Skip to main content

Kau Tak Cukup K-Pop Selagi Tak Makan Bibimbab

Sejahteralah ke atas kamu....

Selama ni dok tengok je heroin drama Korea makan bibimbab ala-ala comel mulut penuh dengan bibimbab, sambil membebel atau tengah marah hero. Kalo aku buat macam tu, langsung tak comel. Sbb aku pernah try makan nasik goreng mulut penuh, pastu bercakap tot tet tot tet. Serius buruk.

Minggu lepas ada orang belanja aku makan sempena birthday aku yang dah lama dah lepas. Kira mcm backdated la ni. Dia bagi aku pilih tempat, dah tu aku apa lagi... Pilih le sesuka hati koi. Aku pilih restoren makanan Korea, Dubu-dubu. 


Peach Tea aku punye, pembelanja pula memilih Citron Tea. 2 orang beradik yang berlainan warna kulit.
 Cara-cara makan bibimbab :
Ini adalah cara presentation Bibimbab. Semangkuk nasik, beras warna purple, aku tak tau beras apa, campur sayur, campur jagung, telur goreng dan cheese. Ada sambal bibimbab dalam mangkuk. Sambal ni warna je merah melampau tapi hanya lakonan je merah tu, rasa dia tak le pedas sangat, Tapi tak tau le kot aku yang memang kuat pedas.

Selamat le aku dah gugel teknik makan benda alah ni. So, caranya ialah tuang sos tu dalam mangkuk.

Kemudian gaul rata semuanya.
Menjadi seperti ini. Pekat dah kembang. Hehehe.
Apa rasa bibimbab? Jawapan aku ialah, seperti rasa nasi goreng. Cuma tak berminyak. Sama je konsep dia dengan nasik goreng. Ko tengok le bahan2 pun lebih kurang. Bagi aku, agak sedap cuma tidak la sampai tahap ketagih teringat2 termimpi2 nak makan bibimbab. Sekali sekala layan okay la.

Ini Ramyeon. Lebih kurang macam megi je mee dia. Rasa dia agak sedap.
Ada rasa macam serai2 sikit. Kawan aku kata rasa macam mee udang. Aku nak define pun takleh gak sebab mee udang pun aku tak pernah makan. Sian kat aku kan. Hahah.

Ini Pa-Jeon. Walaupun nama dia macam nama pemain badminton Korea, tetapi dia tiada kena mengena dengan bulu tangkis mahupun bulu ayam. Ini adalah Korean Pan Cake. Rasa dia macam jemput udang tapi versi yang takde udang dan digoreng seperti lempeng. Agak sedap, dicicah dengan sos masam cuka berbijan seperti di bawah ini.

Sos Pa-Jeon.


Ini Dubu Bingsu. Nama dia macam 'dubur berbingcut selepas kena rotan dengan guru besar', tapi rasa dia sedap. Yang hitma tu bubur pulut hitam. Dalam tu ada tofu [macam taufufah], dengan nestum. Hehehe. Sape punye idea la ni. Ye ke dok orang korea makan macam ni? 

Yang ini Citron Dubu. Sedap yang ni. Siapa suka taufufah, mesti akan suka yang ini. Gula jernih tu ditambah dengan ala-ala jem marmalade [oren], sedap sangat yuolsss...
Ni harganya. Orang lain bayar takpe. 2 orang makan macam 4 orang je makan.

Comments

  1. tak pnh makan makanan korea..
    kat kemaman ni mana ade restoran korea.. kuantan pon restoran jepun je kot kalo ada.. tp makanan korea n jepun lbh kurang je kan..?

    ReplyDelete
  2. hmm fifi tak reti makan bende bibimbab ni..hmm xleh jd kpop real la ni :/

    ReplyDelete
  3. 1- saya tak pernah tgk drama korea, jadi mmg tak tahu apa apa pasal bibimbap ni..hahaha
    2- nama restoren ni catchy betul...silap baca, memang kontroversi...hahaha

    3- mengambil sempena mood coklat Cadbury,restoren dubu dubu ni ada tanda halal JAKIM tak?bahahahaha...

    ps:saya dah terima powerbank.,..terima kasih banyak :)

    ReplyDelete
  4. menarik..tp mata SA lebih tertumpu pada megi tuh..hehehehe....

    ReplyDelete
  5. Aku rasa macam pernah makan sekali.... dan aku tak dapat habiskan sebab rasanya semacam...
    Tekak aku tekak melayu-jepun agaknya...

    ReplyDelete
  6. Tu dia makanan korea bagai..hehehe.
    kemain meriah!

    ReplyDelete
  7. Belum pernah lagi makan benda2 ala korea ni. Nak kena try ni. Mana tau satu hari nanti kaki nak jejak korea pulak. Haha. Kimci takda ke dalam senarai?

    ReplyDelete
  8. mohon pencerahan.. halal ke restoran2 korea ni?? mmg teringin nak g makan tp en suami mmg xkan masuk kalau restoran xde status halal... penah intai restoran bulgogi brother kt mid valley tp xde sticker halal pn huhu

    ReplyDelete
  9. makanan korea ea..sesekali makan ok gak kan..cari kelainan..tak tau le tekak ni leh terima ke tak..hehe

    ReplyDelete
  10. ye..
    kpop betul..puan Ludsunshine kita.

    ReplyDelete
  11. tak pernah try lagi makanan korea ni..takut kembang tekak jer..tak boleh telan.

    ReplyDelete
  12. Alamak bibimbap yang siap digaul tu memang buat kembang tekak. I tak suka sangat makanan korea ni. Adalah dalam hidup ni termakan korean food 3-4 kali kot. Kalau suruh pilih memang tak akan ke restoran korea. Hidup tak sempurna kalau tak berani mencuba. Tak kisah ler ...

    Rasanya makanan jepun lagi marbeles rasanya :)

    ReplyDelete
  13. maknanya betul la apa yang saya banyangklan selama ni..saya selalu tengok drama korea..hari2 tengok.jadi bila tengok diaorang makan tu dok pikir2 la jugak apa sebenarny6a rasa dia..

    Bukan drama je,rancangan masak2 dari korea pun saya tengok jadi sikit2 pasal makanan korea tau la..heheh..

    ReplyDelete
  14. pernah dgr je.makan belom pernah lagi la..
    sian saya kan.. :)

    ReplyDelete
  15. dia tayang2 makanan tu tahap tak kesian kat kita ... ngences . mcm ada idea nak buat bimbimbap tu jer lah .

    ReplyDelete
  16. Wah..kalo orang belanja mahal2 & festime lak tuh oklah tuk mencuba kan..kalo kena byr sendiri pastuh lah baru trial version mmg mengambil risiko lah tuh kan..sib baik sodap semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya