Skip to main content

Ketulan Di Bawah Ketiak

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku berfikir panjang untuk buat keputusan sama ada nak cerita benda ni atau pun tidak di blog. Sebab bagi aku, perkara ini sangat personal dan agak tebal muka kalau nak publishkan hal dalam baju kat orang. Tapi aku rasa untuk perkongsian ilmu, boleh la aku share. 

Sejak beberapa tahun dulu, aku perasan aku ada ketulan di ketiak (sebelah je). Sejak bujang dulu lagi. Tapi mula-mula kecik dan hanya muncul setiap kali datang haid. Lepas haid habis, ketulan tu hilang. 

Sejak aku berkahwin dan kemudian aku mengandungkan anak pertama, ketulan tu semakin membesar dan kadangkala rasa sakit dan ketulan tu memang dah stay kat situ. Tak hilang-hilang dah. Rasa sakit tu macam rasa berdenyut dan macam bisa. Tapi kadang-kadang je sakit. Kadang-kadang tak sakit. Aku perasan waktu sakit tu bila aku period. Ketulan tu dia bukan keras, tapi dia macam lembut je dan tak firm.

Agak lama juga la ada ketulan ni. Sehingga la tahun ini semasa bulan Ramadhan baru-baru ni, aku rasa ketulan tu semakin membesar dan semakin menyakitkan. Sehinggakan ada masa-masa aku rasa kebas pada lengan. Rasa lenguh. 

Aku takut sangat. Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran. Tak tau apa benda ketulan tu. Tumor ke? Cancer ke? Terasa kematian dah semakin hampir. (Memang kematian sangat hampir dengan semua orang, cuma bila ada penyakit membuatkan kita lagi rasa cemas dan takut.). Dalam masa yang sama, aku rasa sedih. Mulalah aku berfikir pasal anak-anak aku. Sebaknya bila terkenang kalau aku mati, siapa la yang akan jaga mereka dengan penuh kasih sayang. (Jawapannya pastilah Allah. Allah jualah yang menjaga kita semua.). 

Bila berdepan dengan situasi ni, maksud aku..... situasi yang kita suspect kita ada penyakit tapi tak tau benda apa, ketakutan tu pasti akan terasa. Aku cuba bertenang. Aku setiap hari menangis sebab risau. Tapi tak juga aku pergi buat medical check up untuk confirmkan apa bendanya tu. Padahalnya, insurans kat office aku cover kot kalau rawatan yang melibatkan pemeriksaan pakar. Aku fikir, aku terlalu takut dan aku berada 'in a state of denial'. Rasa macam takde apa-apa ni. Tapi dalam masa yang sama aku risau macam nak pengsan. Lagipun aku tak suka gi hospital.

Sehinggalah aku rasa macam dah bersedia untuk pergi diagnos penyakit aku ni. Aku beranikan diri walaupun hati sangat takut. Aku tabahkan hati walaupun aku risau dengan hasil diagnosis tu. 

Mula-mula aku ke klinik panel. Klinik tempat aku buat check up masa pregnant anak kedua dulu. Klinik tu ada perkhidmatan Ultra Sound. Aku fikir, kalau diagnos pun doktor kat situ boleh la terus scan je ketulan di ketiak aku ni.

Bila aku jumpa doktor, aku tak sempat nak explain banyak, dan doktor pun takde nak tanya banyak-banyak, terus je dia nak refer aku ke hospital. Dia akan buat surat referral.Aku mintak doktor klinik panel tu scan pun dia tak nak. Katanya, KKM dah arahkan bila ada mass je, terus kena refer hospital.

Aku request untuk doktor klinik panel tu refer ke Hospital Pantai Bangsar. Sebab menurut doktor tu, ada doktor perempuan bahagian Breast Care Unit di Hospital Pantai. Lepas dapat surat referral, aku buat appointment dengan Doktor Saladina Jaszle. Masa ni, aku hanya fikir nak check dan nak tau apa benda yang seketul bawah ketiak ni. Aku macam pasrah dah. (Walaupun takutnya, hanya Allah yang tau.).

Sementara nak tunggu hari appointment tu tiba, aku jalani hidup harian aku dengan penuh gloomy. Aku banyak termenung. Aku banyak buat ayat sedih kat hasben dan anak-anak aku. Sampai hasben aku pun jadik gloomy sekali. Dia kata betapa risaunya dia, sebab dia tengok aku berkelakuan ganjil. Huhu. Anak-anak tak faham lagi, so mereka tak gloomy la. Mereka still terloncat-loncat macam biase. Haihhh... Kekanak KinderJoy apa la tau. 

