Sejahteralah ke atas kamu...
Minggu lepas adalah hari ulang tahun kelahiran Mat Azghul, suamiku hensem yang tercentaaa [tersipu ni sambil taip, sebab perasan hasben sendiri henseng]. Sebenarnya Mat Azghul outstation 4 hari bermula Sabtu lepas sehinggalah ke hari Selasa, hari jadi dia tu. Maksudnya pada hari jadi dia tu, dia baru je sampai Malaysia.
Aku tak sambut pun dia di airport. Sebab aku kerije. Cuti aku dah negatif. Lagipun biasanya memang aku tak jemput pun setiap kali dia balik dari otstesen. Aku ni penakut, tak berani hoi nak drive sampai ke KLIA2 sana.
Pada hari tersebut, bos Mat Azghul called aku untuk tanya... "kek apa yang Azrul suka?". Tapi masa bos dia called aku tu, aku tak sempat nak jawab sebab aku keluar lunch dan henfon aku tinggal kat workstation. Bila aku return call dia, dia dah beli pun kek untuk hasben aku. Katanya, dia nak buat surprise bawak kek untuk my hasbeng bila hasbeng aku sampai kat airport. Owh.... how sweet. Tapi takpe, walaupun tak sempat jawab, tak mengubah apa-apa pun. Sebab kalau aku jawab pun soalan dia tu, aku hanya akan jawab, "beli je kek apa-apa. Azrul tu suka SEMUA jenis makanan.". Hoh hoh.
Yang sebelah hasben aku, yang buat tangan pis-pis kacang pis pakai baju kelabu tu la bos dia. |
Sekali ada juga student yang hasben aku iring tu, birthday dia jatuh pada hari yang sama. Kongsi la kek ye. Jangan nak bolot semua. |
Kecik atau besarnya kek tu tak penting. Yang penting ingatan. Heheh. |
Tak pasal-pasal kena potong kek sambil mencangkung. Ko mampu? *Aku tak ada sewaktu kejadian. |
Dalam group WhatsApp adik beradik Mat Azghul, adik ipar aku tanya, "Kak Salida bagi hadiah apa?". Aku terkedu nak jawab. Sebab aku memang tak beli hadiah apa-apa pun. Dah tu, hasben aku kata, tak perlu bagi hadiah atau sambut birthday. Sebab katanya, dia tak mahu 'sambut birthday' tu menjadi suatu acara wajib dalam kehidupan kami sehingga jadi beban dan rasa bersalah kalau tak sambut. Hidup mesti sempoi je. Cukup la sekadar wish je. *Tak lomentik kan kami?*. Aku hanya taat pada cakap suami. Kalau aku rasa nak bagi hadiah, aku takyah tunggu harijadi dia, aku beli je bila2 aku rasa nak bagi.
Supaya tak menampakkan sangat aku ni tak "how sweet" kat adik ipar aku, aku bagi je la jawapan jujur. Aku cuma hadiahkan ikan kembung celup tepung je 2 ekor untuk abang dia. Hasilnya, setengah periuk dia makan nasik. Cukup hebakk sebab katanya dia tak makan apa-apa daripada pagi. Hanya makan kek tu je, itu pun dah pukul 4 ptg baru makan kek. Tak ke menderita perut dia?
Lauk Utama - IKAN MASAK SWEET and SOUR. |
*Merujuk kepada soalan yang sama (Kak Salida bagi hadiah apa?), husband aku bagi jawapan "Kak Salida bagi abang Ngah kebahagiaan". Wahhh... Gituu... "how sweet" kan kiterang? Ahakkzz ahakkk..
Wah...terharu juga tu disambut sedemikian rupa.
ReplyDeleteSuami kakcik punh cakap benda yang sama 'jangan jadikan sambutan ulangtahun kelahiran itu satu beban hingga terpaksa diraikan walau tidak berkemampuan'... :)
bagusnya bos ingat arijadi staff..
ReplyDeletesweet lah sgt. hahaha... teringin pulak nak sambut birthday kat airport. kih3...
ReplyDeleteseriously jawapan si suami last sekali tu paling sweet =)
ReplyDeletehappy belated birthday ye
moga berterusan berbahagia bersama insan tercinta =)
hurmmm..ko sweet gak la kak..se sweet ikan sweet n sour tu *nnti share resepi ek..mnjejes air liur ku ini*.. tp bos abg ngoh lgi sweet..sib baik jantan kan..hahahaha...
ReplyDeleteSangat romantik..hhehehe, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat, dan semoga suaminya di panjang umurnya serta di murahkan rezeki selalu.
ReplyDeletehahahahaha.
ReplyDeletesweet. harus tak payah bagi hadiah...
jawapan yang pasti membuatkan si isteri senyum sendiri hari-hari..
ReplyDeleteBestnya dpt bos mcm tu. Curlass sambut birthday kat airport ☺
ReplyDeleteamboi beruntungnya suami u lyd.. terasa diri dihargai yer ! hehehe
ReplyDeleteWah.....jawapan yg sweet...bertambahlah hadiah yg dia dpt nampaknya...hehe
ReplyDelete4 hari tak jumpa, kena plak ngan besday.. haishh hasilnya tunggu la 9 bulan akan datang hahaha :D
ReplyDeleteP/s : kek buah tu memang sedap, saya adalah penggemarnya :)
Wahhh tu pun suwitt gak tu masak 'special' gitu :)
ReplyDeleteTp memang kenangan tu potong kek kat situ :D
haha..mmg sempoi..
ReplyDeleteterbaik...
untungla, celebrate kat KLIA lg..mesti ramai y memerhati.. persis artis fofular dah.. hehe
suka cara lyd tu.. sebetulnya itulah sebaiknya..xperlu jdkan kewajipan..y penting ucapan tnda ingatan dah cukup..lya n husb pon gitu.. xsemestinya bila time birth or anniversary perlu makan special2 kat ledai or hadiah.. kalo ada rezeki lebih ok la.. kalo xde.. ckp la sekadar blanje apa y dia suka..
hehehe betul2 lain org lain cra nye takut mnjdi beban klu sokmo nk clbrte bzday
ReplyDeleteKemain baik bos suami lyd, siap buat surprise kat airport. Mmg tak penah dibuat dek org.
ReplyDeleteKami pun Lyd, mmg dari dulu xde bg hadiah sbb xmo jadi acara wajib. Biasanya cuma wish dan makan kat restoran mahal skit. Kdg2 ada la buat surprise gak, bg hadiah.
So suwitttt....
ReplyDeletepotong kek kat atas jln tu . mesti ramai yg tgk ... utg dpt husband yg simple camtu . senang nak layan ...
ReplyDeleteHappy belated birthday MatYo! Eh, Eh, Mat Azghul ^__^ Auwwww...so suwit gitu macam letak 6 sudu besar gula dalam secawan air kopi kata-kata Mat Azghul bila ditanya hadiah apa dia dapat dari isterinya. Memang vely lomantik in his own way ler... padanlah hangpa sayang bangat kat MatYo yerk! Keh3x.
ReplyDeleteKelasik ler sambut birthday kat airport sambil mencangkung potong kek. Kalau dah tak makan apa-apa, bagi nasi putih dengan telur goreng pun Mat Azghul akan makan bertambahkan, Lyd. Tapi I rasakan your lovely asben tu rindu air tangan isterinya. Itu ler yang makan bertambah *__* Hahaha....
Wuylooooo bestnyeeeee !
ReplyDeletemuda lagi bossnya.boss dh kawen ke belum?muahaha..seronok dpt kek sempoi sambut dekat KLIA lagi
ReplyDeletehahaha mmg sgt sweet bagi hadiah ikan kembung.hadiah kebahagiaan lagi..:)
rindu masakan isteri lettew.
ReplyDeletealhamdulillah :)
happy belated besday buat papa lyd :)
curlasss lah bos siap beli kek n sambut kat klia kan..