Iklan! Iklan! Sila Click!

10 August 2017

Chocolate Addict!

Sejahteralah ke atas kamu....

Dalam banyak-banyak jenis makanan, hanya coklat je yang aku tak boleh nak pantang. Ini serius. Kalau nasi ke, minuman manis ke, apa-apa je la... Tu semua dugaan yg enteng. Aku boleh tahan punye.. Tapi kalau coklat. Grrrr... memang tak dapat control dan makan coklat dengan gaya PacMan. (Siapa tengok filem Pixels angkat tangan?!!)







Sempena ada kawan-kawan yang pergi berjimba di Langkawi baru-baru ni, aku kirim la cekelat. 


Whittaker, nyum..nyum... Om..nom..nom...nomm.... Masalahnya... lepas makan coklat satu demi satu, sejurus lepas habis semua..... Baru aku rasa keinsafan. Baru rasa berdosa. Ya Allah... Kenapa aku makan coklat banyak sangat ni..... Rasa bersalah kat badan sebab kesian nanti nak digest gula yang begitu banyak... 

Aku ni memang la dah tak sekurus dulu. Tapi aku bukan la gemuk gedempol. Masih ada harapan untuk aku kurus. Kekekeh. Cuma masalahnya... tubuh badan aku ni menggemuk dengan tidak sekata. Lemak ni, dia kalau nak berkumpul pun, dia suka berkumpul kat tempat-tempat yang tertentu. Korang ada tak masalah yang sama macam aku? ~Kegemukan yang tidak sekata. Heheh. Macam aku, mula-mula lemak menebal kat perut. Maka nampak la macam pregnant 5 bulan dan kalau naik KTM, orang offer untuk duduk. *kesentapan di situ*.

Lepas lemak perut, dia berkumpul pula di lengan kat tepi bahu. So, secara tak langsung aku akan otometik nampak sado tanpa aku relai. Owhhh... *lengan atas dahi*..... Lepas tu pipi. Lepas tu bawah dagu. Dagu berlapis. At least aku dapat juga la feeling-feeling macam Erra Fazira. Tapi version Cinta Kolestrol. 😜😜


Bila dah rasa menyesal tu, mula la tengahari tu terus pergi cafe, beli peria goreng tepung untuk dijadikan kudap-kudapan menggantikan keropok ikan dan pisang goreng. Kaedahnya kan?

Then, balik rumah, selongkar peti sejuk cari peria katak untuk buat jus. Ni jus yang aku buat semalam. Minum dengan penuh rasa tawadduk. Dengan harapan dapat neutralkan balik darah aku kalau gula berlebihan dalam darah.


Pahit tu memang aaaa pahit. Tapi aku okay. Dah nama pun obat kan. Kalau nak ubat sedap, ce makan ubat nyamuk. Tengok sedap ke tak? Eh, takde kaitan. 

Selesai minum air pahit ni...... Terus rasa macam berguguran dosa-dosa (sebab makan banyak coklat tadi), dan terus rasa nak sambung makan coklat se'round' lagi. Insaf sekejap je rupanya.

5 comments:

  1. Okla melantak coklat tak gumuks..cikgu ni makan sopan santun pon gumuks gak 😜(nampak nau nipunya 😂😂😂😂)

    #gemukItuAwesome

    ReplyDelete
  2. peria katak,

    ni utk org ada penyakit kencing manis ni kan?

    ReplyDelete
  3. takpe2. bukan selalu boleh kirim coklat langkawi.

    ReplyDelete
  4. Haha....kat rumah ni yg suka coklat suami dengan anak anak. Hakak kurang tp benda lain hantu haha....

    Masalahnya hakak tak mcm Lyd, makan banyak pun tak insaf insaf jugak jauh sekalilah nak minum jus peria katak

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...