Skip to main content

Diantara Menipu Dan Tidak Berterus-terang


Sejahteralah ke atas kamu...

Ada bezanya antara MENIPU dan TIDAK BERTERUS TERANG.

Kan bagus kalau manusia ni mcm Pinocchio... Asal menipu je, hidung jadi panjang. Pastu kalo dah banyak sangat menipu then hidung dah jadi panjang giler, bleh la guna hidung je kalau nak kait buah rambutan. Takyoh susah-susah cari galah.



Menipu itu berdosa. Bermaksud, kita buat-buat cerita. Tak kira la buat cerita sebab nak bagi cerita tu sedap, atau kita nak menyelamatkan diri sendiri yang dah bersalah kot. Yang pasti, menipu tetap menipu. Sama ada lie or white lie. Saya memang tak berapa gemor dengan orang yang menipu ni. Orang yang suka menipu ni biasanya dia penakut. Dan tak jujur. Kadang-kadang memang niat tu baik, nak cover line, supaya tak memburukkan keadaan. Tapi bak kata pepatah, "Berkata benarlah walaupun pahit". Contohnya kalau kita nak kuar dating, tapi kita tau mak kita akan marah kalau kita keluar dengan lelaki. So, nak selamatkan diri, kita kata kat mak... Nak kuar lepak-lepak dengan Yuna untuk cuba seswatu yg bawu, padahal kita gi dating dengan Remy Ishak. Maka, 1 penipuan telah berlaku. Which is not good. Tipu mak plak tu. Apa nak jadi dengan nkau ni? Ish..ish..ish..

Bagi saya, tidak berterus terang itu 2% lebih baik daripada menipu. Sebab sambung kepada contoh di atas tu, katakan kita nak gi dating dengan Remy Ishak, tapi kita cakap kat mak, kita cuma nak kuar dengan kawan. Dah. Fullstop. Then larikkkkk!!! Jangan buka peluang mak tanya lagi. Hahaha.... *adakah aku mengajar anak-anak remaja menjadi jahat? Oww.hhh.. tidak.. tidak.. Maksud saya kat sini, kamu akan selamat daripada menipu dan dimarahi mak selagi mak tak tanya kawan kamu itu siapa? Duduk kat mana? Dengan siapa? Ada henfon? Apa nombornya? Tapi bila mak tanya je, kena jawablah dengan jujur walaupun kantoi. Padanla dengan muka kan? Heheh.

Saya selalunya memang jarang menipu. Memang menipu la kalau saya kata saya tak menipu kan? Cuma saya selalu tak berterus terang je. Kekeke.. Tapi kalau orang tanya, saya akan jawab sejujurnya. Walaupun dalam blog ni saya selalu reka cerita merepek untuk jadi menyedap cerita, tapi dalam kehidupan sebenar, saya memang tak pandai nak reka cerita tentang orang lain demi utk memburuk-burukkan orang lain. Dalam blog ni bleh reka cerita sebab itu dah mcm Sci-Fiction. Ala... yang macam citer Transformer tu. Semua tu kan rekaan.

Pesanan : Berdating itu tidak baik. Kalau suka, kawen then bercinta lepas kawen. Kalau 2-2 orang ikut syariat Allah dan Rasul, pasti tak ada masalah dan akan bahagia hingga ke akhir hayat. Cayo la cakap den, bak kata Fara Fauzana.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...