Iklan! Iklan! Sila Click!

29 July 2011

Kusangkakan Rimas Ini Hanya Sementara...

Sejahteralah ke atas kamu...

Berikut adalah soalan-soalan default bagi peringkat umur tertentu... Setiap soalan tersebut, akan kamu dengari diulang tanya sehinggalah kamu ke peringkat yang seterusnya...

Masa sekolah [dari darjah 1 sampai tingkatan 5]
: Macamana peksa?
: Dapat no berapa?
: Exam dapat berapa 'A's?
: ~Dan semua soalan-soalan yang melibatkan peperiksaan. Dah nak buat canner. Sistem pendidikan kat Malaysia ni kan berdasarkan 'exam-oriented'.

Belajar di Institusi Pendidikan Tinggi
: Ko study kat mana sekarang?
: Ko amik course apa?
: ~Masih lagi persoalan tentang pelajaran.. Soalan yang saya paling bosan nak jawab walaupun orang yang tanya tu bukan orang yang sama.

Mula bekerja
: Ko kerja mana sekarang? Arghhh.. Seriously aku bosan.

Dalam masa yang sama, bila mula kerja je, orang akan mula bertanya soalan default yang paling meloyakan di semesta alam iaitu,
: Bila ko nak kawen?
: Bila ko nak kawen?
: Bila ko nak kawen?

Urgghhh!!!! Sungguh-sungguh annoying kuasa 26. Soalan yang sama itu akan kamu hadapi sehinggalah kamu berkahwin. Bagi mereka yang telah berkahwin awal, tahniah saya ucapkan sebab tak perlu mendengar soalan-soalan tersebut ditanya untuk jangka masa yang panjang. Bayangkan le... start daripada umur 21, sampai umur 31 orang tanya saya soalan yang sama. Adeh... lemau rasanya nak dengar. Eei... Lantak orang la nak kawen cepat ke lambat. Yang ko sibuk ngape? Aku mintak duit ko ke untuk sara hidup aku???

Sampai masanya... saya kawen juga.. Lega rasanya. Dah tentu takkan ada orang tanya saya lagi bila saya nak kawen. Kusangkakan sihat sampai ke esok rupanya demam di tengahari.... Rupa-rupanya... Lepas kawen, masih juga ada soalan default yang saya kena ulang dengar lagi...
: Dah pregnant ke?
: Dah ada isi ke?
: Dah ada hasil ke?
: ~Dan semua soalan yang berunsurkan bila aku nak mengandung atau bila nak dapat anak...


Huuuwaaaa..... Saya rimas dengan soalan-soalan itu. Dalam masa yang sama saya rasa stress juga.....

Katakan selepas saya dapat anak nanti [insyaAllah], orang akan terus menerus bertanya, "Tanak tambah ke?", "Bila nak tambah" and so on...

Sampai bila pun takkan habis 'persoalan-ambil-berat' tu.

5 comments:

  1. hah betul la tu lyd soalan bosan yg tak pernah berkesudahan...aku skrg mood bosan bila org tanya bila nak tambah?..huhuk

    ReplyDelete
  2. Ye aku faham. Ida, ko bila nak tambah? Hahahah... *Cari pasal.

    ReplyDelete
  3. yeee..aku ni pun org tya 'bila nk tmbh bb gul'
    eh suka ati aku la kan..so akak dh ngandung ke *lariiiiiiiiiiiiiikkkkk

    ReplyDelete
  4. Ina : Harimau kalah semalam kan? Nak tgk dia makan ibu anak 2 tak? Eh, ina.. ko bila nak dpt baby girl ni? Hahahha...

    ReplyDelete
  5. cer ko tanya org2 tu...bila ko mati?? mestii diam...hahaha

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...