Iklan! Iklan! Sila Click!

18 June 2015

2 Minggu Kemudian...

Sejahteralah ke atas kamu...

Tetibe je dah bulan Ramadhan semula. Rasa macam baru je lagi makan kuih batang buruk masa raya tahun lepas. Taik gigi raya tahun lepas pun tak abih lagi korek. Ni dah nak tambah lagi batang buruk sesi tahun ni plak. Sighhh....begitulah masa terbang.

Nak cerita ni, tapi kang nampak macam buka aib sendiri plak kan. Semalam waktu husband aku gi terawih, aku masih dok melangut depan TV. Tertengok pulak rancangan Walimatul Urus Hanis Zalikha keknis. (Haa, kan dah terdedah rahsia aku tak meningkatkan ibadah di bulan Romadhon.). Memang gempak jugak sponsors untuk wedding dia. Dengki iolss tibe-tibe. Mula la terfikir, ngape la aku tak buat blog ni betul-betul dulu, kalo tidak boleh jadi blogger femes then jadi selebriti then kawen pun ada orang ceponcer. eWahh.... cantik sangat muka haku nak jadi selebriti. 

Dalam masa tengah tengok tu, tetibe keluar trailer filem Pilot Cafe. Aku macam terkujuit juga sebab start je dengan gambar aksi, "Selangkah ke alam zina". Tengah macam nak romen-romen. Pastu ada dialog pelakon dia sebut, "Perempuan kalau sebulan tak datang haid, apa maksudnya tu?". Ala lebih kurang gitu la dialog dia. 

Bukan filem melayu pertama yang macam tu. Sebelum tu pun ada je filem yg Nora Danish berlakon dengan Adi Putra main bergolek-golek atas lantai sebagai babak bergurau senda suami isteri dalam filem tu. Lagi filem Nora Danish dengan Rusdi Ramdi ntah la apa tajuk. Aku tak tengok filem tu, cuma tegnok promo dia je. Kang ada la yang marah tu kang.. "Tak tengok filem tu dari awal sampai habis, mana boleh judge. Kena faham ada maksud tersirat yang cuba pengarah sampaikan". Tersirat kepala keretapi dia la. (jangan salah faham, aku peminat Nora Danish tau, selain daripada Aiman Hakim. Ceh tetibe.)

Bila tengok apa yang terhidang di dalam TV dan wayang kita, aku rasa dah sampai masanya JAKIM masuk campur dalam penerbitan rancangan-rancangan hiburan kita. Serius ni. LPF macam tak berfungsi je untuk menapis filem. Kalau bukan JAKIM pun, sekurang-kurangnya produk hiburan kita PERLU tapisan daripada orang-orang agama Islam. 

Pernah aku baca komen sorang artis ni, kata dia kalau PAS memerintah, industri hiburan kita akan mati. Gitu sekali pemikiran dia. Siapa yang setuju dengan statement dia, aku rasa korang memang sangat jumud. Kalau macam tu sekali dia takut industri hiburan negara ni berakhir, maknanya dia belum cukup kreatif. Orang kreatif akan cari jalan untuk buat filem yang berkualiti dan menghiburkan walaupun dengan peraturan yang ketat. 

Aku ingat lagi dulu, masa zaman tok mat, cerita hantu memang tak dibenarkan keluar TV. Waktu tu penggiat seni memang protes. Katanya terlalu banyak peraturan, macamana nak jadi kreatif. Semua kena sekat. Dah tu aku tengok sekarang ni bila semua hantu dah terlepas masuk ke dalam TV, aku tak nampak pun kat mana kreatif dia tu. Balik-balik sama je kisah seram-seram kuku lepas tu hantu muka bodoh yang rasa macam nak spray dengan Ridsect. Hantu Bungkus Ikat Tepi la, Hantu Pocong la, Awek aku Hantu la, Tapi jalan cerita tak de kelainan pun. Kalau yang kata kelainan pun hanya keluar daripada mulut pengarah dan pelakon-pelakon. Ayat cliche, "Filem ini anda perlu tonton kerana ianya lain daripada yang lain". Puiii... Padahal bila aku tengok macam sama je. 

So, itu la.Berbalik kepada cadangan asal aku tadi. Elok la badan-badan agama dimasukkan ke dalam panel penapisan filem dan letak guidelines yang lebih jelas tentang apa yang hendak diterbitkan. Terus je letak syarat sebagai contoh, 
1. Dilarang adegan bersentuhan diantara pelakon lelaki dan perempuan, apatah lagi berpeluk dan bergeli-geli atas katil.
2. Dilarang adegan mengandung anak luar nikah. [sebab kesan dia sangat besar terhadap perkembangan akhlak remaja-remaja kita]. 
3. Dilarang menunjukkan perbuatan syirik seperti memuja kubur, minta nombor ekor dekat pokok dan perkara-perkara khurafat. Walaupun sekadar nak buat lawak ataupun untuk menyindir masyarakat. Tak perlu dah nak sindir-sindir guna filem. Orang takde nak insaf pun.
4. Dilarang menunjukkan mantera-mantera yang tidak jelas sebutan ataupun seperti menyeru makhluk lain untuk memohon pertolongan sewaktu nak menghalau hantu.
5. Dilarang berkemban walaupun untuk menunjukkan adegan wan maimunah mandi bunga sebab nak pikat suami.
6. Dilarang adegan isteri melawan suami, merajuk 24 jam kemudian suami pujuk, isteri curang, isteri bomohkan suami. No..no..no... Tak perlu tunjuk. Isteri sekarang ramai yang cari jalan je nak tundukkan suami. Kalau tunjuk dalam filem, nanti mcm bagi idea plak kat mereka.
7. Dilarang adegan derhaka kepada ibu bapa. Walaupun sekadar berkata ahhhh.

