Iklan! Iklan! Sila Click!

28 November 2011

Orang Yang Kedekut Itu Adalah Orang Yang Tak Sedar Diri

Sejahteralah ke atas kamu...


Bersyukur kepada Allah kerana di dalam hidup saya ni, saya dikelilingi oleh orang-orang yang pemurah dan tak berkira. Bila dah takde orang kedekut dalam hidup ni, mulalah saya akan rasa pelik bila sesekali berjumpa dengan orang kedekut.

Bagi saya, tahap kedekut ni ada 2 je. Kedekut sikit-sikit atau kedekut nak mampus, sama ada kedekut harta atau kedekut ilmu. Yang kedekut sikit-sikit ni okay la.. boleh dimaafkan. Tapi yang kedekut nak mampus ni yang tak bleh dimaafkan. Duit dia 20sen pun dia boleh mintak balik. Ish.. ada ke orang gitu?

Saya tak faham dengan orang kedekut. Nak kedekut kenapa? Boleh jadi papa kedana ke kalau berkongsi harta milik kita? Lupa ke harta tu siapa yang bagi? Allah yang bagi betul tak? Allah bagi terus ke? Dah pasti Allah bagi pinjam sahaja. Faham tak maksudnya pinjaman tu apa? Maksudnya bukan ko punya. Ko hanya diamanahkan oleh Allah sebagai penjaga sahaja. Bukan 'pemilik' seperti yang tertera di dalam helaian surat perjanjian kalau nak beli kereta. Pemiliknya tetaplah Allah.

Orang yang kedekut ni saya anggap mereka sebagai tak sedar diri. Sebab mereka rasa harta yang mereka miliki tu mereka punya dan mereka dapat harta itu kerana kepandaian mereka. You silap la brudder. Totally silap.

Saya tak nafikan saya pun kadang-kadang ada jugak kedekut. Atau pun perasaan nak berkira dengan orang lain. Tapi cepat-cepat saya tersedar balik bahawa harta itu bukan saya punya. Harta Allah. Saya cuma pinjam je. Contohnya kereta. Kereta tu je la satu-satunya harta yang saya ada. Buruk-buruk pun, masih boleh berbakti kepada saya. So, kalau orang nak pinjam, saya agak berat hati. Sebab kalau rosak atau problem, saya lah yang akan tanggung kan? Tapi bila makin faham tentang kehidupan ni, saya dah mula terasa... tanpa izin Allah, kereta itu takkan rosak. Kalau kedekut kereta tu pun, boleh juga rosak kalau Allah nak tarik balik pinjaman yang Dia berikan tu. So, ko nak cakap apa?

Jadi, tolong ingat ye. Jangan kedekut. Sebab harta ko tu bukan ko punya. Allah punya. Tolong faham betul-betul. Harta yg ko ada tu bukan hak ko sepenuhnya. Maknanya tak sesuai untuk ko kedekut dan nak berkira.

10 comments:

  1. salam;
    Sekarang ni makin banyak manusia sangat berkira..zaman sekarang mendesak manusia untuk berkira-kira bila/sebelum membuat sesuatu keputusan...

    ReplyDelete
  2. Zulhilimi : Bkn terkena batang hidung awk je. Org yg tulis entry ni lagi lah. Hehehe.

    yusuf : mmg kalau ikutkan, zaman skrg ramai org mcm tu, tapi apa yg dipraktikkan itu tidak berapa tepat dgn Islam. Bukankah Islam itu relevan sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  3. ada orang yang bila dia kedekut dengan orang tak pe,orang kedekut dengan dia tak boleh..yang ni hampeh punye orang..
    saya malu nak kedekut...

    satu lagi sifat kedekut ialah berkira..kawan pinjam syampoo pun dia ungkit seminggu..
    kawan pinjam seterika pun dia cerita kat orang..
    nak bagi tapi kedekut!

    ReplyDelete
  4. Diana : susahkan dengan orang kedekut dan berkira ni? Kita bleh jadi stress sensorang.

    ReplyDelete
  5. insap baca entry ni..so...pesan kat diri sendiri...sila jgn kedekut..

    ReplyDelete
  6. Ko tak kedekut ina. Ko sangat pemurah dan lagsung tak berkira. Ninee pun sama. Baik giler.. Segan aku dgn korang.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana sudi memberi peringatan...minta izin nak copy paste....barokallah..

    ReplyDelete
  8. silakan ustaz. terima kasih kerana membaca nukilan yg tak seberapa ni.

    ReplyDelete
  9. Abg saya kedekut nak main xbox pun x bagi dakit hati bila x dapat main

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...