Skip to main content

Siapa Je Yang Celebrate Birthday Kat Airport?

Sejahteralah ke atas kamu...

Minggu lepas adalah hari ulang tahun kelahiran Mat Azghul, suamiku hensem yang tercentaaa [tersipu ni sambil taip, sebab perasan hasben sendiri henseng]. Sebenarnya Mat Azghul outstation 4 hari bermula Sabtu lepas sehinggalah ke hari Selasa, hari jadi dia tu. Maksudnya pada hari jadi dia tu, dia baru je sampai Malaysia. 

Aku tak sambut pun dia di airport. Sebab aku kerije. Cuti aku dah negatif. Lagipun biasanya memang aku tak jemput pun setiap kali dia balik dari otstesen. Aku ni penakut, tak berani hoi nak drive sampai ke KLIA2 sana.

Pada hari tersebut, bos Mat Azghul called aku untuk tanya... "kek apa yang Azrul suka?". Tapi masa bos dia called aku tu, aku tak sempat nak jawab sebab aku keluar lunch dan henfon aku tinggal kat workstation. Bila aku return call dia, dia dah beli pun kek untuk hasben aku. Katanya, dia nak buat surprise bawak kek untuk my hasbeng bila hasbeng aku sampai kat airport. Owh.... how sweet. Tapi takpe, walaupun tak sempat jawab, tak mengubah apa-apa pun. Sebab kalau aku jawab pun soalan dia tu, aku hanya akan jawab, "beli je kek apa-apa. Azrul tu suka SEMUA jenis makanan.". Hoh hoh.

Yang sebelah hasben aku, yang buat tangan pis-pis kacang pis pakai baju kelabu tu la bos dia.

Sekali ada juga student yang hasben aku iring tu, birthday dia jatuh pada hari yang sama. Kongsi la kek ye. Jangan nak bolot semua.

Kecik atau besarnya kek tu tak penting. Yang penting ingatan. Heheh.

Tak pasal-pasal kena potong kek sambil mencangkung. Ko mampu? *Aku tak ada sewaktu kejadian.
Dalam group WhatsApp adik beradik Mat Azghul, adik ipar aku tanya, "Kak Salida bagi hadiah apa?". Aku terkedu nak jawab. Sebab aku memang tak beli hadiah apa-apa pun. Dah tu, hasben aku kata, tak perlu bagi hadiah atau sambut birthday. Sebab katanya, dia tak mahu 'sambut birthday' tu menjadi suatu acara wajib dalam kehidupan kami sehingga jadi beban dan rasa bersalah kalau tak sambut. Hidup mesti sempoi je. Cukup la sekadar wish je. *Tak lomentik kan kami?*. Aku hanya taat pada cakap suami. Kalau aku rasa nak bagi hadiah, aku takyah tunggu harijadi dia, aku beli je bila2 aku rasa nak bagi.

Supaya tak menampakkan sangat aku ni tak "how sweet" kat adik ipar aku, aku bagi je la jawapan jujur. Aku cuma hadiahkan ikan kembung celup tepung je 2 ekor untuk abang dia. Hasilnya, setengah periuk dia makan nasik. Cukup hebakk sebab katanya dia tak makan apa-apa daripada pagi. Hanya makan kek tu je, itu pun dah pukul 4 ptg baru makan kek. Tak ke menderita perut dia?



Lauk Utama - IKAN MASAK SWEET and SOUR.


*Merujuk kepada soalan yang sama (Kak Salida bagi hadiah apa?), husband aku bagi jawapan "Kak Salida bagi abang Ngah kebahagiaan". Wahhh... Gituu... "how sweet" kan kiterang? Ahakkzz ahakkk..



Comments

  1. Wah...terharu juga tu disambut sedemikian rupa.

    Suami kakcik punh cakap benda yang sama 'jangan jadikan sambutan ulangtahun kelahiran itu satu beban hingga terpaksa diraikan walau tidak berkemampuan'... :)

    ReplyDelete
  2. sweet lah sgt. hahaha... teringin pulak nak sambut birthday kat airport. kih3...

    ReplyDelete
  3. seriously jawapan si suami last sekali tu paling sweet =)
    happy belated birthday ye
    moga berterusan berbahagia bersama insan tercinta =)

    ReplyDelete
  4. hurmmm..ko sweet gak la kak..se sweet ikan sweet n sour tu *nnti share resepi ek..mnjejes air liur ku ini*.. tp bos abg ngoh lgi sweet..sib baik jantan kan..hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Sangat romantik..hhehehe, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat, dan semoga suaminya di panjang umurnya serta di murahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
  6. hahahahaha.

    sweet. harus tak payah bagi hadiah...

    ReplyDelete
  7. jawapan yang pasti membuatkan si isteri senyum sendiri hari-hari..

    ReplyDelete
  8. Bestnya dpt bos mcm tu. Curlass sambut birthday kat airport ☺

    ReplyDelete
  9. amboi beruntungnya suami u lyd.. terasa diri dihargai yer ! hehehe

    ReplyDelete
  10. Wah.....jawapan yg sweet...bertambahlah hadiah yg dia dpt nampaknya...hehe

    ReplyDelete
  11. 4 hari tak jumpa, kena plak ngan besday.. haishh hasilnya tunggu la 9 bulan akan datang hahaha :D

    P/s : kek buah tu memang sedap, saya adalah penggemarnya :)

    ReplyDelete
  12. Wahhh tu pun suwitt gak tu masak 'special' gitu :)

    Tp memang kenangan tu potong kek kat situ :D

    ReplyDelete
  13. haha..mmg sempoi..
    terbaik...

    untungla, celebrate kat KLIA lg..mesti ramai y memerhati.. persis artis fofular dah.. hehe

    suka cara lyd tu.. sebetulnya itulah sebaiknya..xperlu jdkan kewajipan..y penting ucapan tnda ingatan dah cukup..lya n husb pon gitu.. xsemestinya bila time birth or anniversary perlu makan special2 kat ledai or hadiah.. kalo ada rezeki lebih ok la.. kalo xde.. ckp la sekadar blanje apa y dia suka..

    ReplyDelete
  14. hehehe betul2 lain org lain cra nye takut mnjdi beban klu sokmo nk clbrte bzday

    ReplyDelete
  15. hahahah...sweettttt sangat tau...hadiah ikan kembung celup tepung lagi..:)

    ReplyDelete
  16. Kemain baik bos suami lyd, siap buat surprise kat airport. Mmg tak penah dibuat dek org.

    Kami pun Lyd, mmg dari dulu xde bg hadiah sbb xmo jadi acara wajib. Biasanya cuma wish dan makan kat restoran mahal skit. Kdg2 ada la buat surprise gak, bg hadiah.

    ReplyDelete
  17. potong kek kat atas jln tu . mesti ramai yg tgk ... utg dpt husband yg simple camtu . senang nak layan ...

    ReplyDelete
  18. Happy belated birthday MatYo! Eh, Eh, Mat Azghul ^__^ Auwwww...so suwit gitu macam letak 6 sudu besar gula dalam secawan air kopi kata-kata Mat Azghul bila ditanya hadiah apa dia dapat dari isterinya. Memang vely lomantik in his own way ler... padanlah hangpa sayang bangat kat MatYo yerk! Keh3x.

    Kelasik ler sambut birthday kat airport sambil mencangkung potong kek. Kalau dah tak makan apa-apa, bagi nasi putih dengan telur goreng pun Mat Azghul akan makan bertambahkan, Lyd. Tapi I rasakan your lovely asben tu rindu air tangan isterinya. Itu ler yang makan bertambah *__* Hahaha....

    ReplyDelete
  19. muda lagi bossnya.boss dh kawen ke belum?muahaha..seronok dpt kek sempoi sambut dekat KLIA lagi

    hahaha mmg sgt sweet bagi hadiah ikan kembung.hadiah kebahagiaan lagi..:)

    ReplyDelete
  20. rindu masakan isteri lettew.
    alhamdulillah :)

    happy belated besday buat papa lyd :)
    curlasss lah bos siap beli kek n sambut kat klia kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya