Iklan! Iklan! Sila Click!

03 May 2012

Apa Beza Movie 3D dengan Movie Biasa Kat Wayang

Sejahteralah ke atas kamu...

2 kali saya tonton filem Marvel Avengers Assemble [Avengers]. Sekali saya tengok 3D. Sekali lagi versi biasa punya. Apa bezanya versi 3D dengan versi biasa? Yang paling ketara sekali saya boleh katakan ialah tiket 3D lebih mahal daripada yang biasa. Fine. Tak membantu. Hahah. Kalau nak cerita pasal harga tiket wayang, baru le saya perasan harga tiket berbeza ikut time dan tempat jugak. Tiket wayang 3D di East Cost Mall Kuantan harganya RM12 + surcharge RM5 setiap satu. Kalau tengok 3D kat Midvalley plak ikut keadaan bah. Kadang-kadang harga tiket RM14. Kadang-kadang RM13. Semalam adalah hari tiket murah kat GSC. Tapi harga murah tu untuk tiket yang tayangannya kul 9.30mlm dan ke bawah [RM9]. Tiket kul 10.25mlm harganya dah lain. [RM14]. Harga tiket ni saya boleh check dengan begitu jayanya sebab beli online. Boleh le sesuka hati back and forward pastu tukar2 time sebelum confirm. Takde sape nak berasap lubang hidung sebab malas nak layan customer banyak kerenah mcm saya.

Eiii... dah tu mendenya yang saya merepek cerita pasal harga tiket plak nih? Okay, serius serius. Berbalik kepada perbezaan movie 3D dengan movie biasa [ini kat Golden Screen Cinema. TGV saya tak tau la kot-kot ada kelainan upaya ke filem 3D kat situ]. Filem 3D ni bila kita tengok, kita rasa macam kejadian dalam filem tu hanya berlaku di luar tingkap je. Seolah-olah panggung wayang tempat kita melabuhkan punggung tu adalah rumah atau kereta, pastu screen tu plak tingkap. Semua object yang muncul dalam filem 3D nampak betul-betul keluar depan mata. Kira syok ah. Terutamanya kalau ada aksi-aksi, terbakar-terbakar pastu api-api dan juga kalau ada grafik yang cantik-cantik macam debunga terbang-terbang macam dalam cerita Avatar. Benda-benda cantik tu akan nampak macam terkeluar daripada screen dan terbang depan mata sampai tahap kita rasa nak tangkap je benda tu. Tapi sorry la kalau tangkap memang tak ada pun. 

3 movie terakhir yang saya tengok sebelum ni saya tonton dalam versi 3D [The Lorax, Wrath of The Titans and the Avengers]. Semalam, oleh sebab saya kemaruk sangat dengan Captain America dalam cerita Avengers tu, di samping rasa tak puas tengok lawak the Incredible Hulk yang kelakar tapi comel gemuk-gemuk hijau tu, saya tengok lagi sekali filem tu versi biasa. Memang sangat ketara la perbezaannya. Versi biasa tu tetiba je saya rasa jauh dan gelap je. Pastu rasa mcm tengok TV kat screen putih kat kedai mamak je. [Melampau tak aku punyer review ni. Hahah.]. Saya masa tengok Avengers versi 3D, saya tak rasa sangat yang 3D tu best. Tapi  bila tengok versi normal saya mula rasa yang 3D tu betul-betul best. Masa tengok versi normal, tetiba je terlintas dalam hati, eii, naper cenggini gambar dia? Ngape tak rasa berdebar pun masa helicopter Fury tu kena panah petir daripada t0ngkat Loki? [Org jahat nama Loki, macam choki-choki je]. Pastu masa ikan paus makhluk asing berenang-renang di udara, saya rasa mcm tak gah pun benda tu, padahalnya kalau tengok 3D rasa seram dia lebih skit. Kehkeh.