Tiba hari appointment, suami aku temankan. Anak-anak, kami hantar ke rumah pengasuh. So, sempat la dating kejap sementara nak tunggu giliran jumpa doktor.Waktu aku pergi tu, tak ramai sangat orang. So, turn aku cepat je la. 

Doktor Saladina baik orangnya. Sempoi je cara dia bercakap. Mula-mula dia tanya, berapa lama dah ada ketulan ni? So, aku cakap la... Seingat aku, lagi lama daripada tahun 2011. Sebab aku kahwin tahun 2011. Ketulan ni ada sejak aku bujang. Then Dr kata, dah begitu lama, dan aku masih hidup, maknanya bukan cancer. Sebab kalau cancer aku dah 'jalan' dah sekarang. Huhu. Ntah kenapa, walaupun ayat tu agak kasar, tapi cukup melegakan hati aku. Yelah, Dr kata, cancer takkan bertahan selama 6 tahun macam tu.

Doktor Saladina tanya lagi, simptom dia macamana. Aku pun, pong pang la explained ke doktor tu (explanation aku tu sama macam yang cerita kat atas tadi). Oh, sebelum aku lupa,  di Hospital Pantai tu, ada 3 orang doktor wanita termasuk Dokttor Saladina. Aku pilih Dr Saladina sebab nama dia macam dekat-dekat dengan nama aku. Hahaha. Boleh gitu?
Yang ni for sure la bukan gambar aku ye. Aku ni kulit gelap dan agak plumpy. Tapi nak tunjukkan gitu la gaye ketulan kat ketiak tu. Bila aku kepit ketiak, akan ada lebihan macam gambar 'Before' kat atas ni.



Then, bila dengar aku explain macam tu, Dr pun kata dia suspect aku ni ada 'accessory breast'. Menurut Dr, accessory breast ni ialah tisu lebih yang Allah kurniakan kepada wanita. Dia tak muat kat bahagian dada dan pergi ke ketiak. Kisahnya payudara wanita ni, hanya akan matang selepas berkahwin. Sebab itu semasa bujang, ketulan tu muncul, hilang dan muncul dan hilang. Sebab itu, selepas berkahwin, ketulan tu muncul tapi tak hilang-hilang. Huhu. Faktor hormon salah satu daripadanya la. Husband aku kata, "Ingatkan telefon je ada aksesori.". Chis.



Gambar daripada Google.


Selepas Doktor Saladina explain macam tu, bertambah la lega hati aku. Kemudian baru Dr suruh aku baring dan dia check la ketiak mongi aku tu. Doktor pakar memang lain dengan doktor kat klinik panel yang aku pergi mintak surat referral tu. Cara dia treat patient, cara dia tanya pun nampak la dia ambil berat. At least, pesakit rasa tenang la sikit kan. Dia check la sekali breast aku. Dia kata ada lumpy sikit. Then minta aku buat Ultra Sound. Kalau ikutkan Dr kata, lumpy tu macam consistent la dengan background aku yang masih breastfeeding anak aku. Cuma dia kata dia tak mahu missing anything. Sebab tu dia suruh aku buat ultra sound. Mamogram dia tak suggest sebab tak sesuai untuk orang yang berusia 40 tahun ke bawah. Weiii... aku belum masuk 40 lagi.

Gambar di ambil dari Google

So, aku gi la pula menunggu di bahagian X-Ray, MRI dan Ultrasound. Yang ni la paling jenuh nak menunggu. 2 jam tunggu. Menurut pembantu perubatan tu, untuk Ultrasound paling lama nak tunggu sebab ramai orang kena buat ultra sound ni. Mesin Ultra sound dia pun bukan la macam yang kat klinik biase tu. Yang ni besar gajoh punya. Yang tahap hospital punya. Dulu aku pernah juga ada pengalaman kena ultra sound guna yang besar ni masa kat Hospital PPUM sewaktu prenancy pertama. Selepas dah check guna ultra sound, resultnya clean, alhamdulillah. 

Solution terhadap ketulan ni, ada 2. Sama ada nak biarkan je di situ atau remove. Aku dah decide untuk remove. Cuma doktor kata tak sure insurans cover ke tidak. Sebab ini bukan disease. Surgery ni pun lebih kepada cosmetically sahaja. Tapi aku apply juga la untuk buat surgery tu. Kalau insurans luluskan, then alhamdulillah. Kalau tidak, it's okay la. Sebab aku pun takut juga nak kena bedah ni walaupun kecik je dan tak melibatkan internal organs. Tapi still penakut nak mangfus. Dalam 3 minggu macam tu, dapat result permohonan surgery aku tu, ternyata la tak lepas. Kohkoh. Insurans tak nak cover. So, takyah la aku bedah. Doktor kata tak bahaya, so takpe la.

