Skip to main content

Aku Paling Suka Musim Hujan

Sejahteralah ke atas kamu....

Semua pun sedar cuaca di Malaysia pada pertengahan tahun sangatlah panas dan berjerebu. Sangat tak selesa. Tidur malam pun panasnya lain macam. Siang hari pun nampak kelabu kerana jerebu. Penyakit pun banyak hinggap pada waktu cuaca panas. Aku rasa sangat terganggu.

Oleh sebab itu, musim hujan adalah waktu yang paling aku sukai dan tunggu-tunggu. Sebab hujan memberikan hawa yang sejuk, nyaman dan selesa. Walaupun pada musim hujan ni baju lambat kering sebab matahari bercuti tahunan, walaupun banyak aktiviti tertangguh kerana cuaca hujan. Aku tetap suka hujan. 

Namun...... Bila hujan yang sama, yang aku sukai dan tunggu-tunggu itu telah menyebabkan banjir besar di sebahagian negeri-negeri di Malaysia ini, aku dah jadi tak pasti wajarkah aku masih terus memuja hujan. Maafkan aku kerana sentiasa berdoa agar hujan turun. Maafkan aku kerana apabila banjir terjadi kerana hujan turun tidak berhenti-henti, aku hanya mampu melihat daripada jauh dan berdoa agar semua mangsa dipermudahkan. 

Doa kita sekarang agar hujan berhenti. Doa kita sekarang agar mentari muncul lagi. Allah Maha Mendengar. Allah jualah yang akan memakbulkan doa hamba-hambanya. Cuma aku sangat risaukan dugaan bagi tahun hadapan. Aku risau ujian dan bencana pada tahun depan mungkin lebih hebat lagi. Aku risau kalau-kalau hujan ini adalah hujan terakhir untuk kita dan kemarau pula yang akan mengambil alih peranan hujan selepas ini.

Kita semua perlu bersedia dengan bencana. Sekarang bukanlah waktunya lagi untuk kita merasa selesa dengan lokasi rumah kita dan menyangka kita takkan menerima bencana. Walaupun jika diikutkan teori geografi, Malaysia adalah yang paling selamat..... Tapi jika Allah ingin menguji, bencana tetap akan datang. Bersedialah kita. Aku ramalkan tahun 2015 akan kemarau. Namun, aku tetap berharap agar ramalanku salah belaka. Huhu....

Comments

  1. samalah Lyd, sayapun suka hujan..tapi dalam beberapa hari ni saya selalu berdoa agar hujan berhenti seketika dan matahari muncul lagi, dalam pada tu juga saya pun risau kalau2 kemarau muncul pulak.

    Saya doakan segala-galanya dipermudahkanNya dan pada mangsa banjir harap mereka semua tabah.

    ReplyDelete
  2. kite suka cuaca suam suam kuku...hihi....kalo ujan jenuh sikit la nak bergerak...=D

    ReplyDelete
  3. Saya suka dengan suasana mendung, gelap gelita. hehehe, sedap tidur time tu

    ReplyDelete
  4. Bila hujann berterusan ni, timbul rindu pada matahari. Sama² kita berdoa supaya banjir cepat surut dan hujan cepat reda.

    #PrayforPantaiTimur

    ReplyDelete
  5. aku pun doakan hujan berhenti.

    semoga mereka yang dilanda bencana selamat.

    ReplyDelete
  6. dengar ceramah tanyalah ustaz pagi2 tv9 tu..tajuk caramah Tentang Doa..ustaz cakap waktu hujanlah waktu doa paling mustajab..jadi berdoalah banyak2 ye..

    ReplyDelete
  7. Akk pulak nak kata suka hujan pun x tak suka pun tak. Tp klw hujan lg ssh hati bila time anak anak sklh. Nanti basah lencun kena hujan

    ReplyDelete
  8. Apa2 pun bersyukur alhamdulillah sbb Allah msh bg kita hujan dan pns kan lyd..

    ReplyDelete
  9. hujan mmg best..sejuk..tido malam tak payah pasang kipas..tp tulah bila diduga hebat macam ni..luluh hati tgok mangsa2 banjir semua..tak bley bayangkan macam mana depa survive tanpa makanan, air, letrik semua..semoga taun hadapan ada yg lebih baik..semoga ramalan lyd tak betul.huhu

    ReplyDelete
  10. Hujan....suram....muram
    Tp aku suka hujan...tp tak suka banjir2 ni....

    ReplyDelete
  11. Hari ini cuaca cerah di tempat saya. Dan langit tak menangis lagi....

    ReplyDelete
  12. saya pun suka ujan, entri harini pun pasal bestnya hujan. Tapi bila hujan menjadi banjir, ia sesuatu yg susah utk kita lalui. Insya Allah ada sinar selepas tiap2 kelam.

    ReplyDelete
  13. suka hujan juga
    sama sama lah kita berdoa

    ReplyDelete
  14. musibah dan juga ujian kpd kita semua.

    ReplyDelete
  15. betul tu lyd, ujian ALLAH nak berikan tu tak mengira

    ReplyDelete
  16. Bila hujan turun, rasa macam nak berlari keluar rumah dan bermandi hujan macam zaman kanak-kanak dulu-dulu. Ada nikmat yang tak terucap dengan kata-kata. Tapi.... takutlah pulak demam maklumlah sekarang badan dah semakin 'tua' :)

    Harapnya tahun ni takdalah bencana besar yang datang menduga kita lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...