Iklan! Iklan! Sila Click!

03 March 2012

Dr Seuss : The Lorax Movie Review



Sejahteralah ke atas kamu itu...

Filem Dr Seuss : The Lorax ni saya tonton pada Jumaat lepas [2 Mac 2012] di Mid Valley. Saya dapat 2 pas percuma daripada Nuffnang. Mekasih Nuffnang! I like yu oll many-many more lah! Last time masa dapat invitation untuk tgk Puss In Boots Premier Screening saya tak perasan email tu, so melepas la nak tgk free. But this time.... aha.. takkan melepaskan peluang lagi.

Filem ini adalah filem animasi. Saya sebenarnya bukanlah a big fan of citer katun. Tapi bila saya tengok filem ni, hati saya cair. Melting. Comel sangat! Filem ni agak santai dan sangattt sesuai untuk tontonan kekanak. Lagi best, semalam saya dapat tgk version 3D. Sangat awesome! Suasananya warna-warni boleh beri mood ceria untuk orang-orang yang penat bekerja.

Macam saya katakan mula-mula tadi, filem ini sangat comel. Sampaikan watak nenek dan watak orang jahat pun comel. Okay okay. Saya dok cakap comel la, best la, osem la, tapi tak cerita plak filem ni berkenaan apa kan? Let me. Fokus ye.. fokus.. nak citer ni.

Mengisahkan tentang sebuah bandar yang bernama ThneedVille yang aman damai. Di Thneedville, semuanya adalah palsu dan diperbuat daripada plastic. Pokok-pokok dan rumput juga plastik. Udara bersih pula perlu dibeli. Macam kita bayar untuk dapatkan air bersih sekarang ni. Dan sama macam kita beli air mineral dalam botol kat supermarket.

Di Thneedville, ada seorang lelaki remaja yang bernama Ted[suara Zac Efron]. Ted telah jatuh cinta kepada seorang gadis bernama Audrey [suara Taylor Swift]. Bila Ted tahu tentang impian Audrey untuk melihat pokok asli bernama Truffula yang ditanam di dalam tanah, Ted berusaha untuk mendapatkan pokok tersebut untuk Audrey.

Pokok Truffula itu sangat comel tau. Rupanya sebatang dan tinggi macam pokok kelapa tetapi tiada daun sebaliknya hanya ada bulu-bulu berbentuk spiral dan berwarna-warni. Macam cotton candy.



Siapa itu The Lorax? Dan kenapa pokok Truffula itu ditebang seperti gambar di atas ini? Siapakah orang yang menebang pokok itu? Berjayakah Ted menemui pokok Truffula itu? Untuk mengetahui bagaimana Ted berusaha mendapatkan pokok Truffula untuk menambat hati gadis yang dicintainya, jom tengok filem ni pada 8 Mac ini di pawagam berdekatan.

Cerita ini memberi kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar terutamanya pokok-pokok yang selama ini membekalkan udara bersih kepada alam ini. Andai semua pokok telah pupus nanti, kita pun mungkin akan terpaksa membayar untuk bernafas menggunakan udara bersih. Korang sanggup ke? Haa.. mula la tak sanggup. Tapi tanak jimat kertas. Tanak jimat letrik [eh, tapi letrik takde kaitan plak dengan pokok huhi.]



Saya menyarankan untuk kamu tonton versi 3D juga. Dan kalau tengok 3D, takperlu duduk belakang-belakang. Duduk 5 baris daripada screen dah ngam la tuh. Nanti feel 3D tu lebih skit berbanding kalau duduk belakang. Selamat menonton!

18 comments:

  1. Teringin sangat nak tengok film 'The Artist' filem terbaik yg memenangi banyak anugerah oscar baru2 ni. Ia cuma film hitam putih dan film bisu tapi dikatakan sbg satu revolusi seni yg sangat menakjubkan...

    ReplyDelete
  2. haaa. baru tengok adnan sempit jaa. tgk trailer film ni pun cam best kan?

    ReplyDelete
  3. mcm best jer nak g tengok laa..semua dlm filem ni comei2 jer..saya suka laa!! pokok truffula tu cantik mcm cotton candy!!!

    ReplyDelete
  4. JR : Citer the artist tu bila? Baru ke? Mesti tak popular kan? Sbb citer yg menang award ni biasanya pattern yg jalan cerita dia berseni kan?

    CikJannah : Dengar2 citer adnan sempit ni best. Betul ke?

    Safiyya : akak rasa citer ni sesuai dengan awk. Heheh. Mmg comel sgt.

    Khairul : Bawak la anak2. Mesti derang suka. Lagipun ada banyak pengajaran dlm filem ni.

    Taufiq : Try la tengok sekali. Best tau.

    ReplyDelete
  5. Bagus jugak untuk santai atau rihatkan minda bersama anak2.

    ReplyDelete
  6. teringin nak tgk filem 3D.. pasti mengujakan.. :D

    ReplyDelete
  7. Dulu masa gua ade awek, slalu la jugak kuar tgk movie dengan dia.

    But.. sejak gua dah single ni.. ehem..

    MAKIN BNYAK KALI GUA KUAR TENGOK MOVIE ! Dengan kazen, dengan awek orang lain, dengan bini orang, dengan kawan2 dan juga dengan ehem.. okeyh.. cukup la tuh..

    Citew LORAX ni cambest plak.. Tengok yang 3D mesti syok abes ni..

    thnx for da review, kak !

    ReplyDelete
  8. CikJannah : Best la jugak dapat free. Pegi cinema, bayar parking je RM2. Takyah makan2 pun.

    Yusuflaili : Bawak la anak2. Mesti anak2 suka.

    Ladybird : Boleh try sekali tengok. Nak tgk 3D selalu2 takleh la. Sbb bukan semua filem ada 3D. Hanya yang ada view cantik2 atau efek gempak2 je.

    Azizi : Aih.. ko dgn bini org pon ko sebat? Harap2 bini org tu adalah akak ko sendiri. heheh.. Gi ah tgk nanti.

    ReplyDelete
  9. rasanya ni la filem yang maisara beriya2 nAk ajak tengok tu../.

    ReplyDelete
  10. diana : ye la kot. cuba la bawak dia tgk. tapi ibu dia tu larat ke nak bawak maisara jln2. Heheh.

    ReplyDelete
  11. hari tu tgk iklan dia kat pawagam, nmpk cam menarik.

    ReplyDelete
  12. penuh warna warni. nanti nak donlod je la bg anak2 tengok. hehehe...

    ReplyDelete
  13. aritu mmg nk tgk citer ni.. tp x jd pegi sbb krg sihat,,ada tgk video review dia... mmg suka sgt...cantik sgt..kalerful//

    ReplyDelete
  14. ala bestnyer dapat free nak gak.. nuff tak nak kasi sayaker...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...