Bila balik kampung masa raya (aku gi check up seminggu sebelum raya puasa 2017.), aku cerita kat kakak aku. Kakak aku pun doktor juga, cuma dia doktor biasa, bukan pakar. Aku gi check  tu pun tak kabo ke dia. Macam malu nak cerita ke kakak sendiri. Then rupa-rupanya kakak aku pun ada accessory breast ni. Dan kakak aku kata, arwah mak aku pun ada. Hihi. So, takde mende la kot ni. 

Syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan kami sekeluarga. Aku harap dengan pendedahan makcik Seeker ni akan memberi manfaat kepada anda di luar sana yang mencari jawapan.



Comments

  1. A very good sharing. Kalau tak citer rasanya ramai yg x tau.
    Lelaki pun boleh kena ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki pun boleh kena jugak sbb lelaki pun ade breast kan

      Delete
  2. Owh... baru tau. Pernah kena gak bengkak bawah ketiak. Tapi bengkak susu lah. So memang nak operate ke nanti lyd.

    ReplyDelete
  3. ERK...pernsh baca pasal eksesori breast ni...lupa dah kat mana...

    ReplyDelete
  4. terima kaseh kongsi lyd. aku pun baru tau...

    jarang org nk kongsi benda ni...

    ReplyDelete
  5. Kalau bab-bab sakit ni memang takut tak bertempatlah, Lyd. Mananya tak takut, maklumlah sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku. Eh, I tak nak komen lebih-lebih cuma I nak komen pasal doktor.

    OMG! Saladina Jaszle tu I kenallah! Kawan zaman belajar. Dia pandai speak Mandarin kalau tak silap. Cara dia bercakap pun ada satu gaya gitukan. I panggil dia Dina dulu. Hai...ni one of those couples yang famous bercinta dan pastu putus (oppss.. jangan beritahu pulak!) Lost contact lepas masing-masing masuk universiti! Oh God! Lama betul tak jumpa Dina ni. Jangan-jangan dia pun dah tak ingat I lagi.

    Bila you mentioned nama dia tetiba I teringat wajah Dina ni masa belajar dengan ponytailnya bagai! Uish, tak sangka tak jauh mana pun kawan-kawan I rupanya. Hahaha!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah....
    Mau tak seram Lyd...benda benda gini mmg boleh jadi tak tentu arahkan lagi lagi melibatkan breast dan ketiak ni.

    Terima kasih kerana membongkar kisah ni Lyd kalau tidak sampai sudah hakak tak tau wujudnya accessory breast ni.

    ReplyDelete
  7. tq n sgt2 bermanfaat.. sy pun ad.. cuma lately dy mcm denyut2 mcm yg akk kata tu so kerisauan melanda sbb sebelah je happen sblh lg normal.. dh check doktor masa buat buku pink.. doktor tu wat lex wat peace kata ok ni.. xde pape.. alhamdulillah.. semoga kita smue sihat..

    ReplyDelete
  8. Salam sis...boleh tau...Berapa kos cek semua tu?

    ReplyDelete
  9. Maaf ye pua....sy nk tny...saya ada kelenjar di ketiak kiri...sekarang naik pula di bahagian kanan...adakah berbahaya....atau ada solution lain dr segi jaga pemakanan atau apa shj

    ReplyDelete
  10. Sy pun ada ketulan bwah ketiak dan doktor cakap lemak.tapi knapa breast sy skrg ni berdenyut denyut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama..doctor cakap lemak..breast berdenyut2😔

      Delete
  11. Thanks for sharing.. Dulu saya pon check bahagian pakar dia kata kalenjar dan berbahaya. Ingat nak operate tapi pregy masa tu. Tak dan nak buat sampai sekarang cumanya part menyakitkan bila baru2 melahirkan, susu badan melimpah sampai ke area situ membengkak jadi bila tuam bukan takat payudara jer dengan bawah2 lengan pon kena tuam sama.. Seksa dia ya ampun.. Agak lama sikit baru ok.. Dengan dibantu dengan urutan mak bidan.. #sekadarperkongsiandarisaya #tia

    ReplyDelete
  12. terima kasih sis post story ni.. sy rs sy pun mcm ni kot but i ttry to think positive.....da junpa dr dr pakar dr ortopedik da ckp kulit tebal..but i can the uncomfortable at the area ..susah hati riap hari ingt sakit apa apa l lebih lagi dok google ..vnyk ckp benda plik2...sy otw nk jmpa dr pakar wanita untuk untuk chcheck sy sy pu ni..doakan sy..

