Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Menakutkan. Phewww... Tarik Nafas Dalam-dalam

Sejahteralah ke atas kamu... Senarai Pertama Wali Waqi Dah keja Uwais Tirah Aisyah Yon Pon dah keja Ummar Ammar Tak balik raya Fadilah Marwan Syu Maisarah Arief Airie Hajar Ainuddin Azim Sarah Amaluddin Ilman Yana Ili Ilham Afham Azfar Hana Jah Azril Syifa Aaina Razin Senarai Kedua Apip Ayiq Darwish Semua sekali 31 orang untuk diberi duit raya. Arghh... Pengsan maksu. Nasib le kalo dpt 2 hinggit je. Nnt sape complaint, aku nak ckp macam ni... "you take it or leave it". Hahaha... bagi kata 2 je. *Nasib baik tahun ni punya sampul raya EsEsEm lebih cantik daripada sampul '1 Malaysia' yang ada iklan pasal Piagam Pelanggan untuk Penubuhan Syarikat. Nak guna pun malu. Last-last buat kertas bakar utk permulaan rebus ketupat kat dapur kayu.

Selamat Haghi Ghayer

Sejahteralah ke atas kamu... Esok dah nak raya... Korang dah sedia ke nak beraya ni? Dah sedia nak tinggalkan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ni? Dah balik kampung ke? Saya dah berada di kampung ni... Nyaman je rasanya dapat beraya di kampung. Bahang panas di siang hari yang di kelilingi pokok-pokok sangat berbeza dgn bahang panas dikelilingi bangunan. Sempena 1 Syawal ini... Saya ingin mengucapkan ; *tak lawa pun, tapi... Adha Ku Kayshah?

Nilai Blog Saya...

Huhuhu... Murah... Tapi takpe la.. Abih nak expect mcmn lagi kan? Takkan nak harap nilai dia sama banyak mcm google kan? Kekekeke.

Psycho Test

Sejahteralah ke atas kamu yang tidak psycho... Hi Read this question, come up with an answer and then scroll down to the bottom for the result. This is not a trick question. It is as it reads. No one I know has gotten it right, including me . A woman , while at the funeral of her own mother, meets a guy whom she did not know. She thought this guy was simply ' amazing' , very much of her dream guy, she believed him to be just that! She fell in love with him right there, but never asked for his number and could not find him. ........A few days later she killed her FIRST sister. Question: What is her motive in killing her sister?(Give this some thought before you answer). SCROLL DOWN ............. : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : . : : : : : : : : Answer: She was hoping that the guy would appear at the funeral again. If you answered this correctly...

Date Dhibs

Sejahteralah ke atas kamu... Dtg ofis pagi tadi, tengok-tengok ada botol ini di atas meja. Apa ke jad plak dah ni? OrgKgBaru kata itu lah bahagian untuk saya daripada hamper yang bos saya dapat semalam. [Semalam saya cuti, kengkonon buat kuih raya. Kuheh....kuheh...]. Dhibs? Apa benda tu? Search maksud perkataan tu kat Google, takde plak. Kalau 'dib' tu ada la. Pastu google punye google punye google, jumpa la web bertuah ni . Kat situ dia kata makhluk seram di dalam botol/jar ini adalah... untuk dibuat minuman. Lebih kurang mcm jus kurma la. Ooooooooohh.... Begitu kesahnya ye... Mana le kawan tau. Tapi takpe.. Walaupun pelik... saya suka dapat benda-benda pelik tapi boleh digunakan ni. Heheheh... Ok la korang, saya nak berangan minum jus kurma jap utk berbuka nanti.....

Orang Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu... "Orang lelaki ni suka minum air. Kalau kamu jadi isteri, kamu perlu selalu bertanya kepada suami, "Nak minum tak?". Lelaki suka dilayan begitu.". Pesanan itu saya dengar semasa saya masih belajar di kolej. Lecturer saya yang pesan. *lecturer itu adalah lelaki dan beliau adalah seorang ustaz. Saya tetap ingat pesanan itu walaupun bila dah kawen, tak plak selalu praktikkan. Daripada pemerhatian saya yang baru je 2 bulan kawen ni..... Lelaki ni, dia nampak tak kisah kalau kita tak masak untuk dia, tak buat air untuk dia, atau tak layan keperluan perut dia, tapi dalam hati dia sebenarnya saya rasa dia kisah. Mungkin dia tak pernah merungut, atau tak pernah mengaku kalau kita tanya, "Awak marah ke kalau saya tak masak?". Mesti dia akan kata, "Tak marah la. Saya tak kisah pun kalau awak tak masak. Asalkan ada awak dalam hidup saya.". Mungkin dia memang tak marah pun, tapi kalau kamu offer diri untuk buat semua tu untu...

