Iklan! Iklan! Sila Click!

18 November 2011

Esok Hari Perkahwinan Dia...

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ini Jumaat. Saya berada di kampung. Dah mula balik kampung hari Rabu ari tu. Esok Tinee, adik ipar saya akan melangsungkan perkahwinan. Cuti sekolah dah bermula ni, berpusu-pusu la orang menempah tok kadi untuk menikah.

Pilih kahwin waktu cuti sekolah ni risikonya ialah tetamu terpaksa berbelah bahagi nak pegi kenduri mana. Dah tentu banyak undangan yang diterima. Pengalaman saya sendiri juga. Waktu saya kawen dulu, tak ramai pun yang datang. Lauk pauk sangat banyak tak habis dan tak tau dah nak distribute ke mana. Last-last buang je. Huuuwaa.. Sedih. Sian kat lauk. Semuanya sebab dalam hari yang sama, ada terlalu banyak kenduri. Kat kampung saya je dah ada 3 kenduri. Belum lagi tempat-tempat lain. Tapi apa-apapun bersyukur sebab semuanya dah selamat.

Eh, ni nak citer pasal Tinee kawen ke saya kawen? Hahah. Overshadow itu biasa. Persiapan hantaran Tinee, dia buat sendiri je. Sama macam perkawenan abang Ngah dia dulu, dia jugak yang tolong buat hantaran-hantaran comel. Tapi bila time dia nak kawen ni, saya terlupa plak nak offer diri untuk tolong dia buat hantaran ke apa. Ishh.. Kejam betul kakak ipas ni.

Nanti lepas Tinee kawen, dia akan pindah ke Sabah. Erm.. mesti payah nak jumpa. Tinggal sorang je la adik kat semananjung ni. Haaa.. Ina suka latu. Jadi adik tunggal kat semenanjung. Heheh.

5 comments:

  1. dni pun lepas kawen akan pindah ke miri :)

    ReplyDelete
  2. kita kawen dulu pun tak silap cuti penggal.. Alhamdulillah tetamu ramai datang & lauk pauk semua ckp sampai petang. Pengantin pun melantak 2 kali siang tu..

    ReplyDelete
  3. salam;
    selamat pengantin baru pada yg berkahwin..bagus kawen waktu ni sebab musim hujan murah rezeki..musim ni jugak musim mengawan haiwan2 dihutan.

    ReplyDelete
  4. tme2 cuti skolah camni memang ramai yg buat kenduri khawin..boyot la satu hari pergi bnyk tempat.heee..^^p

    ReplyDelete
  5. Ardini : Oo ye ke dini. Susah le nak balik kg selalu-selalu kan?

    The LekatLekitStory : Kita pun kawen masa cuti penggal. Tapi lauk banyak jgk berlebihan. Sbb ramai yg tak dpt dtg.

    Yusuf : Amboi... musim mengawan yer. Hehe.

    CintaKhadijah : Seronok kan gi kenduri kawen. Tp time takde tu, takde can nak makan nasik minyak@ beriyani banyak2.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...