Iklan! Iklan! Sila Click!

13 March 2012

Apa Yang Kau Baca?

Sejahteralah ke atas kamu...

Korang dah tengok filem Hantu Dalam Botol Kicap? Best tak? Best tak? *tanya dengan nada kepoh gile si khinz*. Masalahnye, ada ke orang nak tengok citer tu???! Owh, mestilah ada. Kalo tak mana mungkin film producer nk buat citer yang penuh nilai-nilai murni dan membina minda seperti itu ye dok?

Kalau pasal betapa berlambaknya drama dan filem seram kat Mesia ni, kita memang dah tak perlu bincang lagi. Sebab memang sudah terang lagi bersuluh yang produk-produk filem kita memang menghala ke arah kehantuan, kesyaitonirrajiman dan kebomohan. Saya pasti kita semua dah tepu nak terima lagi genre begini. Tapi apa yang kita bleh buat pun? Komplen banyak-banyak pun nanti geng-geng producer pasti ada jawapan putarjaya derang. So, terpaksa la kita biar je genre seram ni menguasai screen tv umah kita. Dh nak sangat buat cite seram kan? Haaah... Buat! Buat le sampai gangren. Saya dah merelakan semua tu.

CUMA.... Chey, setiap ayat mesti ada cuma atau tapi. Tak thrill la kan kalo takde tapi-tapi ni. Nanti kalo takde syarat, senang la zack nak kawen dengan azura tanpa halangan daripada Tan Sri Putih. Amboi, tan sri sokmo citer melayu ni. Kalau aku tgk citer omputih takde plak derang nak gunakan pangkat2 'sir' dalam filem derang utk menggambarkan kekayaan seseorang.

Ok ok. Back to the CUMA tadi. Meleret mcm gaun pengantin lisa surirumah plak nenek tua nim. Cuma, saya sangat tak suka, bercampur dengan tak setuju langsung bila setiap cerita seram kita ni disulami drngan adegan2 bomoh baca jampi separah mantera2 dengan bahasa yang pelik-pelik. Kalau citer seram komedi buat adegan jampi jampi untuk tujuan lawak kederat. Kalau cerita seram serius plak buat adegan jampi untuk memberi mood seram yang paling maksima tapi sebenarnya last2 mood seram tu tetap jadi kelakar. So, what's the point dey yennadey??! Macam takde beza pun citer seram dengan citer kelakar. Dah tu apa motipnye? Kalau ye pun nak buat upacara halau hantu, takyah la guna jampi serapah dalam bahasa pelik2 tu. Sebab nampak jelas syiriknya kalau dah ada telur ayam (yang sudah pasti bukan utk direbus atau digoreng dadar utk dijadikan menu makan tok moh), kemenyan asap2 segala bagai kain kuning dengan tangkal lagi. Kalau yang jampi tu konon2 bomoh jahat je bleh terima lagi. Ini yang side konon konon baik pun main jampi jugak. Ini serius. Jampi bahasa siam atau bahasa Jawa. Tak memberi kebaikan langsung.

Saya nak tanya korang, ada ke orang yang tengok citer seram yang ada bomoh-bomoh tu boleh jadi insaf kalau mereka sebelum ni memang ada main bomoh-bomoh? Orang boleh insaf ke bila tengok bomoh jahat dikalahkan oleh bomoh suci mulia? Ataupun kalau orang-orang yang kurang pegangan agama yang penuh dendam terhadap orang lain, agak-agaknya dia dapat ilham tak cara nak 'selesai' kan dendam dia bila tengok cerita-cerita santau ni semua? Korang takyah cakap la pasal zaman moden ni orang makin berteknologi canggih ni orang dah tak percaya hantu-hantu. Makin teruk je saya tengok. Santau sana, santau sini. *Santau itu adalah sihir. Dan sihir itu wujud ya. Sila percaya. Zaman dulu, kalau ilmu2 jin memang dah wujud. Tapi setau saya kebanyakannya digunakan untuk pelindung diri sendiri je. Itu pun dah cukup syirik sebab mohon perlindungan slain daripada Allah. Tapi sekarang dah bukan main-main punya syirik. Ni main nak sihir-sihir orang plak. Berdosa betul. Tengok wonderpets lagi bagus. Tetiba.

So, kalau Ahmad Idham atau Mamat Khalid atau lelaki kacak terbaca blog saya ni. Atau sesape la yang dia rasa diri dia producer film atau pengarah film seram, kalau boleh takyah le buat citer seram dah. Saya dah tepu habis dah nak log in cerita hantu dalam kepala ni. Tapi kalau rasa dah takleh tahan sangat nak buat citer hantu jugak, part-part jampi serapah tu semua takyah le masukkan. Dah la jampi serapah, siap ada special effects plak tu. Ada cahaya dalam bentuk bebola api main tembak-tembak tepis-tepis lagi. Rosak betul mentaliti korang ni. Itu je la. RIndu bukan nak baca entry terbaru saya? Takpe saya faham. Saya adalah blogger yang paling maju dan berkaliber serta paling ramai follower tahap 50 ribu. Hahah. Sarcasm.