Blog Yang Suka Dilawati/Mudah DiFollow

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Warning : Entry ini bukanlah berdasarkan statistik atau fakta, tetapi hanya pendapat personal saya sebagai pembaca blog. Blog ada banyak kategori. Ada yang ilmiah. Yang keagamaan. Yang merepek tah hapa-hapa. Yang kongsi fakta ceduk daripada blog lain. Yang cerita tentang personal, tentang anak, tentang suami, tentang jiwa kacau. Yang kongsi resepi memasak. Pastu ada macam-macam kategori lagi la. Nak senaraikan pun malas. Saya sebagai follower blog orang, saya suka follow blog yang; Baru nak mula berjinak-jinak dengan blog seperti saya. Follower dia pun ada bawah daripada 100. Kononnya supaya senang dia nak notice yang saya ni jadi follower dia. So, nnt dia bleh la follow saya balik kan. Tapi biasanya kalau yg dah lama saya komen-komen blog dia tp dia tak follow balik, saya terus stop follow la. Hehehe.. tak ikhlas sungguh kan? Tapi ye la.. biasanya blog dia pun bukan hebat sgt, tapi dia dah bajet diva. Kalo Fatin Liyana yan...

Sunnah Rasulullah Yang Sudah Tak DiPraktik

Sejahteralah ke atas kamu... Kita tahu, bahawa Nabi Muhammad adalah orang pertama yang memberi salam jika baginda bertemu dengan sesiapa pun, walaupun orang yang tidak baginda kenali. Baginda mengajar kita supaya memberi salam. *Beri salam itu sunat. Dan jawab salam pula wajib. Tapi kan... kalau zaman sekarang ni.... Katakan ada seseorang yg bila dia jumpa orang je, dia beri salam walaupun orang yg dia tak kenal. Apa tanggapan kita pada orang tu? Jujurnya, saya anggap dia 'sumthing wrong somewhere' tapi dalam mode yang masih berbaik sangka - mungkin dia memang peramah. Sedangkan apa yang dia buat itu adalah betul dan sedar tak bahawa cara kita ni yang salah dan semakin menyimpang dari sunnah Rasul. Pedih tak hati bila kamu sendiri mengakui fakta ini benar. Pastu, kita plak hanya akan beri salam pada orang yang kita kenal je. Oppss... Chup! Beri salam ke? Rasanya beri salam pun tidak kan? Setakat senyum je tanpa bertegur sapa. Tu pun kadang--kadang sengaja buat-buat tak...

Kedai Rakyat 1Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kedai Rakyat 1Malaysia setakat ini baru ada 2. Alamatnya ialah; 1. * Stesen LRT Kelana Jaya KJ14 Damansara - Puchong Highway 47300 Petaling Jaya Kelana Jaya * Tel : Not available at this time [belum dpt untung lagi. Tak mampu nak beli telepon] * Fax : Not available at this time * Open daily, 7am - 11pm 2. * Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak,Jalan 26/107A,Taman Mulia,Bandar Tun Razak,50000,Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur * Tel : Not available at this time * Fax : Not available at this time * 7am-11pm Siapa nak pergi boleh pergi. Saya teringin jugak nak tengok. Untuk makluman, kedai rakyat 1Malaysia ini dikontrak kan kepada Mydin Sdn. Bhd. So, boleh agak la harga dia murah macam Mydin kan. Kalau tak silap lebih murah daripada Mydin. Akan datang nak buka 1 lagi di Pantai Dalam. Pastu 4 lagi kat Melaka. Sekian saje info untuk kali ini. Barang-bar...

