Iklan! Iklan! Sila Click!

23 November 2011

Nilai Kekayaan Kita

Sejahteralah ke atas kamu yang memvaca vlog ini..

Kamu kaya? Kamu banyak duit? Mungkin. Tapi cuba fikir semula.

Cuba kira berapa banyak hutang kamu dengan bank? Hutang rumah, hutang kereta dan kad kredit. Katakan kamu membeli rumah dengan harga RM150,000, dah bayar beberapa tahun so, hutang tinggal RM120,000 + kereta berbaki RM50,000 dan kad kredit RM5000. Semuanya menjadi RM175,000. Masukkan sekali personal loan jika ada.

Kemudian cuba kamu kira pula berapa jumlah simpanan yang kamu ada di dalam akaun bank kamu termasuk duit selit bawah bantal dan bawah alas almari dan nilai barang-barang kemas kamu. Ok, katakan semuanya berjumlah RM20,000.

Jadi, RM20,000 - RM175,000 = RM-155,000. Seriously, harta dan duit kita hanyalah bernilai negatif. Negatif okay? So, apa yang nak dipandang rendah kepada pengemis yang mendapat duit RM10 sehari? Mereka tiada hutang bank sudah semestinya.

Apa lagi. Sila la percaya dengan pepatah Inggeris ,"Don't judge a book by it's cover". Sebab orang yang bergaya, belum tentu nilai kekayaan mereka tidak negatif. Saya pun negatif. Huhu. Dan saya yakin, ramai juga yang membaca ini pun negatif juga kekayaan mereka. Kita serupa. Apa nak buat, kita hidup dalam sistem begini. Untuk dapatkan rumah, perlu gunakan cara sewa-beli baru boleh beli. Nak bayar cash? Lagi la tak mampu kalau dah harga rumah pun paling murah dan 100k ke atas. Gaji berapa je. Nak simpan duit berapa puluh tahun baru dpt beli rumah bayar cash? Jangan citer pasal rumah la. Nak beli kereta bayar cash pun kena menabung hampir 20thn kalau nak simpan RM3600 sebulan. Apa lagi pilihan yang kita ada? Koma.

4 comments:

  1. btl...
    tak berhutang tak dapat la nak miliki :(

    ReplyDelete
  2. salam;
    sebenarnya sistem yg kita guna ni ialah memperdagangkan org..jgn marah kalau di selidik secara teliti memang kita sedang dijual dan dibeli serupa sistem sewa beli untuk mendapatkan pertukaran kerja menjadi upah ...sebenarnya semua kita memang tak berduit pun

    ReplyDelete
  3. ; memang salah 1 cara yahudi untuk melalaikan manusia dengan berhutang..
    :)

    ReplyDelete
  4. Niza : Mmg tak dpt tidak la kan. Terpaksa berhutang kalo nak miliki barang, nnt ketinggalan.

    Yusuf : Alhamdulillah awk faham kasud saya.

    tulisan buruk : byk agenda yahudi ni. Tp ramai lagi org islam yg memandang sinis dgn strategi Yahudi.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...