Iklan! Iklan! Sila Click!

02 August 2017

Cheeky-dis Boys

Sejahteralah ke atas kamu....


Dah lama aku tak share pasal anak-anak. Jadi, biarlah aku share sikit (ke banyak?) pasal anak-anak. 





Seperti yang pernah aku ceritakan di dalam post terdahulu, di antara Luth dan Yafith ni karektor mereka sangat berbeza. Muka pun berbeza juga aku rasa. Aku sedar, aku jarang sangat cerita pasal Yafith, kalau nak berbanding masa Luth dulu, boleh katakan setiap hari nak cerita pasal beliau (owh sopan.). Bukan apa, mungkin masa Luth dulu, aku macam terexcited lebih, maklum la, anak pertama. Time Yafith ni, aku dah macam semakin matang dalam mengawal emosi menggelupur aku ni. Lagipun kehidupan aku sangat sibuk untuk berkongsi kisah di alam maya. Hidup aku sekarang lebih banyak menjurus ke alam realiti. Kerja, problem log, masalah IDAMAN, masalah email, masalah AD, rumahtakbertangga, suami, anak-anak, dapur berasap, menjahit dan begitulah. Faham-faham je la, orang yang spesis buat kerja lembab macam aku, perlukan banyak masa untuk selesaikan sesuatu kerja. Pulak tu diselitkan dengan main game dan tengok drama Korea lagi. Kehkeh. 


Yafith ni, makin besar, makin cikedis perangai dia. Jenis yang seminit tak duduk diam. Ejen penyepah rumah. Mainan dalam storage bench, dia sengaja keluarkan semua, then tinggalkan bersepah. Luth dulu, hanya bawa keluar mainan yang dia nak main je. (Tu masa kecik je. Sekarang bila dah ada sekutu untuk buat nakal, dia boleh collaborate dengan adik untuk bersama-sama buat sepah rumah.). Selalunya aku memang tak kemas pun bila rumah sepah. Biar la naks. Mak buat relax je. Kalau mak rasa nak bebel, mak bebel je macam pompuan giler terpekik terlolong sambil korang buat muka kemusykilan, then sambung main. 


Hobi lain si budak Yafith ni ialah buka almari pakaian abang, dia akan punggah semua baju-baju yang dah berlipat bawak keluar. Bila berterabur semua baju-baju tersebut di atas lantai, dia pun lari selepas mission accomplished. Buku-buku pun sama. Dia datang kat rak buku, dia tarik satu-persatu buku-buku dia macam DJ tengah main CD. (Buku-buku cerita tu aku susun baring bukan menegak. So, seronok la dia tarik satu persatu sampai habis.). Itu pun aku dah pasang kunci pada kebanyakan kabinet sebab masa tak pasang kunci dulu lagi laaaa, semua pintu kabinet dia buka dan keluarkan barang-barang dari dalam tu. Sabar je la. Kabinet yang aku letak tupperware pun tidak berkecuali. Dia keluarkan bekas-bekas plastik sama ada tupperware mahupun tipuware, dia berdiri atas bekas-bekas tu untuk panjat dan capai cawan kat rak pinggan. Buat masa ni sebab dia pendek lagi, masih tak sampai nak capai cawan tu. Sikit lagi esok, tak tau la kat mana aku nak sorok barang-barang tu semua. 

Bakul sampah aku semua dah kena letak atas. Dah macam nak standby masa banjir pulak sebab semua kena letak atas. Kalau tidak, dengan tong sampah pun dia korek, kutip sampah-sampah dalam bakul sampah then buat main. Kalau main tu takpe lagi. Ni, sumbat dalam mulut yang aku paling takleh bla. Ari tu ada skali, pantyliner aku yang aku dah buang dalam bakul sampah pun dia sumbat dalam mulut. Eiii... Yafith!!! Cikedis sangat kan?


Yafith ni dia berani dan tak makan saman. Orang marah dia, dia marah orang balik. Orang haip ke dia, dia haip balik kat orang. Kaki tegap. Cepat berjalan. Cepat ikut apa yang orang buat. Dan selalu usaha untuk buat apa-apa sendiri. Contohnya kalau haus, dia akan cuba cari air sendiri, buka beg sekolah, cari botol air. (Dia belum sekolah, tapi beg yang bawak gi rumah pengasuh tu aku panggil beg sekolah. Hehe.). Kalau botol air takde dalam tu, dia akan panjat kerusi di meja makan, cari kot-kot ada cawan yang masih ada air. Kalau takde juga atas meja, dia akan ke dapur, cuba ambil air daripada water filter yang of cos la tak sampai. Lepas dah usaha tu semua tak berjaya, baru dia akan menangis. Terharu pulak aku tengok kegigihan dia tu. 



Dulu, masa Luth kecik, baju-baju Luth aku banyak belikan warna putih. Aku tak tau la nape, tapi aku memang suka baby kalau pakai baju putih. Nampak sesuai dengan fitrah baby yang suci bersih tu. Lagipun masa dia kecik je la aku boleh decide dan pilih baju anak, dia dah besar nanti dah pandai pilih sendiri, tak de can la aku. Luth ni dia cermat. So, baju putih dia semua elok lagi. Bila Yafith lahir, aku perturunkan baju-baju Luth kepada dia. So, korang boleh expect la apa terjadi kan pada baju-baju putih tu. Memang lokoih, comot, tompok-tompok dengan macam-macam warna kekotoran singgah pada baju dia. Haihhh... Adik..adik... Geramnya. Jadi, aku selalu la kena rendam dan sental baju putih budak Yafith ni guna tangan. Rendam klorox, letak dynamo. 

Lagi apa ye.... Owh, Yafith sekarang berusia setahun 4 bulan. Masih lagi breastfeed. Susu aku pun dah semakin berkurang. Kadang-kadang time susu tak cukup, aku pesan kat pengasuh suruh bagi je susu Luth kat Yafith. (Luth minum susu kambing Suffy, kadang-kadang Wildan.). Tapi pengasuh kata, Yafith tak nak minum. Mengada-ngada betui. Kalau kat rumah, time abang minum susu, dia sibuk mengecek. 😂😂 

Tu la, bezanya Luth dengan Yafith. Aku bukanlah compare dengan niat nak menunjukkan anak mana bagus, anak mana tak bagus. Bagi aku, dua-dua sekali karektor yang unik. Aku terhibur dengan telatah dua-dua orang. Luth tu umur dah 4 tahun, tapi kadang-kadang keluar perangai baby dia, aku rasa geli hati. Tapi dia dua orang tu, nampak kacip. (Perkataan 'kacip' ni orang Kuantan biasa guna untuk menunjukkan rapat.). Kalau abang menangis sebab kena berleter sekarung dengan aku, adik datang peluk abang, pastu tepuk-tepuk belakang abang.  

Tengok ni, rambut dia Yafith. Aku yang potong sendiri. Sebab rambut panjang cucuk mata, nenek selalu tegur suruh potong. Aku suruh hasben aku, tapi asyik bertangguh. Sudahnya, aku potong je la sendiri. Pastu hasben aku panggil anak aku 'Temengggung'. Sebab rambut macam Temenggung Jugah Anak Barieng. Kuajo kan.  

 

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...