Buffet Romdhan

Sejahteralah ke atas kamu... Saya tak biasa sangat berbuka puasa di tempat-tempat yang hebat atau yang mahal-mahal. Biasanya makan kat umah je. Dulu masa bujang, on the way balik umah dari ofis saya singgah beli sebungkus nasi dan kuih 3 pieces, dah. Makan le ko kat rumah sensorang. Bila dah kawen pun still berbuka puasa kat umah, cuma skrg kena la masak. Kalo nak beli, banyak mana nak beli ye tak? Karang suami saya nak ulang makan. Pastu utk sahur sekali. Bengkrap tokey tudung. Semalam saya berbuka di Hilton KL. Hilton KL ni kira boleh tahan jugak la hebatnya makanan dia. Tapi tempat dia sangat crowded. Sempit giler. Kalu nak bergerak dari satu lubuk makanan ke lubuk makanan yg lain, kena tunggu turn, hanya untuk lalu kat laluan tu. Belum part nak amik makan lagi. Bagi saya, taraf HEBAT bagi sesuatu tempat makan yang menyediakan buffet Ramadhan saya tentukan dengan beberapa kriteria iaitu jika buffet itu menyediakan; Segala jenis seafood termasuk oyster[walaupun aku bleh...

IQ Ko Tinggi Ke?

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini... Nak test IQ kamu tinggi atau IQ Zero? Cuba la kamu buat ujian di link yang saya bagi kat bawah ni. Result saya hanya 118 daripada markah penuh 140. Soalan IQ ni ada 39 untuk dijawab dalam masa 40 minit. Kira ok la kalo 1 soklan kamu ada masa 1 minit lebih utk jawab. IQ TEST Ni contoh result IQ Test saya. Result kamu nnt share le dgn saya. Link itu saya kelepet daripada blog Nina Syarfa

Sedapnya Kalau Dapat.....

......makan megi kari. Dah lama tak makan megi. Sejahteralah ke atas kamu. Bila dah buat biskut raya tak menjadi ni, makin bersemangat plak saya rasa nak cuba lagi sampai menjadi. Tapi masalahnya bila dah tak jadi buat jenis pertama, saya tanak try buat biskut yang sama lagi. Nak try biskut lain plak. Beragas*. Hahahah... [*Beragas itu hanya orang-orang Kuantan seperti kakak Chomel je yg paham]. Hari ni nak try buat kuih-kuih senang je seperti Cornflakes Meringue [perghhh... nama dia very kebaratan.], nak try juga buat biskut carik nahas iaitu samprit [walaupun nampak senang, tapi kalo sampai ke tangan saya, saya amat yakin ianya amat la susah], nak try buat German Cookies [lagi sekali saya mengagung-agungkan barat.. ish..apa nak jadi ni], dan yg paling tempting untuk dicuba dan dimakan begitu sahaja sambil bermain Angry Birds ialah.... Chocolate Chips Cookies. Harap-harap le menjadi. Saya dah study petua-petua buat biskut ni daripada blog CheMatGebu , beliau kata.. "kal...

Memang Sah!!

Semalam adalah satu-satunya hari yg ada untuk saya spend time sepenuhnya dengan keluarga. Eceh, gaya le macam keluarga besar sgt. Padahal ada saya dan suami je. MUehehe.. Konon-konon nak berjimat pastu nak buat biskut raya sendiri menggunakan kudrat dan kedua-dua jari jemari runcing - ouchhh... jari aku tak runcing ku yg kontot ini... Pastu beriya la ni keluar pegi beli barang-barang yg berkenaan. Tapi sebelum tu, pergi IOI Mall Puchong untuk beli iron board cover. Tapi iron board cover ntah ke mana, last skali saya hanya beli seaweed dan washing machine cover. Melampau. Langsung takde kena-mengena. Then pegi Jalan Othman utk cari kedai hardware, nak beli lampu kalimantang. Sebab yg kat umah punya dah rosak. Sambil-sambil tu, sempat jgk pegi hantar kasut saya untuk repair tapak kat carpenter cobbler. Lagi sekali takde kena-mengena dengan kuih raya. I'm sorryyyy [sambil buat muka, suara dan tangan macam Amir Rajalawak yg tak berapa lawak tu]. Kemudian, pegi kat Pantai Dalam...

Hukum Bercinta Dengan Lelaki Yang Sudah Berkahwin?

Sejahteralah la ke atas kamu... Hukum bercinta dengan lelaki yang beristeri adalah WAJIB, jika isteri kepada lelaki tersebut adalah kamu. Heheh. Sorry. Sarkastik. Persoalan ini 90% saya cedok menggunakan senduk daripada Fikratul Ummah Soalan : Assalamualaikum. Saya ingin menceritakan tentang hubungan saya dengan seorang lelaki. Sekarang saya bercinta dengan seorang lelaki yang sudah beristeri. Dia baru mengatakan bahawa dia sudah beristeri setelah kami bercinta selama sebulan. Dia menjelaskan alasannya, iaitu kerana dia tidak bahagia dalam perkahwinannya. Saya pula terlalu sayangkan dia. Saya memang seorang yang mudah sayangkan orang. Saya juga pernah memintanya untuk meninggalkan saya setelah mengetahui dia sudah beristeri. Tapi dia tidak mahu meninggalkan saya sampai menangis-nangis. Sekarang saya keliru dengan situasi saya ini, harap dapat membantu saya. Jawapan asal yang telah dirumuskan oleh LydSunshine : Bercinta sebelum kahwin itu HARAM dan berkahwin deng...

Rukuk?

Kertas ni saya jumpa depan pintu umah saya. Tak tau saper punya. Yang pasti, tuan punya kertas ni mestilah seorang yang berusaha utk hafal bacaan-bacaan dalam solat.

Pilih Kasih

Sejahteralah ke atas kamu... Cuba tengok gambar ni.... Nampak yang halus-halus warna putih hijau tu. Macam rambut uban kena highlite kaler hijau. Masa nak amik sayur rambut uban ni, saya tanya pekerja restaurant tu, "apa ke bende ni?". Then beliau jawab "Ini adalah taugeh". Togeh ke kurus cenggitu? Beliau menyambung lagi... Taugeh ni import punyer. *tak tanya plak dari negara mana. Fuhh... kalo import, kenala saya try. Tak boleh dibiarkan ni. Kalau tidak, sia-sia je datang jauh-jauh untuk berbuka puasa.*Jauh la sungguh. Saya ni tak gemar togeh sebenarnya. Kalau setakat taugeh kacang hijau tu, tak pandang punya. Hahahah berlagak nak mampus. Tapi bila dengar je togeh tu 'imported', tetiba je terus jadi gemar. Melampau tak? Orang lain mungkin dah biasa jumpa dengan togeh ni, tapi saya baru je first time jumpa. Maklumle.. Kat Sungai Lembing takde togeh ni. Saya google tadi, nama togeh ni ialah Alfalfa Sprout. Maksudnya, togeh alfalfa. Biasanya to...

Amboi, Bukan Main Seronok Nak Raya Kan?

Sejahteralah ke atas kamu... Isnin lepas, Waki sms saya. Tanya saya dapat tak separuh gaji yg kerajaan beri untuk raya ni. Memang confirm jawapannya ialah 'tidok'. Pastu Waki kata nak share dengan saya duit gaji yang beliau dapat. Saya ok je. Sape je yang giler sangat tanak duit kan? Then Waki transfer ke akaun saya. Walaupun amaunnya tidaklah sebesar mana, tapi saya sangat suka dan bersyukur. Sebab ada rezeki Allah berikan kepada saya. Juga rasa terharu bila Waki ingat pada saya. Wooo.wwoooo...wooo... Nanges~! Saya ni je la yang selalu tak ingatkan Waki. Haihh... Membazir je dapat kawan macam saya ni. Kita ni kan.. bila dapat duit, mula la macam-macam plan yang timbul di kepala otak, "Apa la aku nak buat dengan duit juta-juta yang aku dapat ni?". Saya pun sama la. Terfikir macamana saya nak manfaatkan pemberian BFF saya tu. Nak bayar duit tempahan baju raya ke? Nak beli barang-barang untuk buat biskut raya ke? Nak bayar broadband ke? Atau nak buat belanja ba...

Seorang Guru Agama Dituduh Meliwat!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Gempak betul tajuk entry. Tapi sorry, entry ni bukan nak cerita detail tentang guru agama yang buat jahat ni, tapi cuma nak complaint skit pasal cara berita-berita begitu dikeluarkan sama ada di TV atau surat kaba. Ok, mula-mula saya nak tanya. Apa perasaan kamu bila kamu dengar atau baca tajuk berita macam tu? Guru agama? Meliwat? Eeuuww... Kejinyer... ? Dah la guru agama. Dia mengajar agama, tapi dia buat jahat. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni....??? Mesti sedikit sebanyak macam tu yang kita akan fikir betul tak? Eh, ke saya sorang je rasa macam tu? Alamak.. Malu plak rasanya. Walau apa pun yang kamu terfikir, saya pasti persepsi kamu terhadap berita itu pastinya negatif. Saya pun tak paham, apa motif media utk keluarkan tajuk berita macam tu. Contohnya kalau Bulaton Otomo kat TV30, laporkan berita itu. Nada pembaca berita semasa membaca tajuk berita tu plak kerek gila. Sedangkan kita yang Islam ni pun akan terasa ...

