Skip to main content

Cara Paling Mudah Dan Selamat Menyembuhkan Batuk, Percuma Pulak Tu.

Sejahteralah ke atas kamu....


Bila batuk, kita pasti akan rasa tension yang amat. Batuk ni menyakitkan dada dan tekak serta kadang-kadang otot perut pun boleh cramp sebab batuk yang bertubi-tubi. Dah la tu, bila batuk pulak bunyinya menakutkan orang-orang sekeliling. Dah gaya macam nak mati sangat dah cara batuk tu. Kanak-kanak yang terdengar kita batuk boleh menangis sepanjang maghrib sebab ingatkan jin tengah jerkah dia, padahal bunyi mak dia batuk. Lagi menambahkan stress bila dah macam-macam ubat dah kita telan. Ubat hospital dah berbotol-botol habis. Dengan botol-botol ubat skali telan pun tak baik jugak batuk. Beli ubat kat farmasi lagi macam-macam jenama. Kemam lozenges lagi.Semua tak mujarab.

Tak cukup dengan ubat moden, petua-petua lama pun semua dah cuba. Lemon, limau nipis, limau kasturi, limau bali, limau mandarin [eh limau mandarin hanya menambahkan batuk] segala jenis citrus dah try sampaikan lemon grass pun kita kunyah. Campur pulak dengan madu lebah. Sedangkan madu asli pun tak jalan, inikan pula madu tiruan. Ada pulak yang cadangkan suh campur gula batu. Kita cuba. Tak menjadi jugak. Ada yang suh campur jus lemon dengan kicap [part kicap ni aku tak pasti le apa related dia dgn ubat batuk], try jugak campur gula melaka. Semuanya macam membujur lalu, melintang pukang je kat tekak. Seminit lepas cuba semua petua-petua tu, tetap batuk macam ribut petir di satu dua tempat.

Setakat ini, cara aku mengubati batuk dengan cara yang paling mudah ialah... Dengan membaca ayat-ayat Ruqyah. Betul-betul mujarab. Dah la mujarab, selamat pulak tu, tanpa bahan-bahan dadah terlarang, tanpa bahan pengawet dan gula tambahan. Percuma lagi, tak perlu timbang kilo macam beli buah lemon, apatah lagi nak beli dalam botol macam madu. 

Bila sebut ayat-ayat Ruqyah, ramai yang dah saspen. Owohh.... Nak kena hafal pulak ayat yang susah-susah ni kang. Maklum je le ye... Awok dah le baca Quran pun tak berapa lancar, nak menghafal pulak tu lagi beku otak. Nak pergi ambil Al-Quran tu pun dah rasa berat sangat dah. Biasa la kan.. Manusia. Tapi kalau yang lancar baca Quran dan rajin pulak tu mengamalkannya, Alhamdulillah. Memang beruntung betul dia. 

Ayat Ruqyah yang aku baca, hanya surah Al Fatihah. iYerrrrrrrrrrrr..... Aku tak tipu. Sikit dok nawok. Surah Al Fatihah je aku baca untuk sembuhkan batuk aku. 

Aku ni kalau batuk, agak teruk bunyinya. Lagi teruk daripada bunyi motorbot antik yang tersangkut kat hutan paya bakau. Tak caya, cuba tanya hasben aku. Kalau aku batuk, hasben aku memang tak lena tidur. Tapi Luth semacam je lena. 

Cara-cara untuk bacakan ayat-ayat Ruqyah bagi mengubati batuk, 

Ketama :  Baca pada air. [Yang ini biasanya aku minta tolong suami aku yang buatkan air penawar.]

1.  Baca Surah Al Fatihah. Berapa kali yang kamu mampu. Asalkan dengan sepenuh hati dan ikhlas.
2.  Baca apa-apa sahaja Surah lazim yang kamu hafal sebanyak yang kamu mampu. Lagi kerap baca, lagi banyak tekak kamu bergetar dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran. Lagi banyak tekak bergetar, lagi cepat kamu akan sembuh.


Kedua : Baca Pada Tempat Sakit. [Yang ini, aku sendiri buat, sementara tak buat apa-apa menahan sakit batuk tu, aku baca je berulang-ulang kali.]

1.  Guna tapak tangan kanan, tekan pada tempat yang kamu rasa batuk kamu tu keluar. Kalau di dada, letak la tapak tangan pada dada. Kalau rasa gatal di tekak, tekankan 2 jari kanan pada tempat rasa gatal tu dan baca Al Fatihah berulang-ulang kali. 


Mana aku tahu cara ini mujarab? Sebab aku sendiri dah selalu sangat dah cuba. Bukan untuk batuk je. Kalau Luth demam pun, aku gunakan teknik yang sama. Baca ayat-ayat Al Quran. Tak kira ayat apa sekalipun. Pasti ada kaifiatnya. 

