Iklan! Iklan! Sila Click!

30 November 2011

Serotonin : Hormon Gembira

Gambar dikelepet dari sini.

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada orang yang apabila dia bersedih akan makan lebih banyak daripada biasa sampai jadi gomut dan ada orang lain yang apabila bersedih, terus tak makan sampai jadi kurus kering. Daripada 2 situasi ini, saya rasa lebih elok jika bersedih dan makan banyak. Kenapa? Kerana jika kamu mengalami kesedihan dan kamu tidak makan, serotonin di dalam sistem tubuh kamu akan menurun. Manakala jika kamu makan dengan banyak, makanan yang kamu makan itu mungkin adalah pembekal serotonin secara semulajadi, maka kesedihan kamu itu dapat berkurangan. Sumber1

Apa itu serotonin? Serotonin ini adalah sejenis hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Lebih tinggi serotonin, lebih gembiralah seseorang itu tetapi jika kekurangan serotonin, seseorang itu akan menjadi kemurungan, sentiasa bersedih, mudah tersinggung dan selalu marah-marah. Korang cepat marah tak? Kalau ye, tu maknanya korang kekurangan serotonin la tu.

Makanan-makanan yang boleh meningkatkan serotonin adalah seperti makanan yang mempunyai karbohidrat mcm nasi, pasta, roti. Kemudian gula, manisan, buah pisang dan coklat juga boleh meningkatkan serotonin. Jadi, bila seseorang menemui kegagalan atau musibah, saya rasa lebih elok kalau dia makan banyak. Supaya dapat alihkan kesedihan dia tu. Kalau tak percaya, kamu boleh tengok, orang sedih yang tak makan, akan lebih cenderung bunuh diri daripada orang yang melantak banyak sebab bila dia tak makan, kadar serotonin dalam tubuh dia akan jadi sangat rendah dan bila serotonin rendah, kesedihan dia akan menjadi berganda-ganda. [Cuma yg makan banyak, takut terlebih banyak makan sampai obes plak. Tu pun bahaya untuk kesihatan kan?].

Kalau nak tau, kebanyakan ubat anti-depresi [anti-depressants] mengandungi dadah yang boleh meningkatkan kadar serotonin. Tapi dadah musuh negara.

Satu lagi fakta menarik tentang serotonin; bayi-bayi yang diberi susu ibu, akan dibekalkan serotonin secara tidak langsung kerana susu ibu juga dapat membekalkan serotonin kepada bayi. Menurut kajian, anak-anak yang diberikan susu ibu akan membesar dengan gembira dan mempunyai kelakuan yang baik. Ini bermakna, susu ibu mempengaruhi perilaku anak-anak sehingga dewasa.

Bagi sesiapa yang bersedih, boleh cuba tingkatkan serotonin dalam tubuh mereka. Cara cepat ialah dengan mengambil Prozac iaitu pil anti-depressant. Tapi jangan memandai ambil ubat ni kalau tak dapat nasihat doktor. Karang dapat penyakit sawan saya tak tau. Heheh. [Ada kaitan ke dan penyakit sawan? Kekeke]. Ada 10 cara semulajadi yang kamu boleh gunakan untuk meningkatkan serotonin. Kata nak gembira kan? Usaha la sikit. Jangan malas. [Ada tak hormon yang meningkatkan kadar rajin?]. Ini adalah 10 cara tersebut
.

Bagaimana dengan kamu? Kadar serotonin kamu tinggi atau rendah? ;).

7 comments:

  1. salam;
    Aku rasa kadar serotonin aku rendah sbb dlm tahun 2011 aku mudah tersinggung dan cepat marah..

    ReplyDelete
  2. dni nak tambah hormon excited buleh tak. nak kawen ni ekekekekek :D

    ReplyDelete
  3. yusuflaili : Kena makan pisang banyak2 la tahun 2012. Biar serotonin meningkat semula.

    Ardini : Hormon excited tu takyah tambah. Nnt dia muncul sendiri bila dah makin hampir.

    QuTaQ : pil babiturap tu akak tak penah dengar plak. Hape kah hitu? Ubat kuat ke? Hahah.

    ReplyDelete
  4. aku rasa kadar serotonin aku sedang2..kadang kadang aku sgt gembira..kadang2 aku marah laki aku sebb sepah umah..padahal anak2 aku yg sepahkn umah..hahahaaa..
    tapi aku mmg byk mkn pisang..tapi aku bukan monyet..apa la aku merepek ni..

    ReplyDelete
  5. Biasanya kalo org normal, kadar serotonin dia biasa je. Ni yang murung tak tentu hala atau pun dilanda musibah macam kematian ahli keluarga atau putus cinta tu yg serotonin rendah. Yer ina, aku tau ko manusia.

    ReplyDelete
  6. info sgt berguna..baru sy tau serotonin ni hormon. (Y) tq for sharing =)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...