Wanita, Perempuan Solehah Itu Bagaimana?

Sejahteralah ke atas kamu... [Saper tak baca ni maksudnya dia sombong + berlagak.. Hahahaha] Untuk artikel penuh, sila rojokkk ke web Raudhotul Jannah . Saya kelepet ayat ini daripada situ... Seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya. Perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipa...

Pengalaman Semasa Ramadhan Yang Cuba Dilupakan Tapi Tak Boleh

Sejahteralah ke atas kamu... Tajuk entry pun dah panjang bersepai. Inikan pula isi kandungan entrynyaaa... Saya ada satu cerita nak kongsi dengan kamu, my blog reader... Satu hari di bulan Ramadhan pada tahun 2009, saya ikut kawan-kawan ofis berbuka di Hotel ShangRi-La Kuala Lumpur. [Macam bagus je bunyinya ye. Konon-konon kaya la benor. Padahal bukan aku bayar pun. Vendor yang belanja. Aku tumpang je la. Nak tunggu aku sendiri yang 'tergerak hati' untuk pegi berbuka pose kat Shangri-La bayar sendiri, sampai matahari meletup pecah 18 pun belum tentu aku pegi. Huhu... Mehei bai.] Saya ni sebenarnya kurang berbakat dalam bab-bab makan buffet. Sebab saya tak kuat makan *dulu la, skrg cuba bawak aku pegi buffet, tgk berapa timbun aku makan..*. Waktu tu, kalo pegi makan buffet, saya terjah Abg Nas rambut ketak dessert je. Dessert itu adalah pencuci mulut bagi yang tak pasti. [Nak basuh mulut, basuh le guna air dan sabun woi... Ada plak nak guna makanan. Tu melantak naman...

Isu Melayu Murtad, Hina Islam

Sejahteralah ke atas kamu... Saya tidak mahu memasukkan sebarang gambar atau imej tentang apa yang mereka tulis. Kalau kamu nak tahu, sila rujuk di SINI . Itu satu contoh je. Sebenarnya banyak lagi yang macam ni seperti Salleh Gregor, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan lain-lain. Tapi tak perlu la saya promote blog mereka. Nanti tak memasal saya jadi 'pendakwah' mereka secara tidak langsung. Pendapat saya, orang-orang yang begini adalah orang-orang yang jiwa mereka sakit, tetapi mereka tidak sedar. Mereka memaki Allah, mereka ingat mereka dapat apa? Allah Yang Maha Agung, sedikit pun tidak terjejas. Surah An-Nisa, Ayat 170 yang bermaksud; "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) karena sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah[382]. Dan ada...

Wordless Thursday

En Stormpong bagi. Haha. Hahaha.. Suka nak melawan. Orang buat wordless wednesday, saya buat Thursday tak berdosa kan? Kan? [Tapi ini dah bukan namanya Wordless. Sebab dah ada taip juga walaupun pendek je. ]

Cerita Bulan Puasa

Sejahteralah ke atas kamu.. Hari ini 11 Ogos 2011, bermakna sudah 11 hari umat Islam berpuasa [kecuali bagi perhiasan dunia yang uzur syar'i]. Bagus juga tahun ini 1 Ramadhan jatuh betul-betul pada 1 Ogos. Senang nak kira berapa hari kita puasa, tak gitu? *pastu ramai-ramai jawab, "gitu-gitu-gitu". Setiap orang yang berpuasa, mesti ada makanan feveret masing-masing bila tiba bulan Ramadhan ye tak? Makanan feveret saya time bulan puasa ialah, tak ada. Huhu. Tahun ni, saya hanya pegi sekali je kat pasar ramadhan. Beli kuih-muih je. Pastu selainnya masak sendiri kat rumah, ala kadar. Bukan apa, saya ni bahaya sikit. Ada penyakit. Penyakit takleh-tengok-saje-mesti-nak-beli-pastu-tak-habis-then-buang. BFF syaiton sungguh sikap sebegitu. So, sebab tu saya tak suka pegi pasar ramadhan selain dari sebab sesak dan ramai orang. Apa saya nak citer ni sebenarnya? Erm... takde idea la. Pekata kalau saya tanya soalan, then saya jawab je sendiri. Ehehehe... 1. Ramadhan y...

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2

Santai Bersama Ben Ashaari : Segmen : Kenali Blogku #2 <-- Click wei, click! Jangan tak click. Dulu saya tulis blog sebab jiwa kacau. Nak luahkan kat orang, semua orang dah pengsan nak dengar cerita jiwa kacau saya tu. Jadi, buat le blog. Pastu lama-lama, semua benda rasa mcm nak cerita kat blog. Termasuk pasal jiran maki anak dia, pasal kereta kena blocked kat parking, pasal absorber keta tukar baru, pasal hari raya panjat bukit Panorama dan macam-macam la. Kadang-kadang ada juga berkongsi pasal hal-hal keagamaan Islam yang saya rasa menyentuh hati, jadi nak juga hati pembaca blog saya ni tersentuh. Ok.. Saya merepek melarat. Enaf Lyd! Enaf! Lain kali sambung. Segmen Ben Ashaari ni saya jumpa dari blog KamiJiwaSeni . Sejak awal berblog saya dah biasa dengar nama Ben Ashaari ni. Pernah juga jenguk blog dia. Tapi tak jadi follower. Konon-konon egoistic. Blah la diri aku sendiri!! Tapi now saya dah terjebak juga utk join segmen beliau ni. So tempting la. What to do kan?...

Meminati Dan Diminati

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Orang kata wanita lebih ramai daripada lelaki kat Malaysia ni. Kalau betul, kenapa ramai wanita yang masih belum ada pasangan hidup? Nak kata wanita terlalu memilih, tidak juga [tak memilih bukan bermaksud terima je ntah sape-sape termasuk penagih dadah atau lelaki tak guna yg jahat, tapi masih terima walaupun lelaki tu biasa-biasa je.]. Mengikut statistik Jumlah Penduduk Malaysia yang dikeluarkan pada Disember 2010, jumlah kaum lelaki melebihi kaum wanita dengan nisbah 105:100. Nampak macam elok dah tu kan. Sorang lelaki cukup le untuk sorang wanita. Tapi statistik ni tak plak bitau nisbah umur lelaki dengan wanita ni macamana. Kot-kot lelaki tu lebih ramai lelaki tua yang dah veteren dan juga kanak-kanak. Tak tau la kan. Betul ke lelaki ramai? Atau sikit? Cuba kita tengok di persekitaran kita, setiap wanita walaupun dia tak berapa lawa kalau nak dibandingkan dengan Maya Karin, tetap juga ada peminat [lelaki]. Manakala pom...

Lambatnya Malam...

Sejahteralah ke atas kamu.. Tak sabar nak balik rumah. Nak tunggu malam. Nak masak cepat-cepat. Biar malam tu bleh terus berehat sambil tengok Ana Lu'lu. Dah 2 minggu terlepas tengok ni. Aish... Opss... Bulan Ramadhan ni bukan ke aku sepatutnya beribadah dengan lebih pesat lagi ke daripada tengok Ana Lulu? Errrr.... Gagap...

Diantara Menipu Dan Tidak Berterus-terang

Sejahteralah ke atas kamu... Ada bezanya antara MENIPU dan TIDAK BERTERUS TERANG. Kan bagus kalau manusia ni mcm Pinocchio... Asal menipu je, hidung jadi panjang. Pastu kalo dah banyak sangat menipu then hidung dah jadi panjang giler, bleh la guna hidung je kalau nak kait buah rambutan. Takyoh susah-susah cari galah. Menipu itu berdosa. Bermaksud, kita buat-buat cerita. Tak kira la buat cerita sebab nak bagi cerita tu sedap, atau kita nak menyelamatkan diri sendiri yang dah bersalah kot. Yang pasti, menipu tetap menipu. Sama ada lie or white lie. Saya memang tak berapa gemor dengan orang yang menipu ni. Orang yang suka menipu ni biasanya dia penakut. Dan tak jujur. Kadang-kadang memang niat tu baik, nak cover line, supaya tak memburukkan keadaan. Tapi bak kata pepatah, "Berkata benarlah walaupun pahit". Contohnya kalau kita nak kuar dating, tapi kita tau mak kita akan marah kalau kita keluar dengan lelaki. So, nak selamatkan diri, kita kata kat mak... Nak kuar ...