Kadang-kadang kita sendiri tak perasan yang kita batuk tu pun sebab tekak kita dan lama tak melantunkan alunan ayat-ayat Allah. 

Tips yang berguna ini, aku dapati daripada buku Rasulullah is My Doctor. 

Tapi ada syarat-syaratnya untuk pastikan yang cara ini betul-betul dapat menyembuhkan batuk.

Pastikan, kita betul-betul yakin bahawa Allah yang menyembuhkan. Key point dia ialah YAKIN. Satu lagi kena KUSYUK. Waktu nak baca ayat-ayat ruqyah ni, tak payah nak ingat sangat la pasal yuran skolah anak ke, cemana nak turunkan berat badan ke, apa yang kita nak beli dengan duit bonus yang akan masuk ke akaun 30hbh ni ke. Jiwa betul2 kena fokus ye murid murid.


Point yang ke-2 tu cekap dan berpengalaman, jangan risau. Untuk diri kita sendiri, kita baca la. Ayat Al Quran adalah milik kita semua. InsyaAllah kalau kita sendiri yang mendoakan untuk diri kita, lebih baik. Tapi kalau nak mintak tolong ustaz untuk buatkan air penawar pun apa salahnya. Jangan mintak tolong ustaz tekan tempat sakit pulak. Karang ustaz tertekan kat tempat yang bukan-bukan pulak. Maklum  le, ustaz pun manusia. Hahahak.




Untuk sesiapa yang batuk, cubalah cara ni. Memang sangat mujarab dengan syarat, YAKIN dan PERCAYA. 

Semoga bermanfaat.



Comments

  1. trm ksh sudi share..sy ni kerap sgt kena batuk..smpi kejang² perut menahan..

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, Lyd. Paling mudah, percuma dan berkesan kalau kita yakin ya. Nak cuba jugalah nanti. Hafalkan aje ayat-ayat Al-Quran. Beli ubat pun kadang dah berjenis masih lagi penyakit tak mahu pergi!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian...

    Sesungguhnya Al Quran itu diturunkan sebagai rahmat kepada umat, cuma kita lalai untuk mengambil manfaat...

    ReplyDelete
  4. Mmg kena 100% yakin...mana boleh kurang yakin walaupun 99.99%...dah masuk bab pokok...

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bagus..kekadang kita kena berbalik pada yang asal..

    ReplyDelete
  6. saya tak tahu ayat rugyah juga boleh menyembuhkan batuk
    terima kasih untuk perkongsian ini ye lyd

    ReplyDelete
  7. Gud sharing Lyd. Al-fatihah adalah ibu segala surah sebab itu sekurang-kurangnya sebagai Muslim kita membacanya 17 kali sehari. Seeloknya ketika membaca kita memahami setiap patah perkataan yang kita baca, semoga ia akan mempercepatkan proses ketenangan dan kesembuhan...

    ReplyDelete
  8. Al Quran itu as syifa'
    Berubat lah dengan Al Quran..dan follow apa yang Rasul SAW ajarkan..dan betul, kena penuh keyakinan..

    ReplyDelete
  9. Mujarabnya surah tu kan, betul I sangat kagum tau... sebab yer la orang macam I ni... bukan hafal banyak2 doa kan, yang penting yakin.

    ReplyDelete
  10. as salam
    ye btul.. penawar segala penyakit
    iqra
    follow sini

    ReplyDelete
  11. Terima kasih bagi info ni. Nak try kat danial sbb batuk dah dekat 2 bulan.

    ReplyDelete
  12. sy mmg amalkan baca al-fatihah sedekahkan utk aiman afia, aruah mak pak setiap kali lepas solat....tp tak pernah lagi buat utk ubati penyakit.terima kasih llyd berkongsi..mudah je nak amalkan..nak dengan tidak je..yg penting yakin n kusyuk ye..take note!

    ReplyDelete
  13. Satu perkongsian yang menarik. Terima kasih atas info..

    ReplyDelete
  14. sangat bagus... pernah dgr ceramah gak..ustz ajar mcm nie la...

    ReplyDelete
  15. http://madey09.blogspot.com/ harap follow blog Etuza ya

    ReplyDelete
  16. tq for sharing lyd..
    satu lagi lya amalkan Ya Latif...

    ReplyDelete
  17. Thanks Lyd. Boleh panjangkan kat kawan². Nak cari jugak lah buku nih.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas oerkongsian ni hari tu batuk lama gila tak henti2 berminggu juga

    ReplyDelete
  19. Terima kasih perkongsian. Dah semjnggu aku batuk. Terkencing2 setiap masa pakai pad. Kejang perut dah..

    ReplyDelete
  20. Hanya kpd Mu ku sembah, & hanya kepadaMu aku mtk pertologn..insyaallah..yakinlah..alhamdulillah,Dia dh bg ubat kpd kita,tp kita masih lg lagho...ampunkanlah dosa2 kami kami ya Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...