Skip to main content

Taman Syurga Di Rumah

Sejahteralah ke atas kamu...

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi). sumber


Setiap Sabtu, my husband and I cuba beristiqomah untuk mengadakan tazkirah ringkas di rumah. Selalunya tak konsisten pun huhu. Hasben yang mengajar, aku dengar. Luth biasanya tidur [memang sengaja pilih waktu dia tengah tidur]. Sebab, kalau dia dah bangun, begini la gayanya.... Tak dapat nak fokus sangat pun.


Nak kata macam kuliah Subuh sangat pun tidak juga ni. Sekadar perkongsiang ilmu dan mengingatkan yang terlupa. Aku kongsikan sikit intipati kuliah Subuh ini dengan korang ye.

Untuk hidup di dunia yang serba mencabar ini, apa yang kita perlukan ialah kekuatan dalaman. Mencabar tu maksudnya daripada segi ancaman kerosakan akidah, kesempitan hidup dan jenayah. Cara untuk kuatkan dalaman bermula dari rumah. Rumah tu boleh dianggap sebagai rumah tempat tinggal, juga organisasi seperti pejabat. Maksudnya persekitaran di rumah dan pejabat tu perlulah baik.
Adab Untuk Masuk ke Rumah - Perlulah beretika Surah 24, ayat 27 ;
27. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.
 
Manakala jika kita ni sebagai tuan rumah pula dan ada orang yang memanggil dari luar, kita pun kena la sentiasa bersedia dan bersabar walaupun kita tengah tak selesa menerima tetamu. Sebab orang yang memanggil tu [tetamu] bukannya tahu pun apa yang kita buat dalam rumah. Surah Al Hujuraat, Ayat 4 dan 5.

4. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar(mu) kebanyakan mereka tidak mengerti.
5. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


 Sambil bagi kuliah, sambil si kenit nak perhatian. Sabor je lah.

  
Ikan apa tu papa? Lain macam je nampak. heheh. Blackboard sticker yang ni aku letak untuk Luth conteng. Tapi selalunya aku je yang lukih dan main Win Lose or Draw dengan dia. [Aku lukis, aku suru dia teka apa dia]. Setakat ni dia boleh la teka kalo aku lukih miaw-miaw, gajah, fish, wawer [flower], titak[cicak], teta [kereta], ball, etc.













Comments

  1. terbaik! mmg dalam sebuah keluarga patut ada kuliah ringkas gini. Tanggungjawab suami utk beri ilmu pada anak isteri. Paling best, mengeratkan hubungan. Sikit pun jadiklah.

    ReplyDelete
  2. bagus...bagus Lyd.... Susah tau nak cari pasangan muda yg macam ni....tahniah yer....
    Luth pun nak belajar tu

    ReplyDelete
  3. bgusnya ek buat tazkirah mcm ni...bleh menambahkan ilmu

    ReplyDelete
  4. Dinding rumah ada dah berconteng dek dak Luth atau blom atau tak?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah . selayaknya suami memimpin isterinya ... bagus klu luth dgr sama ...

    ReplyDelete
  6. bagusnya! tahniah korang suami isteri (thumbs up)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillaj..
    bagus praktik macam ni dalam keluarga..

    Sama2 ke arah jalan diredhai

    ReplyDelete
  8. walau tak itiqomah ada juga usaha nak buat usrah.Alhamdulillah..apa salahnya si luth mengacau,baby ni nmpk je macam tak tau apa2,entah2 apa yg bapaknya ajar tu masuk simpan dlm otak..besar nti Insyaallah jadi anak soleh.hehe

    ReplyDelete
  9. Dah bagus ni Lyd walaupun tak jadi rutin. Kalau di rumah I, takdalah kita pilih masa yang sesuai. Asal ada waktu senggang je tentu HD akan bagi 'kuliah'. Dengar ajelah kami tiga beranak ni. Yang kecil tu of course tak tahu apa tapi both my sons cepat tangkap kalau bapaknya yang beri kuliah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...