Sejahteralah ke atas kamu..
Peminat seni tanah air macam saya ni, mana boleh terlepas daripada menonton rancangan-rancangan gossip hiburan macam Melodi dan Propaganza setiap minggu. Rasa cam tak lengkap hari Ahad saya kalau tak tengok rancangan-rancangan tu semua. Ehehe. Poyoh je. Semalam bila tengok temubual wartawan Propaganza dengan kumpulan punk Bunkface, saya tergelak sensorang. Sebab komen derang macam kelakar la jugak, pasal support local music industry. Yang sorang tu kata, buat apa nak minat KPop. Daripada minat KPop, lebih baik sokong industri muzik tempatan. Pastu, dia tanya kenapa nak minat KPop, korang tau tak KPop tu miming je, pastu buat plastic surgery je. Yang sorang lagi tu plak kata penat dia belajar muzik tapi tak dpt sokongan peminat tempatan. Dan yang last skali kata sian kat dia nak kawen pun takde duit sebab muzik dia tak laku kat negara sendiri bila org Malaysia asyik sokong KPop. Hahaha. Kelakar la jugak.
Saya suka KPop[alamak.. kantoi. rosak reputasi aku sbg wanita berdedikasi]. Saya pun suka jugak Bunkface. Tapi, saya bukanlah peminat yang pernah menyumbangkan kekayaan pun kepada kedua-duanya. Lagu-lagu mereka yang saya dengar hanya di TV, radio atau youtube sama ada KPop atau Bunkface. Itu dikira sebagai menyokong industri ke tak? Dan saya yakin, ramai jugak peminat-peminat KPop pun sama macam saya. Suka dengar lagu, suka tengok derang menari tapi mungkin mereka hanya dapatkan secara percuma sahaja di internet. Ada la kot yg beli ringtone KPop, tapi ramai lagi yang donlod free je. So, tak timbul isu 'periuk api nasi artis tempatan terjejas kerana peminat lebih meminati KPop'. Kalau orang tak minat artis tempatan, ada la sebabnya tu. Mungkin artis tempatan bagus, tapi mungkin belum cukup bagus. Yang tu kena la berusaha improve. Kalau artis tempatan rasa dia dah cukup bagus tapi masih tak ramai peminat, itu maknanya mungkin dia syok sendiri.
Lagi satu semalam pasal Zed Zaidi nak perjuangkan hak pelakon tempatan bila Aaron Aziz yang menang anugerah. Dia kata pelakon luar perosak industri. Haihh... pelik betul. Kesimpulan yang saya dapat daripada 2-2 komen artis tempatan kita tu, ialah..... mereka tak boleh ada artis luar yang lebih diminati daripada mereka. Dalam masa yang sama, derang tanak improve diri derang sendiri, tapi sibuk nak menghalang bakat luar yang memberi ancaman. Sama jugak kesnya dengan muzik dari Indonesia yang digemari sehingga menjilat jari kaki oleh orang Malaysia. Mulalah komposer tempatan rasa terancam. Pastu nak paksa orang minat lagu-lagu yang mereka compose. Peminat ni hanya satu je... Derang bukan kisah pun muzik tu berkualiti cemana pun atau seni cemana sekalipun, asalkan sedap didengar, catchy dah... jalan. Boleh terus jadi pujaan. Kalau komposer Malaysia buat lagu dengan bajet mahal, lirik yang puitis sampai sepatah pun orang langsung tak faham lagu tu, tetiba nak marah bila rakyat Malaysia minat lagu Cari Jodoh oleh kumpulan Wali Band, itu memang tak patut le. So.... bagi saya.... kalau artis tempatan kurang peminat berbanding artis luar... maka silalah cari identity yang dapat memenuhi selera orang, bukannya paksa orang lain ikut selera korang.
*betul jugak kata Ahmad Dhani, lagu Diambang Wati tu memang tak dapat difahami. Lagu melayu banyak yang kita tak faham pun lagu tu tentang apa, betul tak? Hanya orang-orang seni je yang faham. Lain dengan lagu indonesia yang liriknya jujur. Senang difahami. Tapi mungkin lagu-lagu Malaysia yang puitis tu memang diciptakan khas untuk orang2 yang seni sahaja. Manakala orang-orang yang tak seni macam saya plak, dengar je la lagu-lagu jujur yang tak puitis dari Indonesia.*
Lagi satu saya nak highlight pasal drama-drama Melayu. Oiihhh... tolong la remove 'jalan cerita yang berunsurkan rogol, terlanjur dan ada anak luar nikah' sebagai salah satu konflik dalam cerita tu. Rasanya semua drama yang kuar TV akhir-akhir ni, ada menyelitkan konflik macam tu dalam cerita tu. Bosan nak digest benda yang haram tu daripada kepala otak. Muak pun ada jugak. Kalau nak dijadikan pelajaran pun, rasanya dah cukup kot dengan drama-drama sebelum ni. Cuba la fikir konflik lain plak untuk menyedapkan cerita tu. Konflik pasal penyakit mental ke. Konflik pasal hutang ke. Ikut suka la... asalkan jangan pasal rogol dan zina. Bosan tau tau? *sape suh tengok drama Melayu???!!! Hahah.. kata menyokong industri. Nanti kalau tengok drama indon je karang penerbit Malaysia jugak yang sedih.
