Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Puas Hati Aku

Sejahteralah ke atas kamu... Berikutan daripada entry aku semalam, pasal 'aku cerewet nak beli baju Luth', hari ni puas hati aku bila dapat beli baju seperti yg aku nak tu. Tak yah jauh-jauh. Kat foyer bangunan Esesem ni je. Ada flea market setiap 2 minggu. Biasanya hari Jumaat. Actually sebelum ni aku dah pegi Sogo. Katanya Sogo ada sale. Jenama polo diskaun sampai 70%. Aku pegi la menambahkan sempit dalam Sogo tu dengan harapan ada baju murah yang best untuk aku beli kat Luth. Sekali bila pegi, seluas-luas satu floor ke 4 Sogo tu, aku rasa tak puas hati je nak memilih. Sebab tak banyak yang aku berkenan.  T-shirt baby yang paling murah aku jumpa pun harganya RM9.90 jenama Cartoon Network tapi design baju memang ngarut le. Gambar Tweety burung kuning kepala besar tu. Tapi aku beli jugak sebab kain dia nipis dan sedap. Ala, nak pakai kat rumah je kan. Bukan utk gi jalan. Kalo gi berjalan tu harus la nak beli hok jangok skek. Pastu harga jenama baju yang lain-lain t...

Cerewet Membeli Baju Untuk Budak Yang Dah Toddler Ni

Sejahteralah ke atas kamu... Nak gossip pasal Luth ni skit. Luth ni halus je budaknya. Dia bukan spesis sedobok macam mama papa dia. Lengan kecik je, betis kurus je. Selama ni kalau nampak dalam gambar besar, tapi for real dia kecik je.    Budak Hingusan Baju-baju dia kalo ikut ukur bahu, dia muat lagi pakai baju umur 6-12 bulan. Baju yang 0-6 bulan pun masih muat badan, tapi masalah dia ialah baju-baju tu senteng la. "Nampak pusyat shaye la mama". Pastu kalau seluar pulak bahagian cawat memang kat getah pinggang memang bawah pusat dah nak sampai ke bird dia dah. "Shian shaye mama". Aku harus membeli baju baru untuk Luth. Tapi, dalam tak sedar baru aku tahu yang aku ni cerewet kerawit sangat. Dah 2 hari aku gugel nak beli online baju untuk Luth, tapi semua aku tak berkenan. Kalau masa dia baby dulu aku banyak je berkenan dengan baju2 comel. Ye lah, dulu boleh la pakai romper. Pastu pilihan pun corak yang sweet2 je kartun pada baju tu. Warna pun war...

Kau Tak Cukup K-Pop Selagi Tak Makan Bibimbab

Sejahteralah ke atas kamu.... Selama ni dok tengok je heroin drama Korea makan bibimbab ala-ala comel mulut penuh dengan bibimbab, sambil membebel atau tengah marah hero. Kalo aku buat macam tu, langsung tak comel. Sbb aku pernah try makan nasik goreng mulut penuh, pastu bercakap tot tet tot tet. Serius buruk. Minggu lepas ada orang belanja aku makan sempena birthday aku yang dah lama dah lepas. Kira mcm backdated la ni. Dia bagi aku pilih tempat, dah tu aku apa lagi... Pilih le sesuka hati koi. Aku pilih restoren makanan Korea, Dubu-dubu.  Peach Tea aku punye, pembelanja pula memilih Citron Tea. 2 orang beradik yang berlainan warna kulit.   Cara-cara makan bibimbab : Ini adalah cara presentation Bibimbab. Semangkuk nasik, beras warna purple, aku tak tau beras apa, campur sayur, campur jagung, telur goreng dan cheese. Ada sambal bibimbab dalam mangkuk. Sambal ni warna je merah melampau tapi hanya lakonan je merah tu, rasa dia tak le pedas sangat, Tapi tak ta...

Lelaki, Kalau Dah Mengumpat...

