Skip to main content

Kenderaan Bentuk Katak dan Jerung di KL

Sejahteralah ke atas kamu...

Dah 2 kali aku ternampak kereta yang unik sewaktu aku driving. Yang pertama dihias seperti putera katak. Berwarna hijau, mempunyai crown di atas bumbung dan mata bulat yang dilukis pada bonnet kereta. Aku macam tertanya-tanya... Haiwan apakah itu? Kenapa dia ada situ? Lepas tu aku lupa.

Esoknya aku nampak seekor lagi makhluk aneh. Bentuk ikan jerung pulak. Kat atas bumbung kereta ada sirip ikan jerung yang selalu membuatkan orang yang ternampak sirip tu lari lintang pukang menyelamatkan diri cerita jaws, juga mata yang dilukis di atas bonnet kereta. Kali ni aku berusaha juga nak jadi busy body. Semangat ingin tahu aku yakni bersamaan dengan semangat kepochi aku mengatasi kesesakan lalulintas ketika itu. Berusaha gigih aku skodeng, akhirnya nampak le tulisan pada badan kereta tu, MYTEKSI.

Dalam hati menyebut hurup O yang panjang. Teksi rupa-rupanya. Semangat waja aku mengambik gambar. Dan this is the best yang aku mampu snap. Huhu.. memalukan hasil gambar begini.


Keywordnya ialah 'MyTeksi'. Jadi, aku google. Benar seperti yang aku sangka, MyTeksi ni ialah perkhidmatan teksi. Cuma yang advancenya perkhidmatan teksi ni boleh ditempah melalui applikasi telefon pintar. Sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan teksi ini bolehlah install application ni di smartphone masing-masing. Cari la di Google Play Store.

Ini adalah maklumat yang aku kopi pasta carbonara daripada website MyTeksi, sila baca untuk meningkatkan pengetahuan am anda.

About Us

Founded by 2 HBS Malaysian grads, MyTeksi won 2nd spot in the annual Harvard Business School business plan competition. A first in many years for a team from Asia.

MyTeksi is a Malaysian startup that aims to revitalize the taxi industry. We want to improve the safety and efficiency of our town taxis by leveraging on advancements in GPS and mobile technology. As a social enterprise, and we believe that business and social value can be achieved in parallel.

On the demand side, most passengers can’t get taxis when needed, and are constantly concerned about their personal safety. From the supply side, taxi drivers struggle to earn a living and spend ~60-75% of their working day idle. Even though both supply and demand for taxis are high, the poor matching process of the existing CB Radio dispatch system leads to significant inefficiencies.

 


Kempen MyWILDTeksi


Para pemandu sekalian,
Sempena musim cuti ini, MyTeksi telah melancarkan promosi dan kempen yang baru untuk para penumpang MyTeksi. Kempen myWILDteksi menggunakan kereta-kereta swa khas yang telah dibalut untuk menyerupai 3 haiwan (jerung, katak dan kucing/harimau) untuk menarik perhatian para penumpang.

Tujuan kempen myWILDteksi ini ialah untuk pemasaran dan publisiti untuk mendapat lebih tempahan/bookings. Lebih banyak tempahan bermaksud lebih jobs untuk anda semua. Hanya penumpang yang mempunyai ‘confirmed booking’ boleh menaiki kereta-kereta ini.
Kereta myWILDteksi ini dibenarkan untuk mengambil penumpang secara PERCUMA dan akan berjalan sepanjang bulan Disember SAHAJA. Sehingga kini, banyak publisiti yang sudah dijana melalui Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Pengguna-pengguna MyTeksi amat tertarik dengan kempen ini dan tempahan MyTeksi telah naik. Ini berita baik untuk para pemandu kerana bilangan jobs juga naik.
Harap maklum bahawa MyTeksi tidak mempunyai sebarang niat tersirat disebalik pelancaran kempen ini. MyTeksi wujud demi kebaikan industri teksi dan para pemandu sejak mula lagi.
Publisiti myWILDteksi  hanya mendorong lebih ramai orang menggunakan MyTeksi dan membuat tempahan.  Pendek kata, ia memanfaatkan kita semua.


Jadi, sesiapa yang di KL yang ternampak object misteri yang sama macam yang aku nampak tu, sila la jangan ushar lebih-lebih. Bahaya. Kemalangan karang. 

 

Comments

  1. assalamualaikum lyd...cantik juga...mesti penumpang suka sbb menarik...:)

    ReplyDelete
  2. Wah..cantiknya..kalau wana nak naik teksi gambar kucing la sebab wana suka kucing..hihi..

    ReplyDelete
  3. kreatifnye..satu tarikan gak ni org nk naik..

    ReplyDelete
  4. ahad lepas sy sendiri bertemu dgn CEO My Teksi ni kt avenue k ;-)

    ReplyDelete
  5. Myteksi tu I tahulah tapi tak pernah pulak jumpa si katak, jerung dan kucing/rimau kat jalan di KL ni. Kenapalah mereka tak lalu ambil penumpang masa I sedang memandu ye.... Kreatif juga buat begini bagi mempromosi servis mereka.

    ReplyDelete
  6. bagus team marketing dia ni ... pandai cari kelainan . nampak unik gitu . tapi kena kuar kos lebih la kan ...

    ReplyDelete
  7. Kenapa rin blm penah tgk ek..nmpk rare sangat kan lyd

    ReplyDelete
  8. ooo patut la ... bk kali dh aku jumpa aku ingat keta auto show ... hahahahha

    ReplyDelete
  9. Baik punya marketing MyTeksi ni. Selain dari MyTeksi, sekarang dah banyak jugak app untuk booking teksi ni, macam ada lagi satu app, EasyTaxi.

    Tapi dua-dua tak pernah try sebab saya selalu pakai MyMotorsikal. Haha :-p

    ReplyDelete
  10. zaman dah moden ye..teksi pun bley tempah dengan telefon pintar saja..unik dan comel plak tu teksinya

    ReplyDelete
  11. wow... menarik. bgs idea diorang nih.

    ReplyDelete
  12. setkat ni blm terserempak lagi
    hye pn lyd dan lagi noh snap gambo :)

    ReplyDelete
  13. Menarik tu. Tp apps myteksi tu dh lm tau. Asal on fb je ada iklan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...