Skip to main content

Yang Tidak Mungkin

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini adalah review filem The Impossible lakonan Naomi Watt [yang pernah jadi gepren King Kong], Owen Matt Gregor [Obi Wan Kelubi Ken-obi dalam citer Star Wars], dan beberapa orang kanak-kanak yang tak femes. Diingatkan bahawa filem ini tiada kaitan dengan filem Mission Impossible lakonan Tom Tom Bak Cruise.

Filem ini adalah diinspirasikan daripada kisah benar, sebuah keluarga yang terselamat semasa kejadian Tsunami pada tahun 2004 dia Thailand. 

Kisahnya begini.... Sepasang suami isteri berbangsa Inggeris ini datang ke Thailand bersama 3 orang anak lelaki mereka untuk bercuti sempena menyambut Krismas. Percutian di tempat yang indah itu bertukar [bertukar! tet no net no net!] menjadi mimpi ngeri apabila tempat percutian mereka itu dilanda tsunami dan memisahkan mereka sekeluarga. 

Oleh sebab kita dah tau family ni selamat dan dah pasti mereka bertemu semula akhirnya, maka kita tengok filem ni untuk tahu bagaimana mereka hadapi saat-saat dihanyutkan air laut, bagaimana mereka survive dan bagaimana  mereka bertemu semula. 

Bagi saya, filem ini agak berkesan di jiwa. Kita akan dapat lihat betapa hubungan kekeluarga sangat bernilai lebih daripada semua benda di dunia ini. Kesedihan mangsa-mangsa tsunami. Dan membuatkan saya terfikir, apa persediaan kita dalam menghadapi bencana-bencana seumpama itu? Mampukah kita bertahan?






Filem ini ditayangkan di pawagam luar negara 9 September 2012. Kat Malaysia baru start tayang semalam [17/1/2012 2013]. Yang pasti citer ini jalan ceritanya tak lembab. Takkan boring punya.

Comments

  1. aku tngok triller dia pon nampak cam ok..real la gambaran tsunami tu depa buat..bleh dipertimbangkan..haha..

    ReplyDelete
  2. YM BUndle : Best woo citer ni. Tolong la tgk.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum lyd...mcm best jer cite tu...:)

    ReplyDelete
  4. oo tak pernah tgk lagi citer ni.ni citer dia macam Pi la kan?pasal kehidupan dan macamana kita yang hidup ni sentiasa memerlukan antara satu sama lain

    ReplyDelete
  5. ciksu baru je terbca hari tu sblum ditayangkan..

    best mcm mission imposible tak...hihi

    ReplyDelete
  6. lyd tarikh lyd salah tu 17/01/2013 sepatutnya ,)

    ReplyDelete
  7. best ek. bole la bukak wallet kira2 duit cukup ke x nak gi tgk wayang.

    ReplyDelete
  8. macam best je. nanti saya nak tengok !

    akak, komen jap puisi saya buat. hikss.

    ReplyDelete
  9. lya pnh tgk cerita hafalan shalat delisha.. pon kisah acheh diserang tsunami.. mmg sedih sgt.

    ReplyDelete
  10. Macam best jer nih. Nak tunggu CD kluar jer lah ☺☺

    ReplyDelete
  11. kalau cam tu kena p tgk lah ni

    ReplyDelete
  12. Tsunami juga berlaku di Malaysia tapi mengapa org kita tak tergerak buat film macam ni? Ini asyik cerita lumba motor, lumba kereta, cerita perebutan harta...boring sungguh..

    ReplyDelete
  13. lyd...saya fobia dengan air...nak2 air yang bersaiz besar mcm tsunami ni...serun menengoknya....ngerinya!

    ReplyDelete
  14. haritu tercari nama tajuk ceritani.. teringin nak gi tengok..

    ReplyDelete
  15. dah tengok ahd minggu lepas..cite ni best..ada unsur2 sedih kan

    ReplyDelete
  16. dh lama xtgk wayang...sejak preggy nie hubby xnak bwk pegi tgk huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  17. eh Lyd..link2 kat bawah ni memang kau letak ke? macam virus jer...

    ReplyDelete
  18. Encik H : Link yang mana? Aku tak de letak link pun. Confirm la virus kot. Ce ko jangan click.

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak layan movie.. tak sempat je :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...