Cuma yang kurang bestnya tengok 3D ni ialah.... kita kena pakai speck biru merah [GSC sediakan. Dah masuk dalam harga tiket.]. Yang tu je saya kurang berkenan skit dengan filem 3D ni. Rimas la jugak. Dulu masa saya tak biasa pakai speck mata tu, beruap cermin speck tu sebab mcm tak dapat nak sesuaikan nafas masa pakai tu. Lagi problem kalo orang yang memang sedia pakai speck rabun. Lagi la tak feel nak tengok 3D sebab kena pakai speck 2 lapis. Orang gile je yang pakai speck 2 lapis ni. Heheh. Kesimpul-matiannya tentang 3D ni, dah tentulah tengok 3D lagi feel. Filem 3D yang paling feel sekali saya tengok ialah the Lorax. Mungkin sebab dia berwarna-warni. So, effect 3D tu lagi syahdu. Lagi, citer apa yer saya tengok 3D. Erm... Avatar pun best jugak dalam versi 3D. Yang lama-lama dulu filem mende2 ntah mcm Journey to the Centre of the Earth, Transformers, pastu apa lagi dah lupa la.... semuanya cool la dalam versi 3D. Oleh itu... marilah kita mengkayakan tokei GSC dengan menonton filem 3D. Hehehe...

Nak review skit filem the Avengers ni. Bagi saya, storyline untuk filem ni agak kemas dan boleh la diterima. Sebenarnya maksud saya, filem ni best, cool, hebat, menyeronokkan, boleh dibuat mainan, sedap, yummy, delicious, tasty dan kelakar. Avenger yang paling saya suka ialah Captain Amerika [Chris Evans, ala yang berlakon dalam Fantastic 4 yang jadi adik Jessica Alba yang berlagak dengan kuasa api tu]. Sebab dia hensem. Pastu dia mcm skema. Oleh sebab nama dia pun Captain, saya paling suka masa dia plan untuk berperang dengan geng jahat Asgard dan dia arahkan Avengers lain untuk buat apa. Dan Incredible Hulk la yang paling menghiburkan. Bapak le comelnya raksaksa gemuk bulat kaler hijau pastu berlawan tak kenal orang. Masa belum jadi Hulk muka innesen nak mampus. Yang penting, gigi Hulk lagi sama daripada gigi saya walaupun dia monster. Dem!

 





Korang kalau gi tengok filem-filem Hollywood ni, jangan le tengok saje-saje je. Kena la amik pelajaran yang derang tunjukkan dalam filem tu. Contohnya, dalam setiap filem aksi Hollywood, mesti ada musibah yang berlaku kat dunia ni [sebelum hero selamatkan bumi]. Korang pun dapat tengok cemana bangunan runtuh sana sini, kehancuran dunia dan pergolakan di antara kuasa jahat dan kuasa baik. Korang cuba la relate kan dengan kehidupan kita pulak. Cuba bayangkan bila hari kiamat nanti camtu la jadinya. At least sediakan la sedikit rasa takut dan anggap la semua tu gambaran-gambaran hari kiamat, supaya kita bleh improve amalan kita. Baru la tak sia-sia kita tengok filem. Kalo tengok semata-mata nak berhibur kosong je, rugi la bayar tiket mahal-mahal kan.


29 comments:

  1. rasanya dah dkt 2 thn lebih kot sy x g tgk wayang.. selalu dgr cite org je cite.. perenggan yg last tu sy setuju.. hehe

    ReplyDelete
  2. salam;
    aku nak komen header baru tu...eeemmmh boleh tahan juga ada maksud tersirat ke?

    ReplyDelete
  3. sy xpenah lg tgk movie 3D..best ke? org ckp mcm real ye...tp rase best duk depan tv tgk kat umah kot...leh bentang toto guling2...hee^__^

    ReplyDelete
  4. kyo : takpe, saya faham. Dah ada anak mmg payah nak tgk wayang lagi dah. Biasanya seorang ibu mmg mcm tu. Byk benda yg ditinggalkan bila ada anak.

    Yusuf : Header tu banyak maksud tersirat. Hehehe..

    MakweKintan : Guling2 tu best lain. Hahaha. Ni best kat gambar tu. Kalo ada wayang yg sedikan katil lagi best kan?>

    ReplyDelete
  5. wah...dah boleh jadik pengkritik filem ni..so berapa bintang nak bagi ni??nnt boleh beli CD..heheh...

    ReplyDelete
  6. Nafisa81 : Koi bagi 4.5 per 5 bintang.

    ReplyDelete
  7. nak tengok 3D ko pegi la tengok kat times square lyd..tu baru betul2 3D..spek rayban 3D dia bagi..skrin besar gila..

    ReplyDelete
  8. Ym Bundle : lain ek? Aku penah tgk kat Signature @ The Gardens pun okay jugak rasanya. Yang tu semua couple seat pastu seat jauh2. Times square aku mcm tak penah tgk kat situ. hehe. Nnt le aku try.

    ReplyDelete
  9. tak perasan pulak cemana rupa orang yang bercermin mata pakai speck 3d ni..

    ReplyDelete
  10. Diana : hehe. tgh kusyuk tgk movie mana nak perasan. Saya tau pun sbb kadang2 saya pakai speck jugak gi tgk wayang.

    ReplyDelete
  11. aritu nk tgk cite ni tp dah full booke plak... :(

    maybe next time

    ReplyDelete
  12. Memang puas tengok 3D, nampak betul2 hidup. Cuma yg tak best kena pakai spek. Buang spek pula dah tak nampak apa yg patut nampak..

    ReplyDelete
  13. salam awak... baru smpat dtg sini... huhu..sori sgt2 yer...

    lya x pernah tgk lg movie 3d..tgk wayang biasa j.. awk org ktn ye???
    1 mei bru2 ni lya turun ktn... g ecm gak.

    ReplyDelete
  14. Seumur idup..sekali je penah tengok wayang. berbelas thn lalu...

    Saya penah try tengok 3D kat mall je..ada jual tv 3D kan..mmg best. kalo nk beli tv tu, dpt 3 spec je. Lebih2..beli sndiri.

    ReplyDelete
  15. Saya taknak jd org gile pakai spek 2 lapis jadi sy pakai contact lense!!! Hahaha...
    My latest Entry :)
    Hari Sukan Rakyat & Usahawan SKDK 2012

    ReplyDelete
  16. dah 2 tahun tak tgk wayang..huhu..dulu boleh je tgk 2 movie back to back, tp kalau skrg ni susah sikit la nk tinggal anak :)
    kapten Amireka tak minat ke? i'm sorry! keh3

    ReplyDelete
  17. Cik Farizam : Tgk kat KL memang payah skit. Selalu fully booked.

    JR : Pakai contact lens la nak? Senang skit nak tgk 3D.

    Lya : Kena try ni kalau belum penah tgk 3D. Mesti Asha suka. Kat ECM ada screen 3D . Ye awk, kita org Kuantan.

    Ujie : Ooo.. kalo beli TV 3D dpt percuma speck tu ek? Ingatkan mmg kena beli sendiri.

    Farah Deeb : Hehehe... Saya pun sama. Sebab tu berani ckp. Tapi saya penah je pakai speck 2 lapis tu tgk 3D. Kekeke.

    Wani SC : Amareka mu nih.. i'm sorry. Yang tu minat gak. Lepas 30 minit dia buat lawak baru gelak. Hahah.

    ReplyDelete
  18. sapa nak tengok movie 3D beli je spec mata 3D ( RM20-30 ) pas tu tgk je kat LCD tv kat rumah... movie dalam format 1080p... peerghh... dah menarik dah... tapi kat wayang lagi best sebab screen besooo.... puas hati...

    ReplyDelete
  19. yeayyyy esok nk tgk avenges ngan anak2

    ReplyDelete
  20. tak penah lagi layan 3D movie...zaman bercinta dulu x wujud lagi teknologi ni...zaman la ni wayang kat umah je...huhu

    ReplyDelete
  21. tak sabar dh aku nk nengok citer the avengers ni.....tapi masa terluang x dak lagi...haduuuiiii

    ReplyDelete
  22. Kazman/Sue : Takde TV LCD la. Hehehe. Belum beli lagi.

    Khairul : Sempat jugak organizer roadshow kita ni tgk wayang ye. Bagus. Sekali sekala kenalah luangkan masa utk anak2.

    Mrs R : Biasa camtu la la kan kalo dah ada anak. takpe, saya faham.

    Karukord's Jagau : Kalau takde masa, nnt beli DVD je la. Kehkeh.

    ReplyDelete
  23. harga 3d lebih mahal dr biasa..hehe :D

    harga luar biasa :P

    ReplyDelete
  24. Cik Farizam : Sekali sekala tak. Tambah 2,3 rm je. Tapi kalo tiap2 hari memang la boleh papa kedana. Hehe.

    ReplyDelete
  25. akakakkkk ! avengers memang awesome kan? nanti nak tgk 3D lah./

    ReplyDelete
  26. hahaha... tak ada masa nak tgk movie. jadik 3D ke takde D takde bezanya. (",)

    ReplyDelete
  27. Cik Jannah : Yeah, it's really ohsem! Sila-sila. Silalah tgk 3D plak.

    Anisalya : Heheh... faham2. Ibu2 mmg selalu takde masa dah nak tgk wayang.

    ReplyDelete
  28. Mantaps ! malam ni nak tgk transformers : age of extinction 3D :))

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...