Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Ramadhan Ini

Sejahteralah ke atas kamu... Bulan penuh rahmat akan menjelma beberapa hari sahaja lagi. Ramai yang dah seronok dan tidak sabar menanti kehadiran bulan yang berkat itu. Ramai juga yang sedang bertungkus lumus mengganti puasa di hujung-hujung bulan Syaaban ini... Selamat berjaya la saya ucapkan ye.. Saya sangat pasti bulan Ramadhan kali ini, tentulah akan sangat berbeza berbanding Ramadhan yang lalu, di mana saya berbuka sendirian di rumah, waktu sahur hanya bangun minum air dan makan kurma je 2 ulas. [orang lain makan dengan amaun ganjil, aku suka plak makan ikut no genap je. Hahah.. mmg kuat melawan.] Tahun ini kali pertama berpuasa bersama suami. Weekdays mungkin sama sahaja bagi saya. Berbuka puasa seorang diri di rumah kerana suami saya habis kerja pun malam biasanya. Cuma waktu sahur je la saya kena bangun siapkan makanan untuk beliau. Apa susah kan... Malam tu masak le siap-siap. Then pagi itu panaskan le. Ceh..ntah-ntah kang suami saya sendiri yg bangun dan panaskan makanan untu

Sekolah Dalam Hospital

Saya suka dengan program ni. Bagus. Bernas. Dan bermanfaat. Sejahteralah ke ata kamu.. Saya selalunya tak berapa kagum dengan program-program yang kerajaan anjurkan. Sebab kebanyakkannya macam mengarut dan menguntungkan sesetengah pihak je kot. Tapi program Sekolah Dalam Hospital [SDH] ni agak baik rasa saya. Sesuatu yang dibuat bukan untuk glamor semata-mata dan bukan juga untuk menguntungkan tembolok orang atasan juga. Terharu juga bila saya tengok anak-anak yang sakit di hospital, diberi peluang untuk belajar mengikut silibus yang diajar di sekolah, mengikut keadaan kesihatan mereka. Guru-guru yang dipilih pula perlu memahami dan memastikan pelajaran yang ingin mereka ajarkan, sesuai dengan anak-anak itu. Bagus bukan? Maksud saya, bagus yang betul-betul bagus ni tau... bukan sarkastik seperti selalu. Ahahaha.. tula.. ko suka sangat buat pujian sarkastik sebelum ni sape suruh. Saya puji isteri Timbalan Perdana Menteri kita , Puan Sri Norainee Abdul Rahman di atas inisiatif yang berf

Ikan Masak Kicap Yang Terlampau

Sejahteralah... ke atas kamu.. Boleh tak masak kicap pun tak menjadi. Apa la dungu benor. Hehehe. Saya masak Ikan Masak Kicap tu dah hari apa ari tu ek, dah lupa tapi dalam minggu ni kot.. Sebelum saya MC tu. Selasa rasanya. What ever. Tak penting. Memang tak sepatutnya masak kicap tu bleh gagal. Saya tengok kicap manis Cap Kipas Udang dah habis. Pastu yang ada hanya Kicap Mee jenama Tamin. Saya pun tak tau apsal saya bleh beli kicap tu. Padahal, macam le saya ni ada bukak kedai mee ye dok? Even kalau saya masak mee pun jarang sangat pakai kicap. Huhuh... [mesti bleh bayangkan mee yang aku buat rasa dia tak sedap... ngeh..ngeh..]. Kicap Mee tu rupa-rupanya, rasa dia masin seperti semut berenang-renang di dalam kolam garam. Warna plak, hitam ledot*[hambik... terkeluar plak bahasa Kuantan aku.]. Dah tentu saya tak pernah guna kicap jenis ni. Saya main tuang seperti mencurahkan air di daun keladi je. Pastu padahnya, masin ya amat pami la rasa dia. Rasa nak nangis pun ada. [ceh... mudah s

Kusangkakan Rimas Ini Hanya Sementara...

Sejahteralah ke atas kamu... Berikut adalah soalan-soalan default bagi peringkat umur tertentu... Setiap soalan tersebut, akan kamu dengari diulang tanya sehinggalah kamu ke peringkat yang seterusnya... Masa sekolah [dari darjah 1 sampai tingkatan 5] : Macamana peksa? : Dapat no berapa? : Exam dapat berapa 'A's? : ~Dan semua soalan-soalan yang melibatkan peperiksaan. Dah nak buat canner. Sistem pendidikan kat Malaysia ni kan berdasarkan 'exam-oriented'. Belajar di Institusi Pendidikan Tinggi : Ko study kat mana sekarang? : Ko amik course apa? : ~Masih lagi persoalan tentang pelajaran.. Soalan yang saya paling bosan nak jawab walaupun orang yang tanya tu bukan orang yang sama. Mula bekerja : Ko kerja mana sekarang? Arghhh.. Seriously aku bosan. Dalam masa yang sama, bila mula kerja je, orang akan mula bertanya soalan default yang paling meloyakan di semesta alam iaitu, : Bila ko nak kawen? : Bila ko nak kawen? : Bila ko nak kawen? Urgghhh!!!! Sungguh-sungguh annoying kua

Malu-malu, Usik-mengusik

Sejahteralah ke atas kamu.... Hari ni saya MC lagi. Semalam pun. Haihhh.... badan ni makin hari rasa mcm makin lemau. Makin kerap plak ko MC bulan Julai ni Lyd? Ko apsal? Dah 3 kali dalam bulan ni ko mc... Erhmm.... 3 minggu lepas saya mc sebab masalah perkumuhan [heh..heh], hari ni saya mc sebab demam selsema sambungan daripada selsema dan period pain semalam. Hahaahha... Ok... Saya period ok. So, menutup spekulasi bahawa saya mc sebab pembawaan budak. Aik.... Period pun nak cerita kat blog ke? Tak malu ke? Sebut pasal malu sebab period ni, teringat lagi masa skolah dulu. Waktu tu, perempuan masih baru didatangi period dan menerima period itu sebagai sesuatu yg baru dalam hidup mereka. Pelajar-pelajar lelaki pula bersikap kebudak-budakan, mengejek dan mengusik pelajar perempuan yang datang bulan. Oleh sebab itu, period itu menjadi sesuatu yang sangat memalukan. Padahal... apa yang nak dimalukan? Bukan kita berbogel pun. Period tu kita simpan apa? [Kecuali le kalau terbocor kat kain...

15 Tahun Dulu dan Hari Ini... 15 Years Ago vs Today

Sejahteralah ke atas kamu... Sumber dari WEB INI

Perkara-perkara Bosan Di Dalam Facebook

Sejahteralah ke atas kamu.. Facebook ni ada manfaatnya. Terutamanya daripada segi untuk mengeratkan silaturrahim sesama member-member sama ada rapat atau tak rapat. Sampaikan yang tak rapat, tak pernah bertegur sapa sebelum ini, dah boleh bergurau senda kat dalam FB. Cuma, ada la beberapa perkara yang saya rasa super bosan dgn FB .... Tapi ni hanya pendapat diri saya sendiri. Orang lain mungkin tak bosan macam yang saya bosan kot. Antaranya; Perkara Bosan Satu : Photo Tagging Yang Takde Kaitan. Ada orang yang suka tag gambar dia atau gambar yang takde kena-mengena langsung dengan orang yang dia tag tu. Contohnya tag gambar kepala paip umah dia yang dah rosak. Pastu tag dengan 50 orang lain. Then mula la lepas sorang sorang komen utk gambar tu. Komen plak lama-lama akan jadi makin meleret-leret siap cerita pasal kenangan dia masa skolah dulu panjat pagar asrama malam-malam sebab nak pergi beli megi, pastu sebut nama-nama sedara mara dia yang kita langsung tak kenal. Siriyesly, sungguh r

Asal Harga Barang Naik Je Fokus Kat Minyak, Gula

Sejahteralah ke atas kamu... Apsal ye bila bercakap tentang harga barang naik, kita terus meloncat risaukan harga gula, minyak masak, petrol, ayam, telur, Milo atau barang-barang makanan je [kecuali petrol le. Kot ada orang yang sedut petrol guna straw buat minuman cocktail di petang hari aku tak pasti la kan.. kehkeh]. Padahalnya..... Harga barang-barang keperluan harian yang lain seperti syampu, sabun, minyak rambut, tuala wanita dan boleh dikatakan semualah, dah naik dengan banyaknya sejak 10 tahun dulu. Bukan setakat naik sen-sen... Ni dah main beringgit-ringgit ni sape nak jawab? Contoh ye, dulu syampu rejoice 400ml harganya hanya lebih kurang RM8-9 sahaja. Sekarang dah jadi RM13 kot. Pastu dental floss yang selalu saya pakai, dulu harganya hanya RM4.90 sahaja. Sekarang tahu berapa? RM10.90. Tapi tadi saya beli kat Guardian KL Sentral, ada diskaun 10%, so dapat le murah skit jadi RM9.80. Tuala wanita Whisper plak, yang wings dan pek 20's dulu harganya RM7-8 sahaja. Sekarang da