Jika Ingin Bersedekah, Sedekahkan Apa Yang Kita Sayang

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya hanya memanjangkan pesan dan nasihat orang kepada saya. Seorang ustaz pernah berkata, jika kita ingin bersedekah, bersedekahlah dengan apa yang kita paling sayang atau suka, bukannya sesuatu yang kita sendiri dah tak mau. Contoh yang ustaz berikan, seperti peniaga-peniaga bazar Ramadhan...... Bila juadah yang mereka jual sudah tak laku, mereka akan humban semua makanan tu ke masjid atau surau seolah-olah masjid itu majlis perbandaran'Bahagiann Logistik'. Kalau nak bersedekah, lebih afdal sekiranya mereka ketepikan dahulu satu bahagian untuk masjid sebelum memulakan perniagaan, kemudian selebihnya buat berniaga. Ada berani? Kita pun selalunya mempelawa kawan-kawan dengan makanan yang kita sendiri dah tak habis makan atau sesuatu yang kita memang tak suka makan, ye dok? Contohnya kita beli karipap di waktu pagi 3 ketul. Sampai ke petang, kita hanya habiskan 2 biji saje. So, tinggal sebijik je lagi. Waktu tu baru kita nak pelawa kawan sebel...

Karipap - Syurga Itu Mahal Harganya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Rasanya sudah semua tahu bahawa 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia. Lama tu. Kita nak habiskan masa 14 jam utk tunggu waktu berbuka pun rasa macam dah lama gila, inikan pula 1000 tahun. Seorang ustaz pernah berkata, jika kita andaikan kita hidup 100 tahun sebelum ajal kita, jika dibandingkan dengan 1000 tahun itu, kita hanya ada 2.4 jam sahaja untuk beribadah. Itu pun jika lahir-lahir je kita ke dunia ni, terus kita beribadah tak tinggal dan tak buat benda lain. Tapi mustahil betul tak? Tak termasuk kita berseronok-seronok, pergi shopping complex membeli belah, lepak-lepak, dating-dating, berbual pasal menu berbuka dgn member yang dok meja sebelah serta macam-macam lagi la. Ok, tapi abaikanlah bahagian yang tak beribadah tu. Katakan 2.4 jam itu kita memang beribadah sahaja setiap masa. Hanya selama itu sahaja amal yang kita lakukan untuk masuk ke syurga Allah? Layakkah? Perumpamaannya seperti.... Kita buat kuih karipap satu bekas ...

Menurut Kata Ustaz Wan Akashah Lagi...

....bila kita membuat amal, tak perlu cerita kepada orang. Diam-diam je sudah. Jangan bagitau oghanggg*berbisik mcm iklan Yusup Taiyoob. Sejahteralah ke atas kamu... Puasa Sunat. Katakan kalau kita berpuasa sunat..... Tak perlu la kita buka ruang untuk orang lain tahu bahawa kita sedang berpuasa sunat. Contohnya, kalau dah tau tengah berpuasa sunat, tapi dok lepak kat cafeteria lagi. Sengaja nak tunjukkan kepada orang yang kita tak makan, biar orang lain boleh tanya, "Kenapa tak makan?", supaya senang la kita nak jawab dgn perasaan riak, "Saya berpuasa sunat.". Pergi Umrah. Mula-mula kita pergi umrah 2 minggu. Pastu bila kita balik tu takde orang pun tanya kita pegi mana. Patutnya kita terus diam-diam je. Tak perlu cakap kepada orang, "Perasan tak saya takde 2 minggu baru-baru ni? Nak tau saya pegi mana? Saya pegi umrah..."*dengan muka bangga. Dah.. tak perlu biar orang lain tahu. Kalau orang tak tanya, sudah. Nak riak buat apa. Solat Terawih. Sejak 2,3 h...

