Skip to main content

Hukum Bercinta Dengan Lelaki Yang Sudah Berkahwin?

Sejahteralah la ke atas kamu...

Hukum bercinta dengan lelaki yang beristeri adalah WAJIB, jika isteri kepada lelaki tersebut adalah kamu. Heheh. Sorry. Sarkastik.

Persoalan ini 90% saya cedok menggunakan senduk daripada Fikratul Ummah

Soalan :

Assalamualaikum.

Saya ingin menceritakan tentang hubungan saya dengan seorang lelaki. Sekarang saya bercinta dengan seorang lelaki yang sudah beristeri. Dia baru mengatakan bahawa dia sudah beristeri setelah kami bercinta selama sebulan. Dia menjelaskan alasannya, iaitu kerana dia tidak bahagia dalam perkahwinannya. Saya pula terlalu sayangkan dia. Saya memang seorang yang mudah sayangkan orang. Saya juga pernah memintanya untuk meninggalkan saya setelah mengetahui dia sudah beristeri. Tapi dia tidak mahu meninggalkan saya sampai menangis-nangis. Sekarang saya keliru dengan situasi saya ini, harap dapat membantu saya.


Jawapan asal yang telah dirumuskan oleh LydSunshine : Bercinta sebelum kahwin itu HARAM dan berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri pula adalah HARUS.[maksudnya tak perlu bercinta-cinta]. Takyah le pepanjang huraiannya. Kalau nak tau nas-nas yang berkaitan, sila rujuk Fikratul Ummah

Jawapan Yang Lydsunshine sesaje nak jadi nasik tambah : Percaya le sangat kat lelaki tu. Nangis-nangis konon. Bukannya dia takleh berlakon. Ada jenis lelaki yg mmg susah nak kuar air mata, walaupun mak dia meninggal dunia. Tapi ada lelaki yg airmata dia murah cam pompuan. So, hati-hati. Pastu taktik 'rumahtangga tak bahagia' tu biasanya memang alasan je. Kadang-kadang mereka bahagia pun. Tapi saje nak test market, nak tengok ada lagi tak pompuan yang akan jatuh cinta pada dia selain isteri dia. Kadang-kadang ada juga lelaki yang memang spesis 'buruk lantak' dan 'tamak nak makan banyak'. Chittt! Porrah!!!!

Bagi saya, pompuan boleh mengelak daripada bercinta atau terjatuh cinta kepada lelaki yang sudah berumahtangga. Pertama, masa mula-mula berkawan je terus kena sahkan status dia bujang ke dah kawen. Kadang-kadang yang jadi 'tak tau plak dia dah kawen' tu sebab org pompuan sendiri tak tanya. Kalau dah tanya dan dia jawab belum kawen, tapi sebenarnya dah kawen, lagi le mudah keja pompuan. Tinggal je la terus sebab dah sah-sah dia kuat menipu. Kalau dia boleh curang terhadap isteri dia... Kamu boleh pasti ke dia takkan curang dgn kamu jika kamu dapat kawen dgn dia?

Lagi satu, senang je kot nak kenal dgn lelaki yang dah kawen ni... 1. Fizikal... lelaki dah kawen ni confident dia lain macam skit walaupun dia super tak hensem. So, gaya berjalan dia mcm penuh yakin je. Takde nak kalut-kalut.
2. Ayat... Lelaki dah kawen ni ayat dia lain macam jugak. Dia pandai pujuk. Pandai memanjakan. Maklum le.. Dah lama berlatih dengan isteri juga anak-anak. Hahaha...

Kalau terjadinya kes-kes bercinta dengan suami orang ke atau scandals apa-apa... saya memang takkan salahkan pompuan. Sebab yang salah memang lelaki. Pergh... Bias giler saya ni kan.. Tapi betul la... lelaki ni katanya pemimpin. Pompuan pulak insan yang lemah. Lelaki pun katanya ada 9 akal dan 1 nafsu. 9 hokey? Banyak tu kalau nak dibandingkan dengan pompuan yang ada 1 akal tapi 9 nafsu ni. Jadi, siapa yang lebih patut dipertanggungjawab kan? Hahahah.. Mesti la orang yang mempunyai akal 9 tu kan? Sebab mereka katanya lebih pandai daripada pompuan..Betul tak?

Saya bukannya anti poligami [walaupun kalo kena batang hidung sendiri, aku memang tak rela.. auwww.]. Kalau betul-betul ada keperluan nak kawen dengan suami orang, tak perlu bercinta le. Itu je maksud saya. Takperlu sampai terlanjur. Tak baik tau. Berdosa.










[*mesti kecik hati suami aku kalo baca ni... Kekeke.. Baby, relax... ni syg citer pasal org lain ni tau, bukan pasal baby.]

Comments

  1. best! sape2 yang baca yang mmg perangai dia camtu,mmg kena tepat setepek kat atas batang hidung sendiri ye..bukan datang burung hitam patuk batang hidung yee..kekekeh

    ReplyDelete
  2. assalam..
    hye there. bagus juga apa pendapat u tuh.. tp u kan bg peluang pada orang2 yang luar mcm i ni komen u kan..hihihihi..ok ni penambah perisa bagi i plak hokeyyyy~~

    jawpan dier senang jer.. mmg betul apa u ckp tu, kdg2 ada lelaki yg oberrr sgt menggediks dgn pompuan lain even dier dah beristeri... dr segi tu i sokong u.dah ada bini sibuk2 nak gatai..ishh dapat laki mcm ni, mmg i kaki kan! haha

    tp mcmaana pulak dgn perempuan yang dok tahu laki tu laki org, tp still dok gatal? dan even worse pompuan tu pon dah ada laki sendirik?? siap buat mcm2 cerita nakkan perhatian laki org tuh,smpai tak nampak laki sendirik? wahhh~~ u bukak satu forumla..ttg perempuan yg psycho.. lelaki u takyah ckpla, even akal 9, nafsu yg 1 tu mmg ketuanya.. ni perempuan, yang seharusnya faham ttg hati wanita lain..tp dok hijnak kat kat laki org,?? u rasa perempuan jenis ni patut bagi apa kat dia selain kaki??

    i ni tak akwen lagi tau, tapi i nak kahwengla taun ni..tp i rasa dlm hal2 suka menyukai org lain selain dr pasangan kita, mmg biadap dan kebiadapan itu ditambah 500% lagi sekiranya dia dok menghuru harakan rumah tangga org dgn menimbulkan fitnah pada psgn itu tadi. u jgn tak tahu, ada juga permpuan yg sgt oberrr tahap mak ayam gediknya, dok menghanjingkan org lain..
    cuma satu jer nasihat i pada org2 mcm ni,,, ingatlah..dunia ni bulat.wut u give , someday u will get back.. trust pada hukum kalam dan hukum Allah.. Allah dah menjanjikan neraka dan syurga pada insan2 yg terpilih, yer kawan2.. so, u buat kacau dlm rumah tangga orang lain, jgnla u rasa rumah tangga u akan sentiasa harmoni mcm siti norpaliza dan datok khalidom.propa jer tuh.so. hati2 dlam melayari rumah tangga dan hisup seharian supaya apa koang buat tuh, Allah bagi cash jer nanti..
    ok yang? u jgn tak approved komen i ni..penat i tulis..hehehe..anyway, i suka blog u.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  3. Anonymous : Wah, marah berapi nampaknye u. Ada experience ke? Btw, i pun setuju juga dgn pendapat u tentang pompuan yg dah tau lelaki tu suami org tp masih lagi menggedik. Gedik itu maksudnya kalau masih nak berSMS bergurau senda, nak laporkan dia buat apa kat lelaki tu, nk ngadu pasal mak dia demam pastu nak call-call lagi wp takde hal penting. WTHeck la kan. Mcm dia dah takde kawan lain lagi kan. Mungkin dia sunyi atau takde org lain yg rajin nak layan dia sbb dia ternyata psycho, tp tak perlu la buat perkara yg sia-sia ye tak? I pon tak fhm dgn org yg tak setia ni. Dah ada pasangan tp masih nak cuba bercinta lagi dgn org lain. Gelojohnya. Kalau betul dah bosan dgn pasangan, selesaikan je hubungan tu. Kemudian baru la mulakan dgn yg baru. Ini tidak, psgn yg dah ada tu dijadikan 'sure-thing' supaya hidup terjamin in case kalo yg sorang lagi tu dump dia. I rasa la... semua masalah scandals2 ni takkan berlaku kalo semua org tau peranan masing-masing dlm masyarakat. Haa.. tgk.. i pun dah ter'emo' sekali. Berjangkit dgn u la ni. I mesti approve punye komen. I suka org komen. Baru le nampak macam ada org baca. TQ sbb suka blog ni.

    ReplyDelete
  4. kehkehkeh.i sembah ratu la u ni. hehehe..u ckp pon, mcm ada pengalaman jer yang? u ada kacau laki orang ker ?? hahahhaa..i mmg berpengalaman penoh tau, bab2 org tak setia ni.. salahnyer i nampak perempuan,bukan lelaki.sbb lelaki ni nampak bijak tp sebenarnya bijak bab lain ja.. pompuan nampak tk bijak, tp bijak menghuruharakan dunia tau..alah..mcm kata pepatah, tangan yg menghayun buaian mampu menggoncngkan dunia.. haa cenggitulah~~

    i tak suker tau perempuan ala2 sundal bolong ni..benci i nyah~~ kalaulah depan mata i, i bagi buku panduan solat taubat, supaya dia sempat solat sebelom Allah jemput...benci perempuan muka tebal nieh..hishhhh..damn!

    ReplyDelete
  5. Anonymous : I tak penah kacau laki org ye. Disalahertikan sbg pengacau tu penah la. Tapi bf org i penah la kacau dulu. Tettt.... Kekeke. Dulu la masa i blum kawen dan masih single. Tapi kacau pun bukan kacau smpai tahap dating-dating pun. Hanya chat dan call je. Tak menjejaskan pun hbgn dia dgn gf dia. I ni setia tau. Kalo dah ada seseorang dlm hati i, org lain mmg i tak nampak dah, wp penah dpt lelaki yg langsung tak hargai i. So, kalo bab-bab curang ni mmg tidak mungkin ada dlm my life dictionary. Cheyy... Curang tu sebenarnya bukan sifat org Islam. Tu je.

    Ni nak kawen tahun ni, harap2 takde la kisah2 scandals2 macam ni ye. All the best to you...

    ReplyDelete
  6. Emm..btl sgt2 2...bg pmpn yg msh single dok nk mgatai dgn laki org mmg sah psycho...wp pmpm 2 dh tau yg dia cinta haprak 2 laki org...benciiiiii!!!!! Sgt2 dgn pmpn xsedo dirik ni mcm ni...kalo depan mata mmg dh bantai habis...

    ReplyDelete
  7. Jgn sbuk dgn hal org lain la...baik jaga laki masing2 lagi bagus waka

    ReplyDelete
  8. Nak gak ni cambah plak kalau perempuan yg kacau rumahtangga Orang pakai barang.sebab ada satu kes ni suami Orang kena kacau dengan satu pompuan Ni x pernah berjumpa hanya call and mesej je.... BRE dalam dua minggu kenal dah ajak kawin .perempuan suruh p pejabat agama kali tu p..suruh minta izin bini kali tu p...cuba korang komen ckit....

    ReplyDelete
  9. best2 blok ni....nak tanya,,kalau lelaki yg dah kawin tapi bila melibatkan hati dan perasaan mcm mana lak...contoh,,dia sayang gadis tu sebab betoi2 cinta...ngan bini dia tak dapat cinta yg sejati(lebih kurang mcm tu la)...nak salah kan lelaki jgk ker...nak tinggalkan bini pikir tangungjawab..so bila dah jumpa gadis yg benar2 sayang kan si lelaki ni nak buat macam mana,,,bepoligami 2-2 x nak kongsi...susah jugak kalau melibat hati dan perasaan..hidup dengan bini tak happy...asyik teringat gadis tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...