Sejahteralah ke atas kamu... Antara lelaki dengan perempuan, siapa yang lagi kuat mengumpat? Ehehe...  Perempuan memang sinonim dengan hobi kuat mengumpat, tapi jangan tak tahu, lelaki... kalo dia dah start mengumpat... lagi kronik daripada perempuan. Lagi direct, lagi pedas, lagi meleret-leret.  Lagi bahaya kalau jenis lelaki yang ko nampak macam muka ganas, depan orang pun nampak kaku dan tak pandang atau tak pedulikan orang sekeliling. Tapi dalam diam-diam mengumpat.  "Kau tau tak Gadis A ni dulu ada scandal dengan Encik A" "Kau nak tau, perangai Puan A ni memang teruk, ada ke patut dia buat macam tu, macam ni..." "Kau perasan tak Puan B ni sekarang dah gemuk, memang lain terus muka dia, dah jadi buruk dah aku tengok" Serta banyak lagi statement yang aku sendiri sebagai seorang perempuan yang aku rasa macam title kaki ngumpat tu aku pegang, tak tahan nak dengar. Sakit telinga hoiihhh.... Tapi terpaksa jugak dengar. Sebab mer...

Aku Kecewa Dengan Malaysia Tapi Aku Taknak Pindah Singapore

Sejahteralah ke atas malaysia. eh. Ke atas kamu... Aku kecewa Malaysia kalah Piala Thomas semalam. Tapi aku tak salahkan pemain-pemain Malaysia. Mereka semua dah main sungguh-sungguh, bukan sekadar menjadi lauk cicah budu je kepada pasukan Jepun. Bila tengok kemenangan Jepun, aku terasa macam tengok drama Jepun ala-ala Meoro Attack yang pasukan underdog dapat pergi final, lepas tu sengit lepas tu tadaaaaa..... menang. Memang sangat Jepun. No, actually aku kecewa sebab hari ni tak cuti. Hahaha. Lagi satu aku kecewa pasal coklat Cadbury. Ko bayangkan le perasaan aku yang baru je promote pompangpompang pasal betapa sedaknya cekelet Cadbury yang dijadikan pencicah buah strawberry. Sekali harommmm plak dia. Sekali ada piggy piggy oink oink plak dalam tu. Dah berapa kilo dah babi masuk dalam sistem perkumuhan aku. The worst is, that oink-oink dah jadi darah daging aku. No wonder la aku....... [sila penuhkan sendiri].  Aku bukan kecewa pasal tak boleh makan coklat Cadbury tu....

Lauk Berpantang Tu Sebenarnya Sedap

Sejahteralah ke atas kamu... Ibu aku selalu pesan, "time berpantang ni tak payah nak lapar sangat ye. Tahan-tahan le dulu keinginan nak makan macam-macam tu. Nanti bila dah habis pantang, makan la gajoh rimau pun takde sape nak larang.". Aku bila dah kena warning camtu, ko ingat aku berani lagi nak mintak burger mekdi time berpantang? Hahaha.   Keterlaluan tak kalau aku katakan, aku suka lauk berpantang. Walaupun masakannya simple je, tiap2 hari ikan bakar, yang takde pedas [aku ni kan penagih makanan pedas], dan rempah perapan pun hanya kunyit dan bawang, kadang-kadang black pepper, tapi serius... sangat sedap pada lidah aku. Aku sangat okay dan happy je sebenarnya nak makan macam gitu je tiap2 hari selama 40 hari. Takde masalah pun. Ikan pun tukar-tukar, kadang ikan selar, kadang2 tenggiri, kadang2 kerisi. Ikut je ibu mentua aku bagi makan apa. Aku suka je. Heheh. [Nanti ibu plak kata, senang bermenantukan aku ni, sebab tak banyak kerenah. Bagi je makanan, nanti ...

