Skip to main content

Sedapnya Kalau Dapat.....

......makan megi kari. Dah lama tak makan megi. Sejahteralah ke atas kamu.

Bila dah buat biskut raya tak menjadi ni, makin bersemangat plak saya rasa nak cuba lagi sampai menjadi. Tapi masalahnya bila dah tak jadi buat jenis pertama, saya tanak try buat biskut yang sama lagi. Nak try biskut lain plak. Beragas*. Hahahah... [*Beragas itu hanya orang-orang Kuantan seperti kakak Chomel je yg paham].

Hari ni nak try buat kuih-kuih senang je seperti Cornflakes Meringue [perghhh... nama dia very kebaratan.], nak try juga buat biskut carik nahas iaitu samprit [walaupun nampak senang, tapi kalo sampai ke tangan saya, saya amat yakin ianya amat la susah], nak try buat German Cookies [lagi sekali saya mengagung-agungkan barat.. ish..apa nak jadi ni], dan yg paling tempting untuk dicuba dan dimakan begitu sahaja sambil bermain Angry Birds ialah.... Chocolate Chips Cookies. Harap-harap le menjadi.

Saya dah study petua-petua buat biskut ni daripada blog CheMatGebu, beliau kata.. "kalo pukul mentega dgn gula tu jangan sampai kembang. Bagi sebati je.". Paham??? Takpe..lepas ni saya nak cuba. Kalau tak jadi jugak... saya buat popia sira gula je sudah. Tu pun kalo rajin. Muahahahaha... Hancho ko ni Lydi.

Comments

  1. lid..aku dapat sebekas black beauty ni..semestinya bukan aku buat..ehheh..

    ReplyDelete
  2. Demm... Saspen je ko ni aida. Ingatkan ko buat sendiri. Jeles... Sedap tak kuih tu?

    ReplyDelete
  3. sedap gilos...aku suka la..tak la rasa tipikal kuih raya yg ada butter tu je....buat la lid..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...