Dan lain-lain lagi siapa nak tambah. Kalau ada pengarah filem atau penggiat seni yang baca entry hakak ni, tolong la bersama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Bantulah rakyat Malaysia dengan mengeluarkan rancangan hiburan yang berkualiti. Yang bermoral, bukan tak bermoral. Tak perlu nak tunjukkan sesuatu adegan tu begitu real, cukup sekadar bayangan je orang dah boleh faham. Atau kalau takut orang tak faham, boleh guna suara narrative untuk bantu cerita. Be creative hokey! Tu kan bidang yu olss. Pasti boleh!!

Kalau sebelum ni kita selalu mempertikaikan kenapa kita selalu ditakut-takutkan dengan jahannamnya neraka oleh ustaz-ustaz sehinggakan kita rasa, alangkah baiknya jika ustaz-ustaz berdakwah dengan menceritakan betapa beruntungnya jika dapat masuk syurga kerana melakukan kebaikan, jadi... why not untuk filem dan drama Melayu pun begitu. Apakata adegan tidak bermoral yang dipaparkan di dalam rancangan hiburan kita yang niatnya nak menginsafkan tu digantikan dengan adegan bermoral yang boleh mendorong orang lain untuk melakukan kebaikan. 

Korang rasa cemana? Kalau ada perkara yang korang boleh sampaikan kepada penggiat filem negara, apa yang korang nak bagitau mereka?

19 comments:

  1. Itulah yang lawaknya JAKIM, ada haram yang haram dan ada haram yang tak haram. Pelik!

    Ada penggiat filem dan drama kata mereka wujudkan adegan ranjang, adegan peluk, raba dan bersentuhan untuk wujudkan suasana realistik. Lawaknya kata-kata mereka! Dalam nak wujudkan suasana realistik jarang sekali filem dan drama kita diktiraf dunia, jarang dengar ada yang menang anugerah oscar. Mengapa tak ikut filem dan drama Republik Islam Iran yang selalu filem dan drama mereka menang anugerah antarabangsa, sedangkan filem dan drama mereka mengharamkan adegan bersentuhan bukan muhrim? Jika negara Islam Syiah yang ada orang kata sesat boleh begitu berpegang teguh kepada ajaran Islam mengapa negara Sunni yang tak sesat tak boleh berpegang kepada ajaran Islam?

    ReplyDelete
  2. hmmmmmmmm.....
    kenapa rin suka sangat entry lyd hari ni..
    suka sangat ok..suka sangat..
    sampai tak tahu nk komen apa...

    ReplyDelete
  3. mmmm.tak tgk pon citer kekni.sbb langgan paej njoi je

    semua citer trsebut di atas x tg. mcm di ata bali bali citer yg sama je.bosang r

    betul tu.

    eh jap.ada hri tu tbaca dt blog mana erk pasai isu yg rosyam nor jd engacara tu.pastu jemput ustaz n fauziah nawi. rosyam tanya soklan pastu kena tempelak dgn ustaz balik. fauziah nawi melenting la.

    ReplyDelete
  4. Betul kata tuan JR kat atas tu. Cerita cerita iran tu tak payang pevang bagai. Jalan cerita pun best.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum lyd...selamat berpuasa yer..:)

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan usul2 tersebut Yang berhormat...kalau nak kata untuk pengajaran,pengajaran nya tu ada secoet je..babak pengajaran tu pun dah hujung2,,buat nya dia tengok filem sekerat je cemana ??kan??

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa sis...saya pun geli geleman dgn cerita2 skrg nih.. tpi pilot cafe 2 best..kihkihkih kalau bca novel dia lg teruk kot...huhuhu

    ReplyDelete
  8. lebih kurang isu yg rancangan kt tv1 ru..ada baca kt Facebook je..tak tgok pun..macam ciksue kata..rosyam noor jadi pengacaranya..kata ustaz p buat haji dengan duit berlakon tak sah..even nk bg real pun.bersentuhan laki perempuan tetap haram.matlamat tak menghalalkan cara..

    memang bosan filem melayu kita..perlukan perubahan kearah yg islamik

    ReplyDelete
  9. btol gak tu apa yang lyd cakap tu. kreatif la sangat kan. hahaha... apa pun, selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  10. saya sangat setuju dengan entry ni
    kalau negara islam lain, filem mereka masih boleh menang anugerah
    tanpa melakukan adegan bersentuhan
    tapi filem malaysia, sedih nak cerita

    ReplyDelete
  11. akakpun setuju sangat... konon menghayati ler sangast..pelakon dia melakonkan jer.. dah kerja dia..
    yang pengarah juga penerbit tuler yang buat bodojer.. bosan tengok cerita isteri suka cakap tengking2 kat suami lepastu dia lah yang jadi baik amat.. hakikatnya payah sangat kalau dah perangai gitu nak ubah mudah2... dulu ada satu drama bersiri juga dari Indon tiadapun sentuh2ni tapi romantis dia alahai... cuma sampaikan dalam kiasan sahaja..

    ReplyDelete
  12. salam singgah dari Sabah! ^_^
    selamat berpuasa...

    http://kylifa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Ani setuju 100%. TV membawa pengaruh yang besar untuk budak-budak remaja .

    ReplyDelete
  14. X suka tgk citer hantu..lani penggiat seni pon dok tayang citer dr novel je

    ReplyDelete
  15. Tu laa Lyd, komen penerbit filem, 'itu demand dari penonton' ..tapi x de laa box office pon cerita2 tu ..

    ReplyDelete
  16. tk sempat nak tgk cerita pun kat tv skrg ni...duk sibuk layan anak kecik...hehehehe...

    ReplyDelete
  17. hakikat,,,camtu lah drama n filem skarang..
    makin bebas

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...