Iklan! Iklan! Sila Click!

18 January 2013

Yang Tidak Mungkin

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini adalah review filem The Impossible lakonan Naomi Watt [yang pernah jadi gepren King Kong], Owen Matt Gregor [Obi Wan Kelubi Ken-obi dalam citer Star Wars], dan beberapa orang kanak-kanak yang tak femes. Diingatkan bahawa filem ini tiada kaitan dengan filem Mission Impossible lakonan Tom Tom Bak Cruise.

Filem ini adalah diinspirasikan daripada kisah benar, sebuah keluarga yang terselamat semasa kejadian Tsunami pada tahun 2004 dia Thailand. 

Kisahnya begini.... Sepasang suami isteri berbangsa Inggeris ini datang ke Thailand bersama 3 orang anak lelaki mereka untuk bercuti sempena menyambut Krismas. Percutian di tempat yang indah itu bertukar [bertukar! tet no net no net!] menjadi mimpi ngeri apabila tempat percutian mereka itu dilanda tsunami dan memisahkan mereka sekeluarga. 

Oleh sebab kita dah tau family ni selamat dan dah pasti mereka bertemu semula akhirnya, maka kita tengok filem ni untuk tahu bagaimana mereka hadapi saat-saat dihanyutkan air laut, bagaimana mereka survive dan bagaimana  mereka bertemu semula. 

Bagi saya, filem ini agak berkesan di jiwa. Kita akan dapat lihat betapa hubungan kekeluarga sangat bernilai lebih daripada semua benda di dunia ini. Kesedihan mangsa-mangsa tsunami. Dan membuatkan saya terfikir, apa persediaan kita dalam menghadapi bencana-bencana seumpama itu? Mampukah kita bertahan?






Filem ini ditayangkan di pawagam luar negara 9 September 2012. Kat Malaysia baru start tayang semalam [17/1/2012 2013]. Yang pasti citer ini jalan ceritanya tak lembab. Takkan boring punya.

26 comments:

  1. aku tngok triller dia pon nampak cam ok..real la gambaran tsunami tu depa buat..bleh dipertimbangkan..haha..

    ReplyDelete
  2. YM BUndle : Best woo citer ni. Tolong la tgk.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum lyd...mcm best jer cite tu...:)

    ReplyDelete
  4. oo tak pernah tgk lagi citer ni.ni citer dia macam Pi la kan?pasal kehidupan dan macamana kita yang hidup ni sentiasa memerlukan antara satu sama lain

    ReplyDelete
  5. ciksu baru je terbca hari tu sblum ditayangkan..

    best mcm mission imposible tak...hihi

    ReplyDelete
  6. lyd tarikh lyd salah tu 17/01/2013 sepatutnya ,)

    ReplyDelete
  7. best ek. bole la bukak wallet kira2 duit cukup ke x nak gi tgk wayang.

    ReplyDelete
  8. macam best je. nanti saya nak tengok !

    akak, komen jap puisi saya buat. hikss.

    ReplyDelete
  9. lya pnh tgk cerita hafalan shalat delisha.. pon kisah acheh diserang tsunami.. mmg sedih sgt.

    ReplyDelete
  10. Macam best jer nih. Nak tunggu CD kluar jer lah ☺☺

    ReplyDelete
  11. Tsunami juga berlaku di Malaysia tapi mengapa org kita tak tergerak buat film macam ni? Ini asyik cerita lumba motor, lumba kereta, cerita perebutan harta...boring sungguh..

    ReplyDelete
  12. lyd...saya fobia dengan air...nak2 air yang bersaiz besar mcm tsunami ni...serun menengoknya....ngerinya!

    ReplyDelete
  13. haritu tercari nama tajuk ceritani.. teringin nak gi tengok..

    ReplyDelete
  14. dah tengok ahd minggu lepas..cite ni best..ada unsur2 sedih kan

    ReplyDelete
  15. dh lama xtgk wayang...sejak preggy nie hubby xnak bwk pegi tgk huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  16. eh Lyd..link2 kat bawah ni memang kau letak ke? macam virus jer...

    ReplyDelete
  17. Encik H : Link yang mana? Aku tak de letak link pun. Confirm la virus kot. Ce ko jangan click.

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak layan movie.. tak sempat je :D

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...