Lirik lagu indon hanya 4 rangkap je..pastu yag tula duk ulang2 sampai abis muziknya..tp sedap..lagu malaysia ni lirik perlu penghayatan..komposer kne ikut trend bdak skang..xske pikir smpai kasi pecah otak..kita nak relak & santai aje..janji layan kan..sbb tu yuna leh meletop..bkn stakat fesyen tp lagu dia simple but nice..kan best tu...^__^
ReplyDeleteapa2 pon yang berlaku, pendapat saya komen2 artis kita ni ada asas nye jugak kut.... industri seni atau kerajaan malaysia kena kawal kemasukan produk2 luar ni... bukan takut untuk bersaing, tapi keadilan dan hak perlu ada.. :)
ReplyDeletebak kata AA, komen tak matang dari ZZ tu..masa awal pencalonan tak pulak nak protes, dah menang baru kalut dok komen itu ini. eh, propa pulak saya nih! huhu
ReplyDeletelagi 1 pasal drama malaysia ni kan dorang suka dok awal2 berlagak alim pakai tudung siap kuar hadis dan seksaan bagai, tapi lepas tu lupa daratan bukan takat tak bertudung, siap pakai seksi lagi. tak rasa 'panas' ke? saya panas juga - 'panas hati'! hpffttt..
dorang ni suka bagi contoh2 dari baik jadi tak baik, pas tu olah jalan cerita mcm benda tu biasa dan okay je. kalau dbiasakan benda yang tak betul lama2 anak2 generasi akan datang pun tak betul juga la jadinya..hmmmm....
sy minat irama pop etnik.ekekekeke
ReplyDeletelama dah tak tengok melodi..dolu2 mmg wajib.
ReplyDeletepsl drama tu, mmg betul. buat citer mcm kering idea. Sbb tu saya dah lama tak tengok citer melayu. Stkt tajuk tau la.
saya skrg suke citer cina ntv7 isn-jum pk. 6pm. Ada nilai kekeluargaan, penyiasatan, psiko..
hehe..lya pon kalo layan lagu just kt tv, radio or utube..kalo nk beli cd semata-mata..rsa mcm mbazir.. hehe,, sbb ada lg pkara y pting drp tu..
ReplyDeletedan psl zed zaidi tu plok.. kt kna igt, dulu filem2 kt drp singapore.. smua filem lama y femes amos tu dirakam di singapore kan..
jd..dah rezeki aaron la tu..jgn la smpai nk boikot..
dah lama xlyan gosip2 artis ni..nmpk mkin parah jer...mcam2 la skrg ni...huhuhu
ReplyDeletesekali sekala layan gossip ok gak tapi bila semua tenguk benda yang sama rasa bosanlah pulak
ReplyDeleteakak pun ada gigi taring..buat pemanis bila tersenyum
Saya pun jarang layan drama2 Melayu, asyik kisah Datuk, Datin, Tan Sri dan Puan Sri, kisah berebut harta, buang anak...bla..bla..bla, thema yg sama diulang setiap hari sampai putih biji mata dan berlendir telinga penonton. Tak ada thema lainkah yg dekat dengan rakyat biasa macam kita ni??
ReplyDeletehahaha, ahad yang penoh dengan gosssippp
ReplyDeletepenuh dengan fitnah. ye ke??..haha
tapi tak dinafikan aku pun suka Kpop walaupun 1 haprak x faham, tp muzik dah sedap layan ar..
jom layan nasyid..lagi best
ReplyDeletehari ahad pun senaskah suratkabar pasal artis kan! layan drama luar lg best kot. hehe..
ReplyDeleteahad- fitnah-gosip... layannnn! :P
ReplyDeleteMy latest Entry :)
Edisi Mari Belajar: Menu Majlis Harijadi
assalamualaikum lyd...betul tu lagu2 Indon semua lirik2nya senang difahami dan mudah mendpt sambutan dr peminat2 semua...bukan nak sokong org luar tapi lagu2 kita kat Malaysia ni kenalah buat yg mcm tu jgn asyik buat lagu tu ikut suka je mcm lirik lagu Bawalah aku Pergi yg baru2 ini dilarang penyiaran nyer akibat liriknya yg kurang baik kan...:)
ReplyDeletesuka jugak lagu wali band. ringkas dan sedap dengar. hahaha...
ReplyDeletep/s: modem dgn kad celcom tu hantar ke kedai utk set internet pada gajet br beli. tu yg guna sis punya maxis. nk guna streamyx pindah rumah nnt. selagi tak pindah selagi tu la gune modem. huhuhu...
k-pop ke, lagu melayu ke, lagu omputih hatta lagu hindustan skali pun, xde nyer nak beli2. donload sudey... beli pun bkn sumer lagu diorang best. takat lagu yg kuar radio je best, the rest hampeh, baek x yah.
ReplyDeletebab drama melayu lak, mak aku slalu tgk. tp yg x best nyer, idea citer lbh kurang je. channel TV laen2. tp blk2 citer psl rogol, keganasan rumahtangga, dendam. come on la. xde citer laen ke nak wat.