalan berhantu berkenaan sewing machine, sejak I duk nak dia kan... merata I pergi nampak diskaun orang promote mesin mesin berkenaan, hahahaha scary u know. but then... papa JJ baru jer hadiahkan sebijik macbook air sempena birthday I hari tu, so macam awkward pulak nak minta2 sewing machine tu kan..s o hold la dulu sebulan dua lagi, ker tahun depan ker hahaha. buat masa ni rajin2 kan diri jahit tangan jer mana yang boleh.

    ReplyDelete
  7. best nya mesti meriahkan kt tempat main tu tgok mcm2 ada....sian kuda tu dekat rya hji ni dia igt dgn2 dia2 kna korban kot hehhe tu yg suggul je...

    ReplyDelete
  8. Nampak macam ada gaya boleh gantikan legenda F1 Schumacher bila besar nanti....

    ReplyDelete
  9. Kecik nar kuda padi tu...kesian kalau aku yg panjat naik...

    ReplyDelete
  10. nk.jgk terjah lah lps raya hj ni..hehehe.. :)

    ReplyDelete
  11. Kat dataran tu mmg meriah mlm2. Pernah gak lepak situ bwk anak sedara. Kalau ada anak sendiri mau selalu lepak situ...santai..happening.

    Pasni boleh le tengok Lyd berkuda lak ya..hehehe

    ReplyDelete
  12. Kat sini rm5 je kot. Tp selalu dpt extra time drpd org yg jaga tu. Hehe... Bdk2 ni suka la main. Motor, kereta semua dorg hentam sbb bapak dorg melayan.

    ReplyDelete
  13. kalau terjah dataran pjaya ni, budak2 yag paling happy & teruja sekali, kalau boleh nak tidur kat situ !

    ReplyDelete
  14. Putrajaya memang meriah kan.

    Sok lah luth dapat naik keta control.

    ReplyDelete
  15. Tak sempat terjah lagi area dataran ni lately. Sekarang ni takda keterujaan nak ke Putrajaya. Bapak Luth tukang jaga remote controllah tu ye. Steady Luth bawa Merc kat Putrajaya. Takda gegirl jeling-jeling ke nak tumpang?

    ReplyDelete
  16. seronok la luth dpt maen kereta remote control.

    ReplyDelete
  17. suka bila dpt ye luth.jgn le nangis2 kang mama x blnja dah.

    nak join juga la gi melawat sultan tu.. hihi

    ppstt: xterkata perasaan tu bila dpt ulit anak.
    memalam kalau tjga tgk ada bby kat sebelah rasa mcm mimpi je..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...