Mixed Nut Rice With Sweet & Spicy Dried-Curry Prawn

Sejahteralah ke atas kamu... Seperti biasa, nama masakan seharusnya tak kalah. Kalau aku masuk Masterchef US, confirm aku selalu kena tengking dengan Chef Ramsey [sebutan dia Remzi kan?].  Nasi kacang ni sangat sedap. Kacang tu bila masuk dalam nasi akan jadi lembut tapi bukan lemau tau. Lembut yang sedap. Dalam nasi ni aku cuma masukkan 2 jenis kacang, Pistachio dengan Cashew Nut [walaupun biji gajus tu bukanlah sejenis kacang ye.].  Mutu gambar kurang cantik sebab aku lapar sangat dah time nak ambik gambar-gambar ni. Untuk sayur, aku hanya rebus sahaja carrot tu dan potong timun. Pendapat aku on this, tak perlu ada begitu banyak rasa yang complex nanti watak utama menu ni akan tenggelam. Kalau sayur sedap sangat nanti apa akan jadi kepada nasib sang udangses? Ini hanyalah salah satu denial bahawa aku ni sebenarnya memang tak pandai masak sayur pun. Hahaha. Nak buang kulit sekilo udang bukanlah sesuatu tugas yang membahagiakan. Tapi hasilnya bila m...

Snek Tersedap Dari Bandung, Yok!

Sejahteralah ke atas kamu... Suami aku kata, memang senang beristerikan aku ni. Sebab aku tak banyak kerenah. Mana tidaknya. Kalau nak buat aku happy, dia tak perlu beli barang mahal-mahal, fancy atau mewah. Cukup sekadar beli makanan. Fine, terbukti kegemukan. Dia pergi Bandung minggu lepas, aku takde nak kirim-kirim baju ke, kain pasang ke, telekung atau barangan lain yang berfaedah. Aku hanya kirim makanan ni je. BAGELEN. Aku siap pesan kat suami aku, beli semua perisa yang ada. So, ini la 3 perisa yang ada. Special Cheese, Special Butter dan Special Mocha. Semua sedap. Bagelen ni dia lebih kurang macam biskut roti kering, tapi ini versi yang lembut sangat, rangup dan rapuh. Sedap gile pada lidah aku. Siapa yang nak ke Bandung dan nak cari Bagelen ni, boleh cari di Kartika Sari. Walaupun aku belum pergi lagi ke sana, aku tolong sampaikan je maklumat ni kat korang. Kot-kot la kan teringin nak mencari nanti.

Spicy Lemon Chicken With Stir-Fried Bunapi and Garlic Herbs Rice

Sejahteralah ke atas kamu.... Gempak tak tajuk? Hahaha. Sekali bila tengok rupa dalam gambar, elehh... cenggitu je?  Korang penah try makan Lemon Chicken tak? Biasanya menu ni ada di restoren Cina-Muslim. Aku suka rasa manis dan masam Lemon Chicken tu cuma lidah Melayu aku ni tak boleh kalau tak pedas. Jadi, pandai-pandai la aku masukkan cili 4 ulas dalam sos lemon tu. Lemon chicken yang sedap akan menjadi lebih sedap bila dia dah pedas. Fuhh... Kalau ibu mentua lalu kat seblah pun aku buat-buat tak nampak sebab takut dia mengecek. [Macam la ibu heran dengan masakan aku sbb ibu lagi pro memasak. Kuheh..]. Untuk menu aku hari ni, agak tak menarik warnanya. Kalau tanya suami aku, dia mesti la akan kata sedap. Berani dia kata tak sedap?? Kang aku terasa hati kang aku majuk kang. Tapi to be honest dengan korang, ikut tekak aku sendiri, menu ni macam ada yang kurang. Aku rasa kalau masukkan sayur hijau sikit, atau ulam-ulam lettuce segar pun dah okay. Warnanya ...

Lagi-lagi Pasal Dia.

Sejahteralah ke atas kamu.... Layan gambar je la ye. Dapat makanan terus dok diam. Memang anak papa. Excited sangat main buaian . Anak soleh yang genius harus la pandai melukis. Tido pun memikir lagi masalah dunia.

Aku Ni Sebenarnya Ulat Buku

Sejahteralah ke atas kamu... Aku kalau dengan buku, memang dah jadi macam hobi, bukan baca buku tapi beli buku. Aku suka sangat beli buku, tapi aku tak habis-habis baca. Kalau tak habis baca tu kira bertuah lagi, paling teruk kalau tak start baca pun. Perangai ntah ikut sifat siapa taktau la.  2 minggu lepas aku beli buku-buku edukesyen untuk Luth. Nak mendidik anak menjadi sebijak Imam Syafie ni bukan senang hokey. [Imam Syafie la sangat, aku beli buku tentang fruits, tentang animals je pun. Heheh.]. Dengan flash card dan puzzle lagi. Over sangat aku ni. Sebab bila aku dah sampai rumah, baru aku perasan pada muka depan buku tu tulis buku tu sesuai untuk umur berapa. Ada yang untuk 2 tahun, ada yang untuk 4 tahun. Haahaha. Aku ajar je la awal2. Biar sel-sel otak dia berhubung tanpa meminum susu Anmum. Selamat le waktu membuat lawatan muhibbah kat MPH tu kiterang tengah nak cepat. Kalau tak aku rasa aku macam tak reti nak berjimat bila aku dah start membeli. Bajet mac...

Watermark Mengganggu Mood Nak Belek Gambar

Sejahteralah ke atas kamu... Aku akan rasa hampir nak bengang kalau aku cari image di Google, gambar yang aku nak tu, ada watermark. Memang aku tak faham apasal la tuan punya gambar suka letak watermark pada gambar yang dia sendiri share kat internet. Kedekut [kata hatiku]. Kalau dah tahu kedekut,  tak payah la share kat internet. Tak gitu? Lagi satu, aku fikir tuan punye gambar tu terlampau nak femes dengan mem'promote' link dia pada gambar tu. Ternyata apa yang aku fikir selama itu adalah silap. Sebab, aku pernah terjadi kepada aku, bila aku share gambar kat blog aku ni, kemudian ada orang ambil gambar tu dan menyalahgunakannya untuk berita yang salah.  Aku letak gambar 2 orang anak sedara aku mandi sungai. Entry tu pun cerita pasal aku ikut abang-abang aku mandi sungai. Dah lamaaaaa gile lepas tu, masa aku tengah tunggu makanan kat restoren dengan anak sedara aku sorang lagi, Sue buka cerita pasal gambar yang aku share tu[Sue ialah kakak kepada 2 org anak sedar...

Hujung Minggu Yang Berkesan

Sejahteralah ke atas kamu... Loves of my life. FRIM Kepong. Attending wedding reception. Setia City Convention Centre. Spring Season. Taman Botani Negara fomerly known as Bukit Cahaya Seri Alam. Riadah katanya.

The Sweetest Award To Mummy Dearie.

Sejahteralah ke atas kamu..  Suka lettew mummydearie. Award ni aku tujukan khas untuk Mummydearie sebab beliau dengan penuh gaya mutu keunggulan dah tagged aku untuk Liebster Award . Dengan ucapan, sowri la sis, i ni kalo bab-bab yang ada stepses ni memang la lembab nak digest melainkan stepses untuk masak nasi arab tiru resepi kat belakang kotak. Ok, apa soalan tadi? 11 soalan cepumas dari MD : Ini lagi susah daripada soalan peksa SPM. (1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie? - Blog dia sangat full of sincere. Entry di dalamnya seperti diceritakan face to face dengan kita je gaya dia. Dan semua cerita sangat menarik. Mummy dearie ni pun sentiasa bersemangat dalam memenuhi keperluan rumahtangga dia. Very inspiring. (2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD? -  Ini Mummy Dearie ke? *sambil buat muka tak percaya*, dan tanya lagi, "serius ke ni MD? Ye ke ni? Macam tak percaya ye. Tak sangka u ni seorang yang cantik.. -Haaa...