    ReplyDelete
  13. Tq for sharing..sy Salah sorang Nye hehhhehe

    ReplyDelete
  14. Masya Allah, satu penceritaan pengalaman yg sgt bagus, baru je berkira2 nak jumpa dr pakar tntg masalah yg sama. Alhamdulillah dah dpt jawapan. Terima kasih sis

    ReplyDelete
  15. Alhamdulilillah, saya baru selesai bedah BA ni. Hari ke empat. Sgt lega, syukur tapi mixed feelings. Iyer, hanya 1 jam op tu. Tapi nervous, Allah saja yg tahu. Tawakkal utk ikhtiar sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun salah satu drinya..tp brapa kos pembedahaan? ia buat sy runsing dan buat sy rasa deman jer slalu

      Delete
  16. sama masaalah kita...lega dah baca...tq sis

    ReplyDelete
  17. Sy br selesa operate buang breast acsesories dua2 belah. Bila terlalu lama biar jadi sakit Dan asbab utk sy buang. Ingat sikit aje jahitan, belah kiri 11cm Dan belah kanan 15++cm panjang jahitan. Dgn kulit2 kene buang. Mcm obor2...

    ReplyDelete
  18. Rentetan episod lalu.. Alhamdulillah semalam 26/7/2019 saya telah selamat menjalani pembedahan Excisions Biopsy Bilateral Accessory Breast. Sykur Alhamdulillah 🤲🏻

    Kepada ibu2 yang menyusukan anak dengan susu badan... Ini bukan cerita lucah.. Ini ilmu untuk dikongsi..

    Disini saya nak kongsi pengalaman saya pasal breastfeed.. Masa saya mengandungkan anak pertama, umur saya dah mencecah 33tahun.. Walaupun saya pernah berkhidmat di bahagian Kesihatan Ibu & Anak dan Maternity Wad tapi ilmu saya tentang Penyusuan Susu Ibu ni xde la hebat sangat.. Biasa2 je..

    Masa mengandung, saya teruja sgt nak membesarkan si comel saya dengan susu badan.. Kalau boleh nak menyusukan sampai 2tahun kalau ade rezki.. Tapi malangnya anak saya masuk umur 1tahun, dia dah xnak isap susu badan.. Kecewa tu xlah sgt sbb saya percaya ade hikmahnya. Terfikir jugak 3bulan nak tinggalkan dia nanti susah jugak tu. Ehhh nak citer yg ni dulu.. Semasa usia kandungan saya 7bulan, saya dapat rasa ade sesuatu benjolan kat bawah ketiak saya sebelah kanan. Saya pun refer doctor yg lebih arif bab ni.. Eeee kalau bab2 breast ni kite org pempuan mmg takut wooo... Doctor pun buat pemeriksaan, dia cakap maybe kelenjar susu. Dia tgh bersedia nak proses kilang susu. So lega lah sket.. Tp doctor cakap kalau lepas bersalin ade lagi, kena refer doctor balik. Proses penyusuan berjalan lancar selepas bersalin, tapi masuk hari ke 2, kelenjar yg kat bawah ketiak tu dah semakin membesar, sampai tangan kanan xdapat nak luruskan macam biasa. Sakit woooo.. Urut2 pun xsurut2.. Baby plak kena warded sbb jaundice. Try pump.. Tp nipple sakit giler.. Tp terpaksa tahan.. Pump jugak.. Breast xsakit pun tapi yg bawah ketiak membengkak tu sakit giler.. Bila baby menyusu direct tibe2 basah kat bawah ketiak belah kanan. Ya Allah, susu mencurah2 keluar ikut bawah ketiak tu.. Siap kena pakai breast pad.. Lenjun basah wehhh.. Lama kelamaan tu surut dah sbb saya pump susu byk2.. Tp saya x refer mane2 pun.. Sbb saya fikir mmg kelenjar susu la tu.. Tapi seminggu ni, breast belah kanan sakit berdenyut2.. Mengigil nak demam sakit dia tu. Sakit badan sakit kepala semua ade.. Try Picit2 kat nipple ade kuar discharge lendir2 macam susu pekat manis tu. Dah tuam air suam, try pump hanya lendir2 tu je yg keluar tp xbanyak. Tadi pegi check dgn doctor, doctor check breast xde ketulan2 yg mencurigakan cume bawah ketiak tu still ade lagi.. Sakit bila disentuh.. So doctor cakap itu accessory breast. Kena buat operation untuk buang mende.

