Iklan! Iklan! Sila Click!

22 December 2014

The Hobbitses Trilogy Memang Terbaik!

Sejahteralah ke atas kamu...

Filem yang paling aku suka sepanjang hidup aku ialah The Lord Of The Ring Trilogy dan yang terbaru ni The Hobbit Trilogy. Memang aku suka pada filem-filem ni tahap terlampau. Filem Transformers pun aku suka tapi tak sampai pergi tengok wayang la. Setakat cerita lain, aku tak kisah pun nak tunggu lama sikit untuk tengok yang download free kat internet atau pun tunggu je keluar HBO. Tapi kalau The Hobbit ni, aku rela tak tunggu sebab aku nak tengok versi 3D kat panggung. Minggu lepas aku tengok The Hobbit The Battle Of The Five Armies, iaitu siri yang ke 3 dan terakhir di dalam trilogy ni. [sebenarnya dah 2 kali aku tengok filem ni 3D. hahahah]

Bila tengok 3D, aku terasa seperti aku sebahagian daripada mereka. Aku terasa macam aku ada kat situ bersama-sama mereka berperang dengan Orcs dan Goblin. Bila habis filem tu, aku pulak yang rasa sedih mcm nak berpisah dengan kawan-kawan rapat yang dah bersusah dan bersenang sama-sama. Gituw.


Good Feeling
Salah satu sebab aku minat tengok filem-filem ni semua ialah mereka membuat aku terasa good-good feeling good. Mungkin sebab kebanyakan pelakon-pelakon dalam tu adalah good looking. Sedap mata aku memandang. Dengan costume yang cantik, dengan mekap yang cantik dan karektor yang menarik. Aku suka. Ko suka? Ko tak suka kan? hehehe. Watak terbaru yang aku minat dalam filem The Hobbit ni ialah Thranduil. Dia ini adalah The Elven King iaitu raja bunian dan juga hayoh [ayah] kepada Legolas .


Rambut Mat Azghul
Katanya dulu, dia berambut panjang. Tapi aku tak pernah tengok dia berambut panjang. Selepas kahwin dengan dia, bila dia kata dia nak 'bela' rambut panjang, aku suruh potong sebab serabut aku tengok. Lepas aku tengok The Hobbit baru-baru ni, tetiba aku suruh Mat Azghul simpan rambut panjang [tapi dengan syarat kena syampu tiap-tiap hari]. Kalau boleh aku suruh dia bleach rambut dia then buat rebonding supaya jadi cenggini. 

Ini la Thranduil yang aku puji-puja sangat tu. Costume Elves sangat santek menarik. Aku sibuk dok kaji baju derang pulak sambil tengok movie ni. Tukang jahit sangat la kekononnya tu.


Mat Azghul reject cadangan aku. Sebab dia kata macam pondan. [eh, ada ke dia kata? Ohh... dia cuma kata tak macho je. ]. Aku suka muka jambu mcm tu. Muka bersih je takde jambang takde misai. Tapi Mat Azghul nak simpan rambut panjang sebab nak buat style macam gini;

Tak henseng pun kan? Selekeh dan nampak busuk hamis. Ini namanya Aragon dalam filem The Lord Of The Ring. Boo! Tak henseng. Kalau Mat Azghul buat rambut gini, aku kerat rambut dia masa dia tengah tidur, tapi sebelum kerat tu aku ikat dulu pada birai katil bior bersimpul rambut dia . 

Wajah Sebenar
Dulu aku cuma minat Legolas sorang je masa dalam cerita The Lord Of The Cincin. Bila keluar the Hobbit ni, aku rasa lagi banyak watak aku suka. Terasa begitu tamaknya aku. Semua aku nak minat. Ni aku kongsi watak yang aku suka di dalam filem The Hobbit dengan rupa mereka sebenarnya di dunia nyata.


Thranduil. Dilakonkan oleh Lee Pace. [Lipis?]. Aku suka muka sombong dia ni. Mata beliau sangat cantik. [kelip-kelip]


Ada rupa macam mat azghul kan? Kan? Kan? Baik korang setuju. Kalo tidak, aku taknak dah update blog lepas ni. Haa.. menakutkan tak ugutan aku ni?




Legolas ini tiada kaitan dengan Legoland. Dilakonkan oleh Orlando Bloom. Aku suka sebab dia ni lincah pandai berlawan. Scene berlawan dia semuanya menarik terutamanya dengan panah dia.



Bard The Bowman. Dilakonkan oleh Luke Evan. Dia ni manusia, bukan hobbit, bukan bunian, bukan orang kerdil. Luke Evans ni la juga yang berlakon filem Untold Story Dracula yang kontroversi tu.



Thorin Oakenshield [King of Dwarfs] dilakonkan oleh Richard Armitage




Kili. Dilakonkan oleh Aidan Turner.


Fili dilakonkan oleh Dean O'Gorman. Fili ni adalah abang kepada Kili.



Asyik minat lelaki je. Menggeletis sungguh. Tapi dah cerita tu tak banyak watak perempuan. Yang ada pun beberapa orang je. Ini je watak pompuan yang aku suka.


Tauriel. Dilakonkan oleh Avengeline Lilly. Tengok telinga tajam pun dah tahu la ni mesti orang bunian. Sama kaum dengan Legolas dan Thranduil.



Aku terasa macam lepas ni akan ada cerita pasal Elf pulak. Mungkin watak utama dia si Legoland tu kot. Kalo ada lagi lepas ni, nampak gayanya aku la yang paling gelepor nak gi tengok 3D kat wayang. Boleh la aku kumpul duit seposen sehari mulai sekarang untuk beli tiket wayang bila movie tu keluar nanti. Ekonomi kan tengah meleset ni. Eheee...

Eh, tapi ini cerita The Hobbit. Yang jadi Bilbo Baggins The Hobbit tu takde pulak dalam senarai ni. Takpe la. Gambar Gandalf Mithrandir The Grey pun aku tak letak gak dalam ni. Fair and square la ye.

 Okaylah. Nak gi masukkan duit seposen dalam tabung jap. 

17 comments:

  1. saya pulak sejak ada anak ni memang semua filem tunggu keluar tv..hehehe

    ReplyDelete
  2. Belum pernah tgk lgsg cerita2 mcm ni...hehe..rasa mgkn rin xsuka kot cerita camni...

    ReplyDelete
  3. hahaha..LOTR best..the hobbits pun best..

    aku sentiasa suka filem2 yg ada sekuel mcm x-men, fast & furious, transformers, pirates of caribbean, ocean trilogy, dll..

    feel dia bila follow cerita2 mcm ni, mmg lain berbanding movie2 yg biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru perasan tajuk entry ni Hobbitses..hahaha

      Delete
  4. ala... dh lama xtgok movie so semua cita the hobbits ni xpenah tgk. dulu masa kuar memg dok plan nk g tgk tp last2 xsempat..huhuhu...sakit peghut sy baca tntang nk ikat rambut mat azghul kt birai katil, boleh bayangkan..hahaha.. tp bg saya aragon macho la, toing toing..tp juga legolas tetap di hati...ngeee

    ReplyDelete
  5. tak berkesempatan utk tgk hobbit lagi. wife x minat. hahaha...

    ReplyDelete
  6. Memang best movie ini n the best part masa berperang. Terpukau. Katanya ada kesinambungan lagi tapi kali ni kisah lain pula mungkin sejarah kemunculan cincin. Tak tahu la betol ke tak.

    ReplyDelete
  7. saya lepas kahwin dah tak masuk panggung lagi
    padahal dulu hantu! tiap kali ada movei baru aje
    antara orang awal kat panggung =)

    saya suka juga tengok LOTR, cuma hobbit tak dan follow
    wei, pada saya aragon tu handsome okay!
    dulu sebelum kahwin pernah dok kata tak nak kawin kalau tak menetapi ciri aragon
    tapi kahwin juga...hehe =)

    ReplyDelete
  8. ramai review citer ni best..sygnya tak boleh tgok ada anak kecik..tggu cik pia besaq sikit baru masuk panggung balik..

    aktor semua kacak2..ada sikit la rupa mat azghul..kata tak sama nti takmo update blog pulak.muahaha..

    ReplyDelete
  9. 2 movies yang bagi saya secara peribadi,perlu tengok wayang ( dan tak jemu tengok berulang ulang)

    1- LOTR & The Hobbit
    2- Star Wars series

    Saya setuju 200% dengan Mat Azgul, Thranduil macam pondan..kah kah kah..
    Memang spesis Elves bajet muka suci bersih, tengah fight pun muka bersih :P
    Cuma dalam banyak2 Elves, Legolas yang kelihatan tak macam pondan...hahaha

    Aragon bagi saya ( dan banyak wanita pun kata ) ialah ciri lelaki hensem sebenar...suruh dia mandi dan sikat rambut, trim sikit jambang, kacak la..hahaha

    Saya tak sure awak dah tgk ke tidak,tapi saya enjoy tgk explanation simple ni :)

    http://sploid.gizmodo.com/4-minute-explainer-of-the-entire-universe-of-the-hobbit-1672509443

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita DZ. 2 movies ni je yg saya rasa beriya nak tgk. Transformers ke, avenger ke, super heroes semua mcm biasa2 je.

      Thranduil tetap di hati. Muehehehe..

      Thanks for the link. Dpt le tau asal usul makhluk2 tu semua. Elu tu mcm Tuhan la kot maksud dia??

      Delete
  10. saya sangat suka orlanda bloom sejak sekolah menengah lagi.. . hehehe

    ReplyDelete
  11. Tak tgk pon Lyd, Tunggu en somi beli DVD jer lah nanti.

    ReplyDelete
  12. jrg nengok citer gini.
    sorng pon x kenal.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. I pun minat LOTR tu tapi the Hobbit(ses) ni I tengok gitu-gitu jerk. I dah lama tak masuk dalam panggung wayang! Eh, like bapak like sonkan Thranduil dengan Legolas ni. Sama-sama cun. Dulu memang I suka Legolas, sebab I rasa macam macho sangat walaupun suci bersih je gayanya dikelilingi hobbit(ses). Tapi bila dah kenal bapaknya, I pun macam you, Lyd. I rasa bapaknya sungguh menikam kalbu gitu kehensemannya :) Tapi luar filem lagi handsome rupanyalah.... Susahlah gini bapak ke anak yang patut menikam kalbu sekarang nih....

    Eh, siapa kata Aragon selekeh? Itulah lelaki paling macho dalam seantero dunia (kalau HD tak masuk bertanding). Dahlah gagah perkasa, berwibawa, macho, handsome... semua ada dalam pakej. Meleleh air liur I dulu-dulu masa tengok dia tau!

    Mat Azghul nak bela rambut panjang? Lebih baik you ambil langkah berjaga-jaga supaya impiannya tak kesampaian!

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...