Lagu Tiga Kupang : Ada Unsur-unsur Illuminati dan Freemason??!!!

Sejahteralah ke atas kamu... Cuba kamu perhatikan bait-bait lirik lagu Tiga Kupang ni... Sila baca tafsir lagu ini di dalam kurungan. Kalau perhatikan betul-betul, lagu ini bukan pantun kerana pembayang dan maksudnya tidak berima sama sekali. Jadi... Apakah maksud tersirat di sebalik lagu tiga kupang?? Lagu tiga kupang [kupang mana yg dimaksudkan di sini? Adakah kupang yg duit seposen atau kupang binatang bercengkerang yang boleh dimakan itu? Dan kenapa penulis lirik ini memilih angka 3?] Saku penuh padi [saku siapa yang penuh dengan padi? Persoalannya, kenapa nak letakkan padi tersebut di dalam saku?] Enam ekor burung [Enam ekor burung? Sekali lagi persoalan berkenaan angka, kenapa memilih no 6? Kenapa bukan 5, 7 atau lapan? Sedangkan nombor lain jugak mempunyai 2 sukukata dan tidak menjejaskan nada lagu?] Masuk dalam kuali [Adakah burung-burung tersebut masuk ke dalam kuali dengan sendirinya? Atau ada yang memasukkan burung-burung tersebut ke dalam kuali?] Bila sudah masak [Rupa-rup

Crab Stick Atau Isi Ketam Diperbuat Daripada Apa?

Sejahteralah ke atas kamu... Biasa makan isi ketam[ crab stick ] tak kalau beli Yong Tau Fu Fa ? Sedap bukan rasanya? Macam manis-manis dan lembut serta berwarna putih. Rasa macam ketam pun ye juga. Crab stick ini, diciptakan oleh orang-orang Nippon WeatherBond . Nama asal crab stick ini ialah 'Kanikama'. Siapa yang pernah ke SushiKing, mesti perasan ada sushi yg namanya 'Kanikama Maki'. Crab stick la tu. Sebenarnya kalau nak dipanggil sebagai crab stick agak kurang sesuai, sebab benda alah ini diperbuat daripada ikan. Ikan yang isinya putih dan dikisar atau dalam bahasa Jepun dipanggil ' Surimi '. Biasanya ikan itu adalah daripada keturunan Alaska Pollock. Bahan lain ialah putih telur [egg white atau albumen] dan juga beberapa bahan campuran yang lain seperti transglutaminase . Apa transglutaminase ni yer? Erm.. dalam Wikipedia tak dijelaskan secara terperinci, tapi ada dijelaskan bahawa tansglutaminase ini fungsinya ialah untuk mengikat protein dan kemungkinan

Iklan 2 Muka Yang Mengkagumkan

Sejahteralah ke atas kamu. Ini iklan insurans nyawa. Ini iklan pisau. Iklan notebrook. Iklan bra. Wonder bra. Untuk menaikkan cleavage. Oppss.. Kurang sopan. Sorry. :D Dan iklan DHL.

Adakah Kamu Merasa Loya Seperti Yang Saya Rasa?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Pernah dengar kan pasal KPop atau nama dalam surat beranaknya ialah Korea-Pop. Mereka ni mempertaruhkan bakat nyanyian[yg aku pun tak sure la best ke tak bcoz i'am not a big fan of KPop juga selain Megan Fox], rupa yang cantik bagi pompuan dan kacak bagi lelaki serta bakat tarian yang kalau kita tengok, bleh ternganga mulut then kena tampor dgn mak sebab airliur menitik ke karpet nanti payoh nak cuci. Contoh-contoh KPop yg popular di seluruh dunia*[hanya memberi beberapa contoh]; 1. Girls Generation. 2. WOnder Girls 3. Beast 4. Super Junior Mereka ni, kalau berpakaian memang dedah-dedah punya. Yang pompuan pakai skirt pendek tak hingat. Yang lelaki plak pemalas kemain. Nak butangkan baju pun malas. Kalau malas sangat meh akak tolong butangkan nak? Meh sini meh... Tapi lantak mereka la nak seksi ke hapa, mereka bukan Islam pun. Semua benda mereka boleh langgar. Lagipun mereka tinggal di Korea. Mungkin budaya mereka suka dengan syek

Kenapa Saya RAJIN Update Blog?

Sejahteralah ke atas kamu... yang membacakan blog ku ini kepada dirinya sendiri. Selalunya bila orang tengok @ tahu saya tengah update blog, orang akan cakap, "Rajinnya la update blog...". Tapi bagi saya, update blog itu tidak memerlukan kerajinan. Ok, tipu la.. kerajinan itu perlu juga, tapi percentage nya sangat tiny. Yang lebih penting ialah; 1. Suka 2. Idea. Yes, saya selalu update blog sebab saya memang suka. Saya suka express apa yang saya fikir melalui penulisan. [Jangan ada yang sarcasm bila saya sebut 'menulis' blog, bukan 'menaip' blog. Takde apa-apa sebab, cuma perkataan tulis itu lebih synonym untuk karangan walaupun karangan itu ditaip. Ahhh fed up la macam!!! *Tibe-tibe] Jadi, anggapan bahawa orang yang selalu mengupdate blog itu = rajin = tak berapa tepat. Sama juga macam orang yang suka melukis. Kalau dia selalu melukis, kita tak plak rasa dia tu 'rajin melukis', tapi kita akan tau dia itu ''suka melukis. Dan saya pun faham ken

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata

Bilakah Masanya Akan Tiba?..........

...untuk saya tengok filem Transformers. Harap-harap weekend ini peluang itu akan muncul jua. Sejahteralah ke atas kamu... Walaupun menonton filem Transformers itu bukanlah salah satu drpd syarat-syarat wajib untuk menjadi manusia yang berjaya dalam hidup, tapi saya tetap teringin jgk nak tengok robot-robot itu bergasak! Biarlah heroin filem tu bukan lagi Megan Fox, tak kira... nak tengok gek. Bagus pun. Saya mmg suka pun Megan Fox tak berlakon citer tu sbb i'm not a big fan of Megan Fox. Saya tak rasa dia cantik pun. *Ayat jeles~. Selain muka palsu yg superficial, dan muncung terlebih.. Lebih baik la dia tak berlakon. Lebih afdol bak kata orang-orang Arab. Kalau tidak bleh mengganggu mood je. Cheh, ntah2 heroin baru tu lebih menyampahkan. Tapi Adha Ku Kayshah? Sebab watak-watak picisan mcm tu tak penting pun, kalau takde pun takpe. Org nak tgk robot berlawan je terbang-terbang sampai hancur-hancur badan... Bukan nak tengok pompuan-pompuan yg seksi takde motif tonggek-tonggek pungg

Anak Ko Comel Ke Tak Comel?

Sejahteralah ke atas kamu... Dengan persoalan di atas itu, saya rasa.... mana-mana mak ayah dalam dunia ni pun akan kata anak mereka comel. Dan kebanyakan anak-anak memang comel pun. Ye lah. Sebab mereka kecik. Anak-anak ni seolah-olah seumpama versi mini kepada mak ayah mereka. Cuba bayangkan kamu melihat seseorang yang mukanya sebijik macam saya, perangai pun macam saya tapi dia kecit je. Comel tak? [*Bluweekkkk... nak perasan diri sendiri syomel latewww... nyampah tawww].. Sama juga kalau kita tengok replica gajah yg dikecilkan 90%. Saiz dia jadi kecil then kita akan rasa ia sangat key-yoort!! Tengahari buta ni ada hati nak membebel plak. Dengan ini diisytiharkan bahawa : Anak-anak. Yang mencomelkan mereka selain daripada rupa yang comel, ialah karektor mereka. Bagaimana mereka respon terhadap sesuatu sama ada pasif, aktif, agresif. Cara mereka bercakap. Cara mereka melakukan apa yg kita arahkan. Ada anak-anak yg memang ditakdirkan dengan rupa paras yg comel. Tapi ramai anak-anak y

Puasa Dah Dekat, Baju Raya Ko Dah Tempah Ke?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ya ampun.... Selok benor nak raya nampaknya... Dah citer pasal baju raya. Perghhh.... Sakai giler kau ni Lida. Eh, tapi normal apa kalau tempah baju sekarang. Sebab biasanya bila masuk je bulan Ramadhan, tempahan dah tak diterima. Kecuali la tukang jahit tu memang kamceng dengan kita kan? Tahun ni, saya mcm ada banyak je baju yg saya tempah untuk dipakai raya. Erm, tapi hanya 2 pasang saya beli. Itu pun untuk dijadikan baju ofis. Lagi 3 orang bagi. So, alang-alang, anggap je la semua tu baju raya, walaupun fabricnya takde la gempak mana pun. Murah je beli kat Kamdar MidValley. *Ada ko tanya aku pasal baju raya? Takde kan? Abih tu, sape suruh aku citer? Lalalala..... Saje je citer sbb exsaited nak dpt baju raya banyak. Huhh.. tahun ni banyak rumah yg perlu dipertandangkan....

Penyanyi Cendawan. Naik. Turun.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Ramai penyanyi baru yang muncul sekarang ni kan? Malas nak komen pasal 'kenapa semua orang berlumba-lumba nak jadi penyanyi', sebab itu bukan motif entry ini ditulis. Saya cuma nak mengetengahkan pendapat bertaraf antaraplanet saya tentang : apa yang menentukan seorang penyanyi itu diminati atau tidak. Heylo... bukan senang tau nak dapatkan pendapat ai yang interplanet ni tau... Ohoiii..... Bagi saya [sekali lagi diingatkan, ini adalah pendapat personal], seseorang penyanyi itu jika ingin diminati, dia perlulah mempunyai 1 kriteria yang paling utama... iaitu LAGU YANG SEDAP selain daripada suara yang sedap. Ala... penyannyi biasanya suara mereka sedap je. Atau setakat boleh-boleh je. Tapi kalau lagu sedap, mesti confirm akan laku. Erm.. tapi tak tau jugak kalau org selalu donlod dari internet je kalau nak dengar lagu sedap dia tu ek? Haaa,, itu nasib dia la. Hahahaha... Sape suruh dia jadi penyanyi.

Nasib Saya Memang Malangs

Sejahteralah ke atas kamu... Saya tak faham kenapa saya selalu dapat panggilan telefon daripada bank [bukan 1 tapi lapan belas!!! *ok..auta.] yang nak promote insurance mereka kepada saya, yang pastinya mereka itu sangat-sangat menyampahkan ulu hati saya ni. Biasanya kalau dapat panggilan daripada mereka, mereka akan kata, "Pn , boleh luangkan masa untuk dengar promotion daripada pihak kami?". Ok.. soklan pertama ni, kalau ko jawab 'TAK BOLEH', mereka akan minta diri, pastu minta maaf kerana mengganggu... TAPI!!!! Ko jangan ingat ko akan selamat dan perkara itu akan habis di situ sahaja. Nahhhhhh.. It's not that easy to end la brotherrrrr... or sistaaa or father or motherrrr... Bila no telefon ko dah ada dalam simpanan mereka, mereka akan keep calling and calling and calling sampai la kamu berkata kepada mereka.. "Ye! Boleh! Silakan ceritakan bedtime story mu itu kepadaku". Kemudian... Bila ko dah bersedia nak dengar, maka mereka pun akan cerita kat ko

Kalau Yu Nak Kawen Dengan Ai, Yu Mesti Ada Bla..bla..blaa..

Sejahteralah ke atas kamu...[yang membaca blog ini].. Pompuan suka letak syarat macam, "Lelaki jangan mimpi nak jadi suami haku kalau dia tak ada 1]Kereta, 2]Rumah, 3]Simpanan dalam bank paling busuk pun 40 juta Zimbabwe, dan 4]Gaji bulanan mesti RM5k dan ke atas... 5] Wajah tampan seperti Remy Ishak versi putih. Kalau tak ada semua tu, boleh jalan. Nak berlari dalam guni pun, silakan". Duit memang penting. Harta itu sangat membantu untuk kita jalani hidup bahagia bersama suami dan kucing-kucing kita, tapi..... Allah berfirman; "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.". Maksudnya... Kamu rancang macamana sekalipun, kamu fikir, pecah ota

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah

Maggi! Curse!

Sejahteralah ke atas kamu.... Semalam saya MC. En Stormpong keja half-day untuk bawak saya pergi klinik. Sebenarnya saya mampu pergi sendiri. Dulu masa bujang pun sendiri jugak. Kalau sakit atau demam, pegi je drive sorang-sorang pegi klinik. Cuma kalau demam pekat sangat, takleh bangun maka esoknya otometik saya apply cuti kecemasan.~sakai!. Tapi bila dah kawen ni, saya jadi gedik yg wajar di'bekhen' je sedas. Yelah... dah lama sendirian, apa salahnya ngade2. Bukan dgn org lain.. Suami sendiri oklah tu. Lauk mentah kat dalam fridge dah yillek. Walaupun fridge itu ada teknologi yang boleh menyiram sayur-sayuran, tapi tak ada pekdahnya juga kalau sayurnya pun takde. Ye dok? Saya nak pegi beli lauk rasa mcm sungguh tidak berkerajinan nak kuar rumah. *Ye, saya tau memang agak bingai sebab masa kuar pegi klinik tu ngaper ko tak terus pegi beli je lauk??? Err,... jawapannya ialah sebab saya pun tak tau. Lupa kot. Lagipun mcm tak plan nak masak. *Hancur betul bini ko ni, Azrul. Sebel

VLog. Hek Eleh.. Ketinggalan Betul...

Sejahteralah ke atas kamu... Sungguh ketinggalan zaman juga topik Vlog* ni. Saya dah lama dengar, cuma sebelum ni tak tengok sendiri. So, tak dapat nak komen apa-apa. Bila dah tengok kat YouTube clip-clip yang Vlogger submit tu, yeah... betul lah... Cool mereka tu. Yang paling saya minat ialah Maria Elena . Cantik douh beliau tu. Lagipun karektor beliau macam spontaneous yang tak dibuat-buat. Very cool!!! *VLog ni macam blog juga tapi dalam bentuk video. Boleh digambarkan macam ni la... Blog tu seumpama baca buku teks yg kadang-kadang boleh jadi macam baca surat khabar atau baca komik atau novel. Vlog pulak macam dengar ceramah motivasi kat TV atau kadang-kadang boleh jadi macam tengok Buletin Utama, mungkin juga macam tengok citer Sin Chan. *Contoh Vlogger yang very the femes ialah Cikgu Shida - Kalau Berpacaran. Nama-nama popular yang lain macam MatLuthfi dan Anuar Hadi... Vlogger ni menceritakan tentang sesuatu topik sekali dgn visual. Biasanya yang jadi pelakonnya adalah mereka sen

Sosej Gulung Roti - Sausage Roll

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saje nak kongsi. Teknik-teknik membuat kuih yg tak le gempak mana pun. Senang dan ringkas saja. Bahan-bahannya ialah... Sosej [Jika sosej yg panjang, boleh potong 2] Roti [Bahagi sekeping roti menjadi 2 keping yg lebih kecil] Telur [Sila belasah pukul telur tersebut] Serbuk roti [Serbuk roti atau bread crumbs ni saya buat sendiri. Rupa dia macam serbuk kacang kan? Memang la warnanya agak keperangan sebab saya menggunakan roti wholemeal yg penuh serat Gardenia.] Cara-caranya : Gulung sosej dengan roti yang telah dipotong 2 itu. Dihujung gulungan, sapukan telur menggunakan berus. Kemudian, setelah roti tersebut melekat; Sapukan pula telur di keseluruhan roti tersebut. [Menggunakan berus dapat menjimatkan telur. Kalau main celup je dalam telur, nanti roti tu serap telur. So, telur akan cepat habis. Ko paham ke dok ni? Haa.. kalo faham bagos!] Roti yg diselaputi telur itu, kemudiannya digolekkan di atas bread crumbs atau serbuk roti. Salu

Bahasa Budak-budak Zaman Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ini adalah anak 80an. Maksudnya lahir pada tahun 80-an. Semasa saya di sekolah menengah, bahasa penulisan yang kononnya digunakan untuk menggambarkan bahasa pasar, biasanya ditulis seperti ini[contoh]; sayer = saya biler = bila maner = mana suker = suka aper = apa, dan begitulah seterusnya... Hadoii...Pedih ulu hati aku kalau nak senaraikan semua. Maksudnya, semua perkataan yang berakhir dengan huruf 'a' akan di'pandai-pandai tukar'kan menjadi 'er'. Itu dah kira cool habis la tu... Tiba-tiba zaman anak-anak yang lahir dihujung-hujung 80an dan juga pada tahun 90an, keluar lagi bahasa persuratan yang lebih pelik. Mungkin sebab bahasa persuratan mereka adalah persuratan elektronik kot. Alaahhh... Senang cerita, bahasa SMS la kot. Tapi bahasa-bahasa ni tak hanya digunakan dalam SMS je. Kat FB, kat email pun sama naik juga. Yang pasti, bila saya baca ayat-ayat mereka ni [biasanya anak sedara aku punya la], dalam 50 patah perkataan ya

Lukisan Yang Memecahkan Kepala....

Sejahteralah ke atas kamu... Saya sangat suka seni lukis. Bagi saya, seorang pelukis itu amat mengkagumkan kerana daya ingatan dia sangat kuat. Kalau tidak, takkan pelukis boleh lukis setiap perincian pada sesuatu subjek itu tanpa perlu melihat pada subjek tersebut. Dan jika mereka lihat pun hanya tengok sekejap dan tak kerap. Cuba kalau suruh saya melukis? Tatap subjek tu sampai keluar tunas pun belum tentu dapat lukis satu lengkung pun daripada subjek itu. Hihi... Jadi... Saya sangat menghargai karya lukisan. So, saya ingat... nak tempah lukisan gambar perkahwinan saya la untuk gantung kat dinding umah kami. Mesti super cool jadinya nanti. Erm.. Minggu ni insyaAllah balik kampung... Bleh le tempah kat street artist yg lepak kat Teluk Cempedak. FUh... Mereka sungguh berbakat. Rasa macam nak duduk je berkelah tepi pelukis tu sepanjang hari utk tgk mereka melukis potret macam-macam.

Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Berikut adalah senarai jalan-jalan yang ditutup kerana perhimpunan BERSIH yang mungkin akan diadakan pada 9 Julai 2011 [Sabtu]. Sumber adalah daripada blog ini . 1. Lebuh ampang. 2. KLCC. 3. Bank negara. 4. Dataran Merdeka. 5. Sogo. 6. Chow Kit. 7. Menara Sultan Ismail. 8. Masjid Negara. 9. Jalan Raja Chulan. 10. Jalan Ipoh. 11. Sentul. 12. Jalan TAR. 13. Jalan P. Ramlee. 14. Jalan Bandar. 15. Subang Jaya (near Segi). 16. Sunway Pyramid and Subang Parade. 17. Federal Highway. 18. LDP. 19. KL-Seremban highway di Seri Kembangan Dah tu... Pandai-pandai le mengelakkan kesesakan jalanraya ye. Semoga semuanya berjalan lancar...

Nescafe La Pulak

Sejahteralah ke atas dirimu itu yang membaca blog ini... Saya ini bukan seorang manusia yang suka minum air berperisa, kecuali kalau makan kat luar. Jika di rumah saya lebih mengagung-agungkan air kosong berbanding air milo dan air-air yg seumpamanya. Tak ada pantang apa-apa, cuma lebih suka air kosong. What to do itik sudu. Sejak seminggu, dua ini.... saya selalu keletihan. Seperti tak cukup tidur. Bila di ofis, sampai saya tertidur di meja sedangkan sebelum ini, jarang sangat pipi saya menjilat meja kerja saya [kerja sangat la aku ni kisahnya kan? hihihi]. Kalau tidur di surau pada waktu tengahari pula, selalu terbabas sampai jam 2.30ptg. Melampau betul perbuatan itu ye murid-murid? Sungguh tidak terpuji akhlak tersebut. Semalam awal pagi saya mulakan hari saya dengan makan toast perisa jem stoberi dan air NesLo. Nisbah yang saya masukkan ialah setengah camca teh Nescafe, dan 3 sudu besar Milo [patut la Milo cepat habis. Ko rupanya yang menjadi dalang di sebalik kehabisan Milo itu.].

Mampukah Saya Membuat Biskut Raya Tahun Ini

Sejahteralah ke atas kamu... Raya dah dekat. Eh, astagfirullahal'azim. Lyda, puasa pun lagi sebulan nak mula. Apa nak jadi kamu ni.... Pilot? Doktor? Loyer? 2 tahun lepas saya beriya-iya sangat nak beli oven kononnya nak buat kek, buat cookies dan segala macam makanan gemuk yang ada kat muka bumi ni. Pastu bila dah beli oven, saya hanya sempat buat cookies je 2 kali. Selebihnya perkataan yang bermula dengan hurup M telah bermaharajalawak kat atas kepala saya. Selepas dah cuba buat cookies 2 kali, baru la saya tau betapa renyahnya nak buat makhluk-makhluk comel dan sedap tu. Betul la mengikut kata OrgKgBaru; nak buat kek perlukan sukatan yg tepat then sungguh banyak cekadak. Bagi saya... Tentang sukatan tu semua saya ok je. Tapi bila nak bermain dengan marjerin dan juga butter yg minyaknya sungguh polisaturated dan monosaturated[*aku main sebut je, ni Badang yg citer. Tapi aku faham skit2 je apa yg dia explain tu. Kehkeh..otak benak kot], sumpah saya takleh bersabar. Saya memang tak

Orang Melayu

Sejahteralah ke atas kamu.. Orang Melayu suka buat drama atau filem, then berlakon jadi apek atau bai pastu cakap melayu dengan slang cina atau india. Tapi kalau saya tengok citer Cina atau India, tak ada plak mereka nak berlakon jadi melayu atau buat-buat melayu. Tu yang pelik tu. Moronic aren't they??

Anak Mami

Sejahteralah ke atas kamu... Adakah hanya saya seorang sahaja yang rasa boring dengan drama-drama anak mami di Astro Prima? Dengan pelakon yang sama dan jalan cerita yg kosong. Sapa yang tengok cerita-cerita tu?

Follower, Follow Memfollow

Sejahteralah ke atas kamu... Saya rasa blog yang saya follow agak banyak. Ada blog yang saya follow tu memang dengan seikhlas hati sebab blog tu memang best. Ada blog yang saya follow sebab nak suh dia follow balik tapi selalunya tak dapat balasan pun. Ada juga blog yang saya follow sebab blog tu kawan-kawan punya dan memang berminat nak tau hal kawan-kawan saya. Ye la,.. Kalau nak bertelefon atau berjumpa, memang payah le. So, daripada tak tau apa-apa cerita tentang kawan-kawan, elok jugak kalau skodeng dia kat blog. bleh tau aktiviti yang dia buat. Manakala bagi blog kawan-kawan ofis plak, saya follow mereka untuk tau hal mereka juga supaya ada topik perbualan untuk diperkatakan dengan membincangkan perkara yg mereka cerita di blog masing-masing. {tapi ngape mereka jarang update blog? Tak sudi ke nak cerita kat aku?}. Sekarang ni saya nak jadi follower kepada blog-blog best yang diupdate setiap hari. Barulah tak boring. Kadang-kadang saya dah terfollow blog yg best, tapi update 3 bul

Betul-betul Sedap Atau Khayalan Semata-mata?

Sejahteralah ke atas kamu... Selama saya hidup di alam fana ni, tak pernah lagi saya dengar sesiapa yang cakap masakan mak dia tak sedap. Semua orang akan cakap masakan mak dia sangat sedap delicious dan extra gedevasss. Even dulu, sebelum kita bertukar menjadi keju ni, i mean masa kita masih kena pergi sekolah, pastu kalau berkenalan dengan pen-pal atau tulis biodata dalam buku autograf[aku ada 3 buku otogeraf ni. konon2 glemer. mueheheh], bila part 'makanan kegemaran' mesti ramai yang akan tulis 'masakan ibu'[walaupun kadang2 dia tak panggil pun mak dia ibu, tapi dalam penulisan mungkin saje nak nampak komersil skit, tu pasal nak gak guna perkataan 'ibu' kot.]. Persoalannya..... Betul ke masakan mak kita sangat-sangat sedap? Atau mungkinkah rasa sedap yang kita rasa itu hanyalah kerana 'terbiasa'? Itu la namanya air tangan. Makanan yang kita terbiasa makan sejak kecil, akan terasa begitu enak dan tak dapat ditandingi. *Owh... tapi memang tak dapat dina