Skip to main content

Malaysia Islamic Arts & Tourism Souq, Shah Alam

Sejahteralah ke atas kamu...

Cuti sekolah sudah pun berakhir. Di sisa-sisa waktu cuti sekolah yang baru berlalu itu, ibu dan bapak mentua berkunjung ke rumah ku ittew. Aku berbesar hati menerima kunjungan tetamu, al maklum sajalah... Rumah agam kami yang sebesar alam tu, bukan selalu dikunjungi tetamu. Ibu dan pak datang Jumaat malam. Sedang elok la sebab cuti hujung minggu. Aku tak perlu ambil cuti untuk entertain mereka. Aku hanya hidangkan roti canai dan kuah kari ayam sebagai menu minum makan mereka sebab ibu dan pak tak makan nasi pada waktu malam. Jaga kesihatan katanya.

Alah, korang ni aku tau... aku buat mukadimah guna ayat bahasa persuratan cenggini, bukan korang rajin pong nak baca. Dah...dahh... korang jangan cuba nak nafikan lagi. Aku dapat detect semua itu. Eheee.. Tapi aku tak kisah pon kalo takde orang baca. Aku menulis bukan kerna nama, sekadar untuk catatan peribadi je. 

Demi untuk tidak me'lebam'kan kedua orang tua kami tu dengan dok je kat rumah sepanjang hari, kami bawa mereka ke Pameran Kesenian Islam di Shah Alam. Plan nak juga bawa mereka ke Putrajaya bawak tengok kuda. Tapi sebenarnya Pak mentua aku tu kurang sihat, lelah. Kaki pun tak berapa kuat nak jalan lama-lama. Kalau ikutkan, dia nak tinggal je di rumah. Tapi kami kejam. Ye, kami paksa dia pergi. Huhu.. Tak baik betul perangai paksa-paksa orang tua nih.


Tengok le muka Pak. Macam terpaksa kurelakan je.
Tak dapat jumpa unta betul, dapat jumpa unta papan lapis ni pun syahdu dah rase.

Kat sini pun ada kuda hokey. Boleh joyride jugak, cuma aku tak tanya berapa hingget sekali pusing.

Luth buat muka kerek plak sambil makan keropok keping.

Ini mimbar kat dalam tempat pameran pedang. Aku takleh nak amik gmbr pedang sebab tak dibenarkan ambil gambar. Kalau nak curi-curi amik gambar aku rasa sempat je, cuma aku sengaja memilih untuk mengikut peraturan, demi Luth. Kena belajar untuk petuh undang2 walaupun undang-undang yang kecil, sebab aku dan suami adalah role model untuk Luth.

Aku tgk gmbr ni, terasa macam nak betulkan tudung tu.

Amboi sukanya dia nak main dengan unta papan tuh.
Hari Ahad, ibu dan pak dan kembali semua ke kampung. Maka, tinggallah kami menjalani rutin harian yang bosan seperti biasa.

Comments

  1. Aku yg duk kat s.alam pun x perasan ada pameran ni..huhu... Klu kat taman islam tu ada 2-3 kali pergi tapi asyik nampak majlis bersanding je...tak npak lak pamerannya...

    ReplyDelete
  2. Salam lyd,semoga sihat hendaknya..seronok ye sekali sekala melayan tetamu dtg rumah. cepat je besar dah si luth tu.makin macam muka emaknya la...(^_^)

    ReplyDelete
  3. lorh unta tu ingatkan yg animasi dlm hp.. hahaha nampak cam xreal..kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Walaupun tak daya, tentu makpak mentua berbesar hati dapat jalan-jalan dengan anak menantu dan cucu kesayangan mereka :)

    Okeylah tu, Lyd... kira menantu ohsemlah ni sebab rasa happy jek bila makpak mentua datang. Ada menantu tu kalau makpak mentua nak datang siap mengeluh dulu baru boleh tarik nafas tau. Eh, siapalah menantu tak sopan tu *bukan I walau I yang keluarkan statement*

    ReplyDelete
  5. hahaha..unta papan lapis!
    best tak pameran tu? ada baca iklan nya kat tepi jalan

    ReplyDelete
  6. Ala lyd, tak perasan pun tdg senget ke apa..nampak bdk comel tu jer. Mak nya pun sekali lah..hahaha

    ReplyDelete
  7. Cute lah luth buat muka kerek macam tu. Ekekeke...ayat tak menahan. Unta papan lapis pon voley.

    ReplyDelete
  8. shah alam dekat mana ni ye
    saya selalu juga lepak shah alam, tapi tak penah tahu pula pasal ni

    ReplyDelete
  9. kenapa saya pun rasa macam nak betul kan je tudung tu..hahah

    ReplyDelete
  10. Lohhh sungguh tak mengikuti media massa kan aku ni? Dekat ngan umah pun tak tau kewujudan tempat hini kehkeh... BTW, aku just nak ko tau yang aku baca karangan ko dari mula. Sila bangga. Jemput Singgah: 50% MERDEKA!

    ReplyDelete
  11. eh kat shah alam?alahai apsal terlepas pandang plak nih hmm

    ReplyDelete
  12. waa..luth dah besar nmpak....

    muka FIL sebijik cam muka papa luth

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya