Sejahteralah ke atas kamu...
Aku memang dah lama tak tengok rancangan hiburan yang jenis menyanyi-nyanyi, anugerah industri hiburan, pertandingan realiti TV dan seumpamanya. Tak kira le AF ke, Kilauan Emas ke, termasuk Pencetus Ummah pun aku tak tengok. Pertama sebab aku tak berkenan dengan konsep pertandingan yang bersandarkan undian SMS. Kedua sebab otak aku macam dah tak boleh digest dengan genre muzik yang terkini. Lagu-lagu zaman sekarang dah jadi semacam jadam bagi telinga aku. Begitu juga dengan pertandingan Maharaja Lawak ke, Pilih Kasih ke, Mentor ke, and what not. Semua aku takleh nak register dalam otak aku. Lagipun tu semua doniawi. Lagho belaka. Hahah.
Tapi baru-baru ni, ada rancangan baru terbitan Astro yang bertajuk Gegar Vaganza. Aku yang tak layan rancangan hiburan ni, eh, tetibe je boleh terpaku depan TV, siap marah hasbeng aku tukar channel time iklan sebab takut terlepas nak tengok Haleeda. Aku minat Haleeda ni sebab nama dia hampir nak sama dengan nama aku. Cuma H tu tukar je dengan S. Lagipun bagi aku, Haleeda ni cantik. Aku suka tengok muka dia walaupun sekarang dia dah segomut. Gomut pun tetap cantik lagi la Kak Haleeda. I heart you lah.
Dia adalah ex-wife Azman Adnan. |
Manusia biasa je aku ni. Sekuat-kuat iman aku tahan napsu untuk tidak menonton rancangan yang tak membantu dalam perkembangan otak, akhirnya tewas juga dengan Gegar Vaganza. Kuang hasam betul Astro ni. Hahaha. Nak juga dia suruh aku jadi penonton dia kan. Untuk yang tidak ambil tahu tentang Gegar Vaganza ni, biar aku explain sikit. Rancangan Gegar Vaganza ini adalah rancangan pertandingan nyanyian di antara penyanyi-penyanyi old timer yang dah lama menyepi daripada industri hiburan tanahair seperti Shima, Mamat Exist, Ayai Ilussi, Haleeda, Rahmat Mega dan beberapa lagi.
Selain Haleeda, aku suka juga dengan Syarifah Zarina dan Ayai serta Rahmat Mega. Tetiba plak jadi hamba seni sangat kan sebab cerita pasal dunia hiburan. Aku rasa kalau ada musim kedua Gegar Vaganza ni, aku harap boleh cuba masukkan Joey BPR, Francisca Peter, Amir Ukays, Fauziah Nawi Latiff, Azian Mazwan Sapuan dan Ruhil Amani. Budak-budak yang lahir tahun 90an mungkin tak kenal dengan namaa-nama yang aku sebut tu. Takpe dik, tak penting langsung pun nak hafal nama2 derang. Ni kalo hasben aku baca ni, mesti confirm aku kena menganjing ni. Hafal sangat le nama-nama artis ni. Ce tanya surah Al Kahfi ayat 1-10, hafal ke tidokkkk? *tekup muka dengan tudung*.
Bila aku tengok Haleeda dah 2 kali kena nyanyi lagu daripada Dewa 19, aku lagi la terasa yang aku ni banyak persamaan dengan Haleeda [selain nama hampir sama dan badan yang gomut]. Iaitu kami sesuai nyanyi lagu kumpulan Dewa 19.
Ni nak cerita sikit la kisah silam, zaman muda dan mentah ku lihat hijau dulu-dulu. Aku pernah la bergelumang dengan pusat karaoke [termasuk karaoke jamban pun pernah]. Dulu kalau pergi karaoke, lagu yang aku nyanyi hanya lagu-lagu daripada penyanyi lelaki. Paling suka nyanyi lagu Anuar Zain. Whoooo... bila resah, ingat saat indah.. bila rindu, kunyanyikan lagumu... *hulur microfon kat penonton, bajet macam tengah buat konsert*. Lagu lain of cos la lagu Dewa 19 dan lagu rock kapak. Heheh.. Lagu pompuan aku tak reti nyanyi sebab suara aku merdu sikit je daripada bunyi mesin shredder yang tengah potong kad kredit. So, lagu penyanyi pompuan memang aku tak 'sampai' nak tarik.
Memang la.. Pusat karaoke tu sebenarnya okey je. Ko pegi situ untuk menyanyi je, untuk feeling-feeling artis. Tapi tempat tu suram, cahaya malap, pastu tertutup, dengan sound muzik yang kuat berdentum-dentam, dan ada menghidangkan arak. Kalau aku pergi lagi pusat karaoke tu sekarang rasanya aku dah tak senang duduk dan jadi macam gajah masuk New York la. Tak sesuai dah untuk aku. Kisah dulu eloklah aku jadikan kenangan dan iktibar je. Eceh. Tapi ada je pusat karaoke keluarga yang elok je terang dan tak hidangkan arak. Kalo ada yang rasa gian nak menyanyi, lagi elok gi pusat karaoke keluarga, sekurang-kurangnya tidak la ko mengganggu jiran tetangga dengan suara puru korang tu bila ko berkaraoke kat umah sendiri.
Lya x.pnh layan lg stakat ni..
ReplyDeleteMmg jrg sgt tgk tv skarang..
Lya.suka tgk.haleeda.. sweet je muka dia.. dulu2 dia byk blakon drama kt tv2 rsanya..suka tgk lakonan dia dlu. Lgu dia pom best
Mmg tiap2 minggu tunggu abang Ayai nyanyi...yela...diakan bekas majikan koi...
ReplyDeleteDulu selalu makan semeja...pergi site satu kereta....cekonon bg support la...
kita suka mamat hehehe gegar vaganza pengecara nya bleh thn lawak gak!
ReplyDeleteSA suka ngan Shima...yang lain2 sokay la Ayaii leh layan lagi dan Mamat...bagi la dia peluang kan buktikan kemampuan dia...
ReplyDeletelayan..
ReplyDeletesuka rahmat, haleeda..
sabaq je la.. .
sy x pandai la nak karaoke
selalu teman cik abe je.
Rasanya ada k-box yg xde minum2 ni...
ReplyDeleteX tgk rancangan lagho nih. Haha... Dok layan kartun je, tke chanel pn nak tgk cite apa yg ada je. Huhu...
ReplyDeleteHihihihihi! Teringat zaman remaja dulu gak. Layan jugak karok ni weh! Skg tidak lagi. Gila ape nak bwk anak yg mcm koala bear tu? Asyik nak menempel. Bila masa nak feeling retis?
ReplyDeleteAku pun dulu tak lyn cite2 alah nyanyi ni tp Gegar Vaganza ni, mandrem dia lain mcm. Aku pun terlayan. Apakah?
Umah nan hado astronya.
ReplyDeletesaya tak follow sangat
ReplyDeletemaleh berebut dengan anak or big boss =)
layan juga gegar vaganza ni..pastu mentor..maharaja lawak lagilah tak boleh miss.tu dia lagha belaka.muahaha..
ReplyDeletetakdelah minat sgt dengan haleeda ni..tp syok gak dia nyanyi dekat gegar vaganza tu.hehe
I dah lama tak tengok semua rancangan ni. Dah kurang minat. Tak excited macam dulu-dulu. I tau I memang takda 'suara' merdu nak nyanyi-nyanyi bagai sebab itulah I tak pernah masuk pusat karaoke. Sekali je seingat I masa tahun pertama kot I bekerja di sini sebab year end party my dept Japs ni semua gian nak menyanyi. I dok dalam 10 minit je bila tengok bosses I dah menggelupur dek arak. I blah gitu je tak makan, tak minum dan tak nyanyi pun. Sakit telinga dengar mereka menjerit sambil nyanyi lagu Jepun yang sepatah haram pun I tak tahu!
ReplyDeleteEh, Haleeda ni ex wife sudah ye? Ingatkan masih lagi wife kepada Azman Adnan!