Sejahteralah ke atas kamu....
Selama ni dok tengok je heroin drama Korea makan bibimbab ala-ala comel mulut penuh dengan bibimbab, sambil membebel atau tengah marah hero. Kalo aku buat macam tu, langsung tak comel. Sbb aku pernah try makan nasik goreng mulut penuh, pastu bercakap tot tet tot tet. Serius buruk.
Minggu lepas ada orang belanja aku makan sempena birthday aku yang dah lama dah lepas. Kira mcm backdated la ni. Dia bagi aku pilih tempat, dah tu aku apa lagi... Pilih le sesuka hati koi. Aku pilih restoren makanan Korea, Dubu-dubu.
|
Peach Tea aku punye, pembelanja pula memilih Citron Tea. 2 orang beradik yang berlainan warna kulit. |
Cara-cara makan bibimbab :
|
Ini adalah cara presentation Bibimbab. Semangkuk nasik, beras warna purple, aku tak tau beras apa, campur sayur, campur jagung, telur goreng dan cheese. Ada sambal bibimbab dalam mangkuk. Sambal ni warna je merah melampau tapi hanya lakonan je merah tu, rasa dia tak le pedas sangat, Tapi tak tau le kot aku yang memang kuat pedas. |
|
Selamat le aku dah gugel teknik makan benda alah ni. So, caranya ialah tuang sos tu dalam mangkuk. |
|
Kemudian gaul rata semuanya. |
|
Menjadi seperti ini. Pekat dah kembang. Hehehe. |
|
Apa rasa bibimbab? Jawapan aku ialah, seperti rasa nasi goreng. Cuma tak berminyak. Sama je konsep dia dengan nasik goreng. Ko tengok le bahan2 pun lebih kurang. Bagi aku, agak sedap cuma tidak la sampai tahap ketagih teringat2 termimpi2 nak makan bibimbab. Sekali sekala layan okay la. |
|
Ini Ramyeon. Lebih kurang macam megi je mee dia. Rasa dia agak sedap. |
|
Ada rasa macam serai2 sikit. Kawan aku kata rasa macam mee udang. Aku nak define pun takleh gak sebab mee udang pun aku tak pernah makan. Sian kat aku kan. Hahah. |
|
Ini Pa-Jeon. Walaupun nama dia macam nama pemain badminton Korea, tetapi dia tiada kena mengena dengan bulu tangkis mahupun bulu ayam. Ini adalah Korean Pan Cake. Rasa dia macam jemput udang tapi versi yang takde udang dan digoreng seperti lempeng. Agak sedap, dicicah dengan sos masam cuka berbijan seperti di bawah ini. |
|
Sos Pa-Jeon. |
|
Ini Dubu Bingsu. Nama dia macam 'dubur berbingcut selepas kena rotan dengan guru besar', tapi rasa dia sedap. Yang hitma tu bubur pulut hitam. Dalam tu ada tofu [macam taufufah], dengan nestum. Hehehe. Sape punye idea la ni. Ye ke dok orang korea makan macam ni? |
|
Yang ini Citron Dubu. Sedap yang ni. Siapa suka taufufah, mesti akan suka yang ini. Gula jernih tu ditambah dengan ala-ala jem marmalade [oren], sedap sangat yuolsss... |
|
Ni harganya. Orang lain bayar takpe. 2 orang makan macam 4 orang je makan. |
tak pnh makan makanan korea..
ReplyDeletekat kemaman ni mana ade restoran korea.. kuantan pon restoran jepun je kot kalo ada.. tp makanan korea n jepun lbh kurang je kan..?
hmm fifi tak reti makan bende bibimbab ni..hmm xleh jd kpop real la ni :/
ReplyDelete1- saya tak pernah tgk drama korea, jadi mmg tak tahu apa apa pasal bibimbap ni..hahaha
ReplyDelete2- nama restoren ni catchy betul...silap baca, memang kontroversi...hahaha
3- mengambil sempena mood coklat Cadbury,restoren dubu dubu ni ada tanda halal JAKIM tak?bahahahaha...
ps:saya dah terima powerbank.,..terima kasih banyak :)
Tanda Halal Jakim tiada. Ehehe.
Deletemenarik..tp mata SA lebih tertumpu pada megi tuh..hehehehe....
ReplyDeleteAku rasa macam pernah makan sekali.... dan aku tak dapat habiskan sebab rasanya semacam...
ReplyDeleteTekak aku tekak melayu-jepun agaknya...
Tu dia makanan korea bagai..hehehe.
ReplyDeletekemain meriah!
dubur berbingcut? hahaha...
ReplyDeleteBelum pernah lagi makan benda2 ala korea ni. Nak kena try ni. Mana tau satu hari nanti kaki nak jejak korea pulak. Haha. Kimci takda ke dalam senarai?
ReplyDeletemohon pencerahan.. halal ke restoran2 korea ni?? mmg teringin nak g makan tp en suami mmg xkan masuk kalau restoran xde status halal... penah intai restoran bulgogi brother kt mid valley tp xde sticker halal pn huhu
ReplyDeletemakanan korea ea..sesekali makan ok gak kan..cari kelainan..tak tau le tekak ni leh terima ke tak..hehe
ReplyDeleteye..
ReplyDeletekpop betul..puan Ludsunshine kita.
tak pernah try lagi makanan korea ni..takut kembang tekak jer..tak boleh telan.
ReplyDeleteAlamak bibimbap yang siap digaul tu memang buat kembang tekak. I tak suka sangat makanan korea ni. Adalah dalam hidup ni termakan korean food 3-4 kali kot. Kalau suruh pilih memang tak akan ke restoran korea. Hidup tak sempurna kalau tak berani mencuba. Tak kisah ler ...
ReplyDeleteRasanya makanan jepun lagi marbeles rasanya :)
pernah dgr je.makan belom pernah lagi la..
ReplyDeletesian saya kan.. :)
dia tayang2 makanan tu tahap tak kesian kat kita ... ngences . mcm ada idea nak buat bimbimbap tu jer lah .
ReplyDeleteWah..kalo orang belanja mahal2 & festime lak tuh oklah tuk mencuba kan..kalo kena byr sendiri pastuh lah baru trial version mmg mengambil risiko lah tuh kan..sib baik sodap semua
ReplyDeleteDah kpop la ni ek?
ReplyDelete