Iklan! Iklan! Sila Click!

04 August 2017

DIY: Langsir Raya Baru Siap

Sejahteralah ke atas kamu....

Dah nak masuk Raya Haji, langsir Raya Aidilfitri aku baru je siap semalam. Tihtih. Itu pun aku terpaksa ambil cuti semalam semata-mata nak jahit ke budak langsir ni. 



Ada lagi ke orang guna langsir jenis tape ni ye? Kekekeke. Adaaaa... aku lah orangnya. Belum mampu nak tukar pakai langsir trend terkini, eyelet. Padahal murah je nak tukar rel dia tu. Cuma aku fikir, kalau aku tukar yg macam tu, langsir lama-lama ni nak buat apa? Sayang. (Otak kedekut sedang berhubung.)


Jahit langsir ni walaupun dari segi teknik jahitan memang la nampak senang. Walau jahitan macamana buruk sekalipun, tingkap takkan komplen yang langsir tu tak sedap dipakai. Ko takkan dengar tingkap merungut ketiak sempit ke, bahu jatuh ke, dart terlalu ketat ke. Sebab jahitannya memang jahit lurus je semua. Cuma cabarannya nak menjahit langsir ni, sebab dia besar. Perlu kesabaran sebab lama gile nak tunggu habis jahit untuk setiap sisi. Ko bayangkan ye, setiap keping langsir ada 4 sisi yang panjang. Kalau 4 keping langsir? Kalau 8 keping? Kalau untuk satu rumah dah berapa keping langsir tu. Fuh... penat...penat. Itu baru langsir yang design simple macam langsuir aku ni. Kalau yang ada ruffles, scallop mallop tu semua kang, lagi la terjojol spring biji mata nak menjahitnya.


So, jangan la pandang rendah dengan kepenatan jahit langsir walaupun potongannya lurus je. Kalau guna mesin portable tu, lagi la jenuh nak menyiapkannya. Aku ni pun, bersyukur sebab mesin portable aku, canggih sikittttt je daripada mesin portable lain. Aku ada 3 speed. Yang aku bulatkan dalam gambar kat bawah ni, speed paling laju walaupun tak selaju mesin industri, tapi boleh la.



Ni la langsir yang diperkatakan tu. Simple je langsir aku. Langsir warna putih, digabung meletup dengan warna ungu. Sama plain je macam otak aku. Kain pun murah je, beli kat Nagoya, Berjaya MegaMall Kuantan. Semeter RM7 je.


TADAAAAAAA...............

#MohonJanganKecam
#SaiaTaQuad

Langir ungu. Purple curtain. 2017 curtain. White curtain. Langir putih.

2 comments:

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...