    ReplyDelete
  19. sama masalah.. masa sy bujang ketulan dua2 belah ketiak, besar dan sangat sakit.. sama besar mcm gambar sis share kat atas tu. lepas beranak, bidan urut and tunku panas kat situ menjerit2, tapi Alhamdulillah hilang, siap bila tekan, keluar mcm air susu kat situ. Skang ni dah muncul balik dah sebelah kiri.. aduihaii..

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas sharing ni sis, saya bangun2 tadi tetiba rasa mcm ada ketulan mcm bengkak bhg bawah ketiak.. sblum ni mcm pernah rasa juga, tapi kdg ada kdg tkda, mcm cerita sis sblum kahwin tu. Lepas baca ni baru faham, tq2👍

    ReplyDelete
  21. Sy pon baru perasan ni pagi smlm, kat ketiak knn sy ade ketulan kecik, tapi xtaw lah ape, sebelum ni xde, sy baru sebulan lahirkan ank first sy. Sy mcm risau jgk ni..ade kena mengena dgn breast cancer ke ape ke😭..sy mmg tgh fully bf baby sy ni.

    ReplyDelete
  22. Sme la.. Ada benjol kt bawah ketiak. .Sy tkut nk check.. Sy rujuk kt google.. Lemak la ape la.. Accesory breast rupanya. .

    ReplyDelete
  23. Sy pernah check buat ultra sounds. Ada biji bwh ketiak kecil je. Dktor tnya ada sakit x. Sy kata x.. tp lps check tu sy perasan stiap kali period mesti sakit ketiak kiri ni pastu tgn akan lenguh. Bila period dh habis dia hilang. Mcm timbul pastu hilang. Last sy check 2018.huhu ni nk check lg tp perasaan takut tu mengusai jiwa sy.. sy nak jmp pakar. Sy tkut dia makin membesar.

    ReplyDelete
  24. Sy pernah check buat ultra sounds. Ada biji bwh ketiak kecil je. Dktor tnya ada sakit x. Sy kata x.. tp lps check tu sy perasan stiap kali period mesti sakit ketiak kiri ni pastu tgn akan lenguh. Bila period dh habis dia hilang. Mcm timbul pastu hilang. Last sy check 2018.huhu ni nk check lg tp perasaan takut tu mengusai jiwa sy.. sy nak jmp pakar. Sy tkut dia makin membesar.

    ReplyDelete
  25. Sy pon lepas kawin ada ketulan bawa tiak, lepas ada anak makin besar, tapi tkdelah besar sangat, cuma tk selesa je ada benda ni kat tiak,skarang dah umur 40, kalau period rasa denyut2 jg,

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian...Saya tgh 50/50 nak operate atau x?..anak saya pun ada..InsyaAllah, saya ambil utk tidak operate rasanya...

    ReplyDelete
  27. Asmualikum sis..sy pun ada lebihan yg sama..lma jugak dr anak dra smpai anak ke tiga n skrg masih menyusu..rasa sakit kt tempt tu kejap ada kejap hilang..sy rasa tk selesa jugak..hhu..dh g buat ultrasaound alhmdulilah tkda benjolan..cuma lebihan tu sy rasa sakit..risau Allah je yg thu..cuma sy tk thu nk hadap benda nih..sebb sy menyusu kn ank lg.huhu..sy tk.kerja dh..tkda insuran pun..alahai..time cmnihlah bru terfikir..tp.tulah..rasa tk selesa kdng2 mempengaruhi emosi sy..hrp sy kuat mcm sis..😔

    ReplyDelete
  28. Asmualaikum..lebihan breast nih memnv sakit ke? Sy ada..lama dh dr anak dr..skrg sakit je..jap sakit yg sis ckp tu..alahai..sy jd tk.selesa..huhu..ultrasound dh buat..alhmdulolah tkda ketulan..tp.tetap risau..sebb dia sakit..jdnua sis ok ke.lepas jugak dctr pakar tu..bengkak.tu maaib ada atai jao ada jap.tak ea..sory lau ayat berterabur..

    ReplyDelete
  29. Tq for sharing..saya pun ada lebihan yg sama di kedua2 belah.bkn 2 benjolan tp 3.2 belah kiri 1 belah kanan..dulu masa susukan anak kedua2 mgalami bengkak susu.hinggakn nk turunkan tangan agak sukar.tapi bila dah tiada ank kck,benjolan msh ada tp x keras macam ada susu dulu.nak oprete tapi takut.doc pun ckp tak membahayakan.so rasa tenang skt.harap benjolan tidak LG membesar

    ReplyDelete
  30. trime kasih krana kongsi..ade jugak dari 2018..mase tu belom ade ank lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya