Skip to main content

Taman Botani dan Taman Wetland Putrajaya

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku suka Putrajaya. Sebab tempatnya luas, bersih, tenang dan banyak tempat rekreasi berunsurkan kekeluargaan. Kalau kolam renang awamnya biasanya tak sepadat kolam renang awam di tengah-tengah bandar besar. Aku pernah pergi Pusat Akuatik Shah Alam.. Ya ampunnn kejung nak bergerak, punye sesak. Kat mana nak cari kolam renang awam di Putrajaya? Cuba cari Kompleks Kejiranan di mana-mana Presint di Putrajaya. InsyaAllah ada kolam renang. 


TAMAN BOTANI
Aku pergi Taman Botani, Putrajaya pada Sabtu lepas. Ada apa kat Taman Botani tu? Actually takde apa yang menarik  pun, hanya taman untuk beriadah, jogging, bersiaran di tepi tasik. Di dalam tasik tu, ada berlambak-juta ikan lampam. Beri makan roti, akan nampak le beriuk-riuk ikan tu. Lain-lain, aku belum explore. Sorry eh. 




iNI budak, takut nak pijak rumput. Eh, tak sure takut ataupun geli.


TAMAN WETLAND
Hari Ahad tu pulak, aku pergi Taman Wetland. Perkara yang paling menarik di Taman Wetland bagi aku ialah habitat spesis itik dan angsa serta bangau ni. Ohh, tidak lupa juga burung undan. Menarik la jugek bagi orang-orang mcm aku yang hanya kenal ayam kampung dan itik serati pulang petang ni.

Luth kemain lagi menggelitik kaki dia bila nampak banyak spesis burung-burung ni semua. Aku pun kalau boleh nak menggelitik kaki gak, cuma aku masih pandai control keayuan aku. Wekkk muntah darah.







Itu je lah kisah cemana kami manfaatkan hujung minggu kami. Yang penting, pegi riadah kat Taman Botani dan Wetland ni free/percuma/gratis sahaja. Boleh bawak satu kampung pisang ramai-ramai kat situ.

Comments

  1. assalamualaikum...
    alahaiiii cutenye la hai baby..
    dah besar ye dia skrg.. suci murni muka..
    suka nye tengok bibird kalau fiyya panggil burung... fifish kalau ikan..

    ReplyDelete
  2. maisara dulu pun geli pijak rumput..pijak pasir pun geli..hahah..Luth pun geli jugak rupanya...mula2 je geli kot..lama2 jenuh nak kejar nanti..hahah

    Photobook dan sampai..cantik..saya sangat suka..!!

    ReplyDelete
  3. ok jgk lyd mcm ni pun. Sy jenis xkisah pegi mana pun, asalkan ada aktiviti pd weekend, kesian kot anak time cutila nak spent time dgn kita puas2..nak teroka itu ini..tp kalo time malas teroka apa yg ada diumah jgk hehehe..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kepada empunya blog =)
    cantik gambar yang di snap tu
    boleh kira dengan tangan berapa kali saya pernah sampai putrajay
    anyway saya singgah sini dari blog senyum-senyum a.ka. Diana Rahid

    done follow sini, ada masa moh singgah teratak saya pula
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
  5. jalan jalan kat putrjaya lyd ?? lame tak jalan sane ..x kesah ke mane asalkan berjalan kan?? btoi btoi btoi ..

    ReplyDelete
  6. Sukanya tengok Luth..
    cepat je membesar..

    Putrajaya myra cuma sempat singgah Masjid je..
    tempat lain tak sempat


    p/s : Lyd, kek kukus tu boleh je nak guna blender asalkan adunan sebati dan kembang

    ReplyDelete
  7. Rindu kat nattuku ini..lamo tak sempat bertandang...
    sy pun suka tpt cam taman botani nie..zaman mudo2 dulu sll pergi..nanti balik blh bwk anak2 lak tengok burung berenang sambil menggelitik kaki cam tuh...heheh

    ReplyDelete
  8. yg free tu yg penting.sbb skang ni semua benda kena duit.huhu..nmpk luth enjoy ja..tu yg lg penting..:)

    ReplyDelete
  9. wahhh2.. syoknya briadah... sy beriadah dkt kawasan kampus jer.. tapi alhamdulillah sib baik uum nih dlm hutan so syoklah jgk beriadah.. hehehe luth dah ada banyk gg.. comel.. heheheh

    ReplyDelete
  10. I ni bukan warga Putrajaya tapi sangat suka lepak kat sana. You just name it, habis semua presint I dah bantai melenjan :) Ni satu lagi jek belum sampai, Friendship Garden apa ke bendanya yang baru dirasmikan tengah tahun hari tu kat presint 4. Nanti nak terjah jugak!

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pegi jalan2 putrajaya..huhu..
    Comelnya luth..nampak dia yg excited tu

    ReplyDelete
  12. Sudi-sudi la datang Putrajaya lagi..boleh lepak kat Cruise Tasik Putrajaya....singgah la kat blog saya kalo nak datang rombongan http://rombongan-sekolah-ke-putrajaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. cantikkkk
    seronok luth tgk bangau OH bangau

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya