Iklan! Iklan! Sila Click!

12 July 2011

Sosej Gulung Roti - Sausage Roll



Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saje nak kongsi. Teknik-teknik membuat kuih yg tak le gempak mana pun. Senang dan ringkas saja.

Bahan-bahannya ialah...

  1. Sosej [Jika sosej yg panjang, boleh potong 2]
  2. Roti [Bahagi sekeping roti menjadi 2 keping yg lebih kecil]
  3. Telur [Sila belasahpukul telur tersebut]
  4. Serbuk roti [Serbuk roti atau bread crumbs ni saya buat sendiri. Rupa dia macam serbuk kacang kan? Memang la warnanya agak keperangan sebab saya menggunakan roti wholemeal yg penuh serat Gardenia.]






Cara-caranya :


  1. Gulung sosej dengan roti yang telah dipotong 2 itu.
  2. Dihujung gulungan, sapukan telur menggunakan berus. Kemudian, setelah roti tersebut melekat;
  3. Sapukan pula telur di keseluruhan roti tersebut. [Menggunakan berus dapat menjimatkan telur. Kalau main celup je dalam telur, nanti roti tu serap telur. So, telur akan cepat habis. Ko paham ke dok ni? Haa.. kalo faham bagos!]
  4. Roti yg diselaputi telur itu, kemudiannya digolekkan di atas bread crumbs atau serbuk roti.
  5. Salut dengan serbuk roti sehingga meliputi seluruh permukaan roti. Jangan beri peluang kepada roti itu menampakkan kulitnya. Ajar skit roti tu bersopan. Jangan nak bogel-bogel.
  6. Susun dalam bekas kemudian simpan di dalam peti sahaja jangan simpan di dalam hati kerana jika simpan di dalam hati, nanti susah nak keluarkan semula daripada hati tu sebab mungkin serbuk roti tu melekat kat hati. Tapi kalau nak makan terus, boleh goreng je terus, takyah simpan-simpan.

2 comments:

  1. Yang ni simpan kat dalam peti tu eh? bila boleh makan ni? hmmm..keje makan je kan ish..ish..

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Nampak aje dia tu. Syg ingatkan nak goreng pagi td, tp takde minyak masak. Dah habis lupa nak beli semalam. Nak kirim dgn baby, baby pun balik lewat smlm... So, pagi esok la nampak gayanya. :). *Baby kuat makan. Kekeke.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...