Saya Kuat Berangan

Sejahteralah ke atas kamu... Berikut adalah perkara-perkara yang saya MAHU dan TAK MAHU lakukan jika saya ada anak nanti. Salinan kepada : En Stormpong. MAHU : Beri nama anak dengan sepatah perkataan sahaja. Senang dia nak bawak nama dia nanti. Kalau boleh, nama sepatah tu pun biar ada 2 atau 3 suku kata je. Kadang-kadang rasa nak letak nama dia bermula hurup A. Biar masa peksa nanti, nama dia mula-mula skali. Pastu kalo time ujian lisan, dia kena panggil dulu. Hahaha.. Acah je. Tak baik membuli anak sendiri. Contoh : Anabella. Fuh.. nama kebaratan. Owh.. takleh. Nama tu ada 4 suku kata. Nak amik gambar masa dia tengah buat aktiviti menarik@kelakar. Pastu nak letak dalam album koleksi aktiviti dia. Tapi saya rasa semua orang yang dah ada anak setuju bahawa bila dah ada anak, tak sempat ko nak amik gmbrnyer derrr. Lagipun nak amik gmbr anak-anak ni mencabar. Dia suka duduk tak diam. Then kadang-kadang masa dia tengah buat aktiviti dia, elok-elok je bila kita nak rakam, dia lari atau ter...

Semanis Kurma, Manisnya Kurma Ini

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ustaz Wan Akashah berkata, cara untuk bahagia ada 3, iaitu :- Jangan banyak merungut . - contoh kalo driving, traffic jammed, pastu mulut kita tak berenti menabur berpatah-patah perkataan yang lebih banyak 'asterisk' daripada huruf roman. Ustaz kata, tak baik. Let it go je. Walaupun mungkin org lain driving mcm 'haiwan yang suka melanggar batas', kita anggap je mereka sedang dalam kecemasan. Saya plak, kalau berada di situasi ada kereta cucuk angin kat belakang kereta saya, saya hanya anggap pemandu kereta itu tengah nak cepat sebab nak berak cirit pastu cirit tu dah keluar skit kat lubang dubur dia. Kot? Jangan suka menyalahkan orang lain - apabila menerima musibah atau kesusahan, jgn la cepat sangat melatah lepas itu terus je menuding jari hantu ke muka orang lain sambil berkata "f**k you!". Apa-apa hal pun kena terima, kena redha dan anggap la semuanya kerana ada kelemahan kita sendiri juga. Kalau kita suk...

Nasi Ayam Obses

Sejahteralah ke atas kamu... Ye. Memang saya obses dengan warna pink sampaikan nasi ayam pun nak warnakan pink. Tapi memang betul kata OrgKgBaru, nak masak nasi ayam ni senang je. Kekeke... Cantik bukan warna nasi ayam warna pink? Hehehe.. Bukan apa, pewarna pink ni dah kebetulan ada, tapi tak pernah pakai. Lagi satu ada pewarna biru. Tapi kang nampak macam nasik kerabu plak. Tapi takpe. Ingat petang ni nak masak nasik lemak, nak letak pewarna biru plak. Bior pengsan laki aku tengok. Hahah. Resepinya ada juga saya rujuk di web Ini . Dan kebanyakan teori-teorinya saya tanya OrgKgBaru dan juga Wani. Mekasih la yu ollss sebab mengajar akak sudip memasak nasi ayam. Koman spanar betul akak ni... Org lain dah lama belajar buat nasi arab, nasi parsi, nasi turki... akak baru belajar nak buat nasi ayam. Siannnn... Eh, tapi akak pandai buat nasi kucing apa.. hahaha.

Mimpi Yang Buat Sakit Hati Je

Sejahteralah ke atas kamu... Saya tengok citer Transformers : Dark Side of The Moon pada hari Ahad lepas. Jam 12.20am. Awal pagi. Tengok midnight, you. Siang Sabtu tu, dah berpenat iron baju bersama-sama En Stormpong sampai ke petang. Balik tu terus pegi MidValley, makan kat Sushi King. Nampak seiras la ... Cawan sushi king tu... Banyaknya lemak kat tangan aku. Ohoiii!!! ~Gmbr yg konon-konon seni tapi tak seni. Ok.. meleret banyak. Lepas makan sushi, kami balik umah dulu pastu jam 12mlm baru dtg balik ke MidValley. *Konon-konon balik umah untuk berehat atau senang cakap, nak tido sebelum tengok midnite movie... Supaya tak tertidur di kemudian waktu. Heheh.. Dipendekkan je la cerita ye [apsal aku terdengar ada orang berkata, "Alhamdulillah" di dalam hati? Hahaha.. Ada yang bersyukur sebab aku ringkaskan cerita kan??], bila dah masuk dalam panggung, dan bermula tengok betapa bestnya movie Transformers tu... Kami tengok 3D. Seriyes cool giler. Rasa mcm ni le movie 3D yang paling...