Masalahnya... ada ke producer filem nak baca blog saya? Hahahahaha.. Dah tentu la takdop. Boo kat diri sendiri! Booo!

14 comments:

  1. takde producer baca, jannah baca. haha. jannah paling tak suka tgk movie melayu kat panggung. memang kalau boleh jannah elak unless ada bf jannah berlakon si shaheizy sem. haha. pernah tengok cite toyol ape ntah tu. rasa mcm membazir gyle!

    ReplyDelete
  2. takde producer baca, jannah baca. haha. jannah paling tak suka tgk movie melayu kat panggung. memang kalau boleh jannah elak unless ada bf jannah berlakon si shaheizy sem. haha. pernah tengok cite toyol ape ntah tu. rasa mcm membazir gyle!

    ReplyDelete
  3. Jin, syaitan dan iblis memang wujud, tapi cara ia diwujudkan oleh pengarah2 film kita macam tak masuk akal. Ia sengaja dicipta sang pengarah dgn cara yg terlalu over..

    Saya juga dah banyak kali bersua dgn entiti2 yg tak boleh dijelaskan, tapi ia tak langsung menyerupai apa yg pernah ditonton dlm film. Dlm film ada jin, iblis & syiatan yg boleh menjelma dlm bentuk asalnya dan kemudian bercakap dgn manusia berpuluh minit, sedangkan apa yg saya tau drpd ustaz jin tak boleh menjelma di hadapan manusia lebih drpd satu minit, krn ia sangat menyakitkan mereka...wallahualam...

    ReplyDelete
  4. setuju sgt2.. sbb tu lya x suka layan citer camni..kdg2 mcm ntah apa2.. tp..drama y bgus ada unsur mistik..tp leh mginsafkn kita..drama tentang dhia..

    btl tu.. sihir itu mmg wujud..bg sesiapa y mgalamaminya..tau bagaimana siksanya

    ReplyDelete
  5. lawak betul..entah2 pngarah filem tu pun prnah main bomoh2..sbb tu tau camne effect jampi serapah yg siap ada chya bola-bola api...klh lgu arwah achik & nana...hehe..xpe sy akan postkn link entry ni pada David teo..dia pun ske cite genre seram gak..mcm drama santau merasuk yg dh tamat...sakit hati nengok...^__^

    ReplyDelete
  6. aku dah lama meyampah citer hantu ni..haha..tunggu la movie aku sendiri bile ade masa aku buat..takde hantu2 tapi serammmm..hahah..

    ReplyDelete
  7. haha.. ada je idea lyd ni, xpe saya suka baca. tulah tak faham gak nape la suka buat cerita seram. nasib baik tak tengok tv msia. eh tp ada gk follow drama melayu! ehehe..

    ReplyDelete
  8. standard la tu kak..kat malaysia ni producer ada satu trend kalau sorang dah start buat citer seram pastu mula laa berderet2 producer yg lain pun nak buat citer seram..pastu mula la citer merapu bila dah xde idea!!

    ReplyDelete
  9. Lebih RELA tgk citew KATUN 3D dari tgk CERITA HANTU yg BODOH lagi MEMBODOHKAN...

    Fun pun fun.. Terhibur pun terhibur..

    P/s- Filem hantu utk marketing bagus. Duit masyok wooo~

    ReplyDelete
  10. lady tgk cite tu sebab mcm bukan cite hantu.. cume ldy kurg setuju bile kalimah "Allauakbar" dipermain2kan seolah langsung tidak bernilai.. seolah2 kata2 yg tidak mempunyai makna.. stp kali mak bomoh tu nk tgkp hntu dan sebut "Allahuakbar" setiap kali hati rs sakit dgn producer dan pelakonnye..

    ReplyDelete
  11. as salam..
    dunia syaitan dan iblis itu wujud. malah mereka sesama mereka saling berdakwah untuk menyesatkan manusia.

    dan..pakcik juga yang datang baca~
    producer semua tu.. tak tau la pulak.
    hehe

    entri terbaru :

    Why I Left Islam?

    ReplyDelete
  12. tak tgk lyd. mmg dah jadik trend. bila hantu banyak je hantunya. bila samseng nak cerita samseng je. nak kata kurang kreatif diorg survey pasaran jugak kot. malas nak komen byk sbb dah lama tak tgk movie. blh gitu?

    ReplyDelete
  13. setuju...hehehehe

    betul 2 kak..tah pape skrg cerita yg diorg buat meluatpn ada bila tgok pape ada filem baru kuar then tgok tajuk n sinopsis yg jalan cerita seram tah pape 2....baik sy pg panggung tgok filem kartun...lg best....hehehe

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...