Skip to main content

Egg Sandwich with Lingonberry Jam

Sejahteralah ke atas kamu...
 
Kalau korang tengok fizikal aku, korang akan otometik tau yang aku ni mesti ada banyakkkk faveret food. Tengok lengan sado ni pun dah tau aku ni kuat makan. Salah satu feveret food aku ialah caviar. Ceh. Palaho la caviar. Rasa pun tak pernah, tetibe nak masuk list feveret food plak. Ok, jangan memain. Feveret food yang aku maksudkan tu ialah sandwich telur. Ye. Simple je taste aku. Lebih favourable skali kalau aku guna roti Patha*. (*roti Patha ni bukanlah roti berasal daripada pantai timur. Takde kena mengena pom. Ini roti yang bai roti jual. Kira macam roti Benggali juga la.). Aku sebenarnya dah boring makan roti Gardenia. Amboih, gaya bercakap tu macam kufur nikmat je. Tapi, takde lah. Aku bukan la tak makan langsung roti Gardenia, cuma aku lagi prefer roti murah yg kering dan ringan. Husband aku tetap setia dengan Gardenia dia. So, kalau aku nak buat sandwich, aku akan beli 2 jenis roti la. Roti aku dan roti husband aku. Pastu end up, roti gardenia tu la yang selalu tak habis atau lambat habis. Well, faham la kan sebab apa dan siapa yang lagi lahabun wal rakusunnn.
 
Biasanya aku buat sandwich telur untuk seisi keluarga, tapi selalunya memang aku je yang makan paling banyak. Maklumlah. Feveret la katakan. Sandwich tu aku buat guna telur rebus biasa + mayonis + black pepper je. Kalau aku rajin, aku cincang bawang besar untuk tambah dalam tu, tapi kena asingkan la sikit untuk Luth yang takde bawang.
 
Ok yang aku nak ceritanya, kalau aku buat sandwich telur, aku suka selet sekali jem strawberry, atau orange marmalade atau paling ala-ala cekonon sekali aku sapu madu. So, maksudnya sandwich aku manis. Kuheh..kuheh... Aksi pelik ni aku tak kisah sangat kalau ada org nak kecam sebab aku memang suka makanan aku ada rasa balance manis, masam, masin. So, tak la muak sangat untuk tekak aku. Konsep dia macam ko makan meatballs kat IKEA, pastu ada setompok jem lingonberry macam darah period kat dalam pinggan ko. Haaa, gitu la kaedahnya.
 
Aku tau ramai yang takleh terima resepi yang ada rasa manis dalam makanan masin. Tapi aku boleh. Sebab aku memang makhluk pelik. :p

Comments

  1. setakat ni belum pernah try lagi balance rasa makanan mcm yg hang buat